Friday, May 14, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Rintihan Seorang Mujahidah

Termenung si mujahidah sendirian..memikirkan halatuju hidup yang bakal ditempuhinya untuk hari2 mendatang…tanpa sedar,airmata mengalir laju..episod2 kjahilan silam mnerjah ke ruang fikiran…satu persatu menyapa mindanya..


Arghh..’xley jadi nih..’!!! hatinya bermonolog sendirian…
Lantas si mujahidah itu bergegas ke bilik air,mengambil wuduk..dihamparnya sejadah yang selama ini menemaninya menghadap Tuhan..


Allahuakbar..’..


Lama si mujahidah itu berteleku di sejadah..dahi setia mencium sejadah…rasa bersalah menghimpit-himpit tika itu..”Ya Allah,ampuni dosa2 hamba-Mu ini..seringkali mencari-Mu hanya bila ditimpa masalah..” rasa tidak sanggup untuk meluahkan apa yang sedang menyesakkan dadanya tika itu..mskipun dia tahu Sang Pencipta itu setia utk mendengar segala apa yang terbuku di hatinya..nmun,diteruskan luahan itu dek tidak trtanggung lagi untuk disimpan..dia rindu..rindu untuk berbicara dengan Sang Khalik..ingin dilepaskan segala kerinduan yang kian mencengkam jiwanya demi mengisi kekosongan di ruang hatinya..terhinjut2 bahunya,.sejadah itu masih setia menemani meskipun air jernih membanjiri bidang dadanya..


Entah kenapa..si mujahidah itu lebih gemar berbicara dengan DIA..walhal si DIA itu tiada di depan matanya untuk membalas bicaranya secara terus,mengusap belakangnya untuk memujuk gundah di hati.. tapi si mujahidah itu tahu..DIA ada di setiap nafasnya..DIA ada di setiap saluran darahnya..


“Ya Allah..kenapa aku tersangat lemah..??kenapa aku tidak mampu untuk melepaskan kenangan-kenangan itu Ya Rabb..??aku benci dengan diriku..aku malu dengan-Mu Ya Allah…semakin aku cuba untuk melupakan,semakin ia galak menghampiri..bukan aku tidak bersyukur,bukan aku tidak mengenang budi kerana Engkaulah yang telah menarik tanganku,menyelamatkanku daripada terjatuh ke dalam gaung itu..meyedarkanku dari terus terleka di alam fantasi..membuka mataku,bahawa apa yang aku lakukan dahulu hnyalah sesuatu yang sia2..nmun,mengapa di saat Engkau menarikku dari cinta manusia..di saat aku telah bersedia untuk melupakan..di saat itu juga cinta hamba-Mu yang lain datang menyapa..??puas aku menolak,pelbagai cara aku gunakan..aku menolak dengan lmbut,bimbang ada hati yang terguris..nmun,mereka tetap mndesak..aku bertegas..mereka masih minta diberi peluang,hingga aku terpaksa berperang dengan keadaan..lalu,aku harus bagaimana Ya Tuhan..??lari…?aku dah puas lari dari kenyataan…berdiam diri..?hatiku makin walah menanggung kesakitan ini sendiri…aku letih..sungguh..aku benar2 letih..berilah aku petunjuk untuk keluar dari kemelut ini..berilah aku kekuatan untuk melangkah pergi demi meninggalkan daerah kjahilan lalu..”


Seakan-akan terdengar suara menyuruhnya membuka surat cinta dari Ilahi..diambilnya kitab comel berwarna hijau itu..’Bismillah’…dibelek secara rawak..dibacanya ayat-ayat itu bersendu..trasa serak suaranya..tanpa sedar,matanya melirik sepotong ayat..


“Sungguh, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang memberi penjelasan. Dan Allah memberi petunjuk siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus.”
(Surah An-Nur,ayat 46)

Mengalir deras mutiara jernih tatkala membaca nota bisu itu..’Ya Allah….’ Diseka airmatanya lantas dilakukan sujud syukur…


“Ya Allah..engkau Maha Mengetahui aAlign Centerpa yang terbaik untuk hamba-Mu ini..aku malu Ya Allah..seringkali aku mengecewakan-Mu..seringkali aku kalah dengan perasaanku..terima kasih kerana memberiku jawapan..ampuni aku Ya Rabb..sungguh,aku tidak pandai untuk bersyukur..”


************


Si mujahidah itu dalam perkiraan,bersiap sedia untuk tidur..tiba-tiba..’Tit..tittt…’ handset kesayangan yang elok terletak di tepi bntal bergegar..lntas diambilnya..mesej dari Nadhirah..teman baiknya sewaktu di kolej matrikulasi dahulu..


‘Salam ya ukht..enti da tidur belum..?maaf kalau ana mengganggu lewat-lewat malam nie..?’ mesej dari sahabatnya itu menyapa..


Dia tersenyum,lalu membalas..

‘Salam ‘alaik ya habibati..ana belum tidur..kenapa ya..?’


‘Ooohh..xde pape,sngje ana mahu bertanyakan khabar enti..rindu pula rasanya..enti chat..??malam ni da lakukan solat2 sunat..?da baca warkah-warkah cinta-Nya..?’


Si mujahidah itu mkin melebarkan senyumannya..sahabatnya itu selalu mengingatkannya..sungguh,dia amat bersyukur dikurniakan sahabat seperti Nadhirah.

‘Alhamdulillah..ana chat..pesanan2 enti,ana da lakukan..terima kasih kerana x jemu2 mengingatkan ana..syukran ya ukht..’


Mesej Nadhirah menyapa lagi..
‘Alhamdulillah..la syukran ‘ala wajib ya jamilah..em,mcm mana?enti da selesaikan masalah enti..?da jelaskan pada rijal tersebut..?’


Si mujahidah terharu..sahabatnya itu selalu prihatin akan masalah yang menimpanya..

‘Em..ana da jelaskan..tapi..dia mcm xley trima..ana da ckp,bkn dia je yg ana tolak..ada lagi yg lain..ana pn ckp juga ana tolak bkn krn msih mnunggu si dia..tp,ana memg xley trima mana-mana lelaki sekarang ni..ana nak berehat dari semua ini..ana nak mncari kmbali diri ana..ana nk mengenal lbey dkt Maha Pencipta..ana tak nak bazirkan masa dengan mende2 ni semua..ana xnk kmbali mcm dulu..ana xnk dia lagho..ana pn xnak lagho..lgipun dia kn ambil jurusan agama..blajar pula di timur tengah sana..mesti dia lbey arif soal ni..kat sana kan lg ramai perawan2 solehah..knp msih pilih ana utk djadikan teman hidup..ana ni jhil..tp,dia msih minta diberi pluang..dia ckp dia sggup tggu ana..tp,ana memg tiada perasaan utk mana2 rijal saat nie..ana takut ana lemah dgn pjuk rayu dia..apa lagi yg perlu ana lakukan utk bg dia dan yg lain fhm..?ana benar-benar buntu skrg..’


Airmata si mujahidah itu mengalir lagi..si mujahidah itu kalau boleh tidak mahu melukakan hati sesiapa..namun,apalah dayanya...

‘Ana bersimpati dgn enti.ana pernah lalui semua itu..nmun,ingtlah wahai shbt..ni semua ujian..mgkin juga kafarah bagi dosa2 yg pernah kita lakukan sebelum ini..jika kita diuji,jgnlah bersedih kerna itu tandanya Allah msih ingat pada kita..ana mengerti sakitnya apabila hati kita diuji..tp..kembalilah kepada Allah krn DIA sdg menguji keimanan kita..bersabarlah shbt..perasaan itu satu lumrah,tp cara menghindari itu dtg dari kita..oleh itu kuatkan iman di dada,kukuhkan aqidah di hati..jgn lupa,kekuatan itu perlu dibina..bkn utk dicari..hargailah di atas ksempatan yg Allah berikan..enti mampu..ana yakin enti mampu.mujahadah..mujahadah..terus bermujahadah..jgn putus harapan..innalaha ma’ana!!!’

Semangat si mujahidah itu bagaikan diseru-seru..dia bagaikan mndapat kekuatan baru untuk menjalani kehidupannya hari esok..dan hari2 mndatang..dia amat berterima kasih pada Tuhan krn dikurniakan tman2 yg tidak pernah jemu memimpin lgkah kakinya yg kadang2 sering tersasar…’Alahamdulillah Ya Rahman..’ hatinya memanjat penuh kesyukuran..malam itu tidurnya bertemankan alunan zikir dan selawat….

*****

Cukuplah...
kusimpan semua ceritaku
yang dulu

Tentangku...
tentang apapun yang membuatku
tiada bererti

Di persimpangan aku...
berdiri
membisu
harus kuputuskan
kemanakah ku melangkah...

Jangan lagi
usikku meski aku tak tau
kemana lagi aku berlari
kejar harapan
yang sempat mengelam
biarkanlah
kuhidup dengan nafas yang baru
nafas yang menyimpan kedamaian
di persimpangan
aku berdiri

Cukup Januari kemarin kutinggalkan
kelamku...
tentangku
dan masa lalu yang membuatku
tiada bererti



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Tuesday, May 11, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH
Rilex Jaaappppp…!!!

Kalau perempuan lawa dan pendiam
Lalaki akan cakap: Woow,ciri2 isteri idaman..
Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: Ehh,tak reti berkomunikasi betul..

Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: Mesti ada krisis dalaman nih..kesssiiiaaannn
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: Dah la x lawa.prangai pulak huduh..

Kalau perempuan lawa menolong lelaki yang diganggu
Lelaki akan cakap: Heroin sejati..!!!
Kalau perempuan tak lawa menolong lelaki yang diganggu
Lelaki akan cakap: Taktik ngorat laaa tuuu..

Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: Perasaannya halus..
Kalau perempuan x lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: Sesama keluarga memang harus saling menyayangi…

Kalau perempuan lawa tak mahu bergambar
Lelaki akan cakap: Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau perempuan x lawa tak mahu bergambar
Lelaki akan cakap: Sedar pun diri..

Kalau perempuan lawa pakai BMW
Lelaki akan cakap: Ntah dato’ mana yang bela nieee..
Kalau perempuan tak lawa pakai BMW
Lelaki akan cakap: Mesti anak orang kaya niihhh..

Dengarlah olehmu sedikit dariku…

Akhawat yang kucintai liLLAH..jgn kau gundah andai hidup tak dihadiri lelaki..itu bkn bermaksud kau tak diingini..usah khuatir kerana cinta ALLAH itu pasti..bersyukurlah kerana ALLAH memelihara hati dan jiwamu daripada dikecewakan dan didatangi penyakit (riak).. wanita yang sentiasa menjadi dambaan lelaki adalah wanita yang longgar jagaannya oleh ALLAH atau ALLAH sedang mengujinya dengan penyakit hati..Dekatkan diri pada Ilahi,pasti cinta sejati kau temui..Usah berharap insan yang kau sendiri tak pasti..Diamkan lelaki yang kau sukai..Berdoa pada Ilahi, insyaALLAH kau pasti dicari..Jagalah hatimu..pasti ALLAH akan menjagamu..


Kepada ikhwah yang kusanjungi keperibadianmu,pimpinlah tangan kami kerana kami sering lupa dan lalai. Seringkali kami tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah kami dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah kami kalimah syahdu dari TuhanMu agar dunia sentiasa dijalan rahmah. Jangan salahkan kami jika kami terpesong..Ingatlah,kau adalah amir manakala kami adalah makmummu..jika kau benar,maka benarlah kami..jadi x salah jika aku katakana,jika kami binasa,kalian lah puncanya..!

Pasti ikhwah dan akhawat pernah mendengar kalimah ini,


Perempuan2 yang keji adalah untuk laki2 yang keji,dan laki2 yang keji untuk perempuan yang keji(pula), sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik,dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik(pula).mereka itu bersih dari dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(Syurga)
(Surah An-Nur,ayat 26)



Jadi..teman2ku yangbergelar ar-rijal dan an-nisa’..apa lagi yang dicari..??apa lagi yang kau buru..??CINTA..?? sudah2lah..janji ALLAH itu pasti..setiap dari kita sudah mempunyai pasangan masing2..Cuma masa dan cara untuk kita bertemu denganya yang berbeza..jangan risau..jika tak kau temuinya di dunia..ykinlah bahawa psanganmu itu sedang menantimu di akhirat kelak..lengkapkan dirimu dgn iman yang kukuh di dada..jika kau sudah yakin dirimu sudah mampu untuk membimbing yang lain ke jalan yang diredhai ALLAH,maka binalah baitulmuslim..(rumahtangga Islam)..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Monday, May 10, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

~~Kisah Teladan 1~~(Tsauban pncinta kekasih ALLAH)

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad S.A.W. Sehari tidak berjumpa dengan Rasulullah S.A.W,dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih,murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga begitu terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.


Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah S.A.W. Katanya “Ya Rasulullah,saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu,barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di Syurga yang tinggi,manakala saya belum tentu kemungkinan di Syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam Syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua denganmu lagi.”


Mendengar kata Tsauban,baginda amat terharu..Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan ALLAH. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah S.A.W yang bermaksud
“Barangsiapa yang taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh ALLAH iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman.”
Mendengarkan jaminan ALLAH itu, Tsauban menjadi gembira semula..


Nahhh..kita pula bagaimana..??mulut ngn bangganya gah berkata “Aku cinta ALLAH..aku cinta Rasulullah..!!!” sayang seribu kali sayang..hnya ringan bermain di ulas bibir..sedangkan perbuatan,amalan x selari ngn pertuturan..lyakkah kita untuk berkata sdemikian..??bkn nk ajak berkelahi..jari ni bkn nk dtuding pd ssape..sbb last2 memg akan trkena kat batang hidung sendiri..so,pe yg nak ditekankan di sini..hisab diri kita..dimanakah bukti kecintaan kita kpd baginda..??adakah kita ikut semua psanan baginda..??apakah kita lyak utk mnyatakan cinta pada kekasih ALLAH..??stiakah kita dalam mnagih cinta yang didambakan..cinta ALLAH,cinta yang teragung..??




Tragak2 jemari ini utk terus menari..malu..malu utkku terus mngatur tari..bmbang liuk lentoknya ‘kaku’ pd pndangan pnonton..kdg2 trpukul aku dgn bait-baitku sndiri..bkn sekali dua,ntah keberapa kali..tp,aku ‘bahagia’ walaupun perit trkena libasan sndiri..kerana bagiku peringatan demi peringatan pnting utk kita trus bermujahadah..siapa lg yg ingin mengingatkan diriku slain tman2 kalau bkn aku sndri..???buat teman2 mayaku..tetaplah pada jalan yg telah disediakan..pilihlah kehidupan beragama..nescaya hidupmu kan lebih terarah..truslah thabat lam prjuangan..jgnlah kalian mnjadi seperti kiambang..akarnya x mncecah air..daunnya pula x mncapai awan..ini utk pringatan bersama..lbih tpt,pringatan buat diriku sendiri yang sering kealpaan….
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Saturday, May 8, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

APAKAH WARNA DALAM DIRI ANDA..??




Merah

Mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama mereka ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar.

Bagaimanapun, mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana mempunyai fokus yang jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan api yang digunakan dalam teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala dan menjadi obor kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum.

Saranan bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh menciptakan rasa takut kepada individu lain.

Terima pandangan orang lain dan hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu kegagalan.

Jingga

Mereka yang sukakan kesenangan duniawi, sukakan tentangan, suka berkhayal, suka membantu orang lain dan pelbagai lagi sifat.

Secara umumnya, mereka yang mempunyai aura berwarna jingga yang sangat ego dan terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka ini hidup dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan orang lain di sekelilingnya. Ada kalanya mereka ini tidak menyukai kehidupan untuk berkeluarga. Namun, kebaikan mempunyai aura berwarna jingga, mereka ini panjang akal dan kreatif.

Saranan bagi mereka ini agar sentiasa menyedari bahawa kesederhanaan dalam hidup amatlah penting. Dengan mengamalkan kesederhanaan, mereka mampu hidup dalam semua lapisan masyarakat dan mula menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling agar kehidupan senang pada kemudian hari.



Kuning

Mereka yang mempunyai aura berwarna kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko dan pelbagai lagi sifat.

Meskipun mereka ini pandai menghidupkan suasana di kalangan orang yang tidak dikenalinya, mereka juga pada masa yang sama berkecenderungan untuk berasa malu. Mereka adalah seorang yang suka memberontak, mudah sedih, selalu tertekan dan tidak bahagia.

Selain itu, mereka senang terjerumus ke dalam sesuatu perkara yang tidak elok. Bagaimanapun, mereka ini mempunyai kekuatan yang tidak terbatas, tidak boleh duduk diam dan gemar untuk bersukan.

Saranan untuk mereka yang mempunyai aura berwarna kuning agar sentiasa berhati-hati dan tidak terjerumus ke dalam perkara yang tidak elok.

Hijau

Mereka ini mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Bagaimanapun, secara umumnya mereka terlalu agresif dan tidak boleh menerima pandangan orang lain di sekeliling mereka.

Mereka mempunyai sifat keras kepala, bongkak dan mengutamakan kesempurnaan serta tidak sabar untuk mendapatkan sesuatu. Mereka juga sukar untuk mengalah dan mengakui kesilapan mereka. Mereka ini mempunyai keperibadian yang kuat, cenderung untuk membuat keputusan sendiri.

Saranan bagi mereka ini agar mencari sahabat yang dapat menghargai kelebihan mereka kerana mereka selalunya cepat bosan dengan sahabat yang tidak mempunyai cita-cita dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.

Biru

Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini.

Selain itu, mereka ini terlalu dramatis dalam soal percintaan dan cenderung untuk memanipulasikan orang lain. Namun, mereka ini mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain dan mempunyai ramai teman.

Orang di sekeliling mereka sangat senang untuk bergaul dengan mereka tetapi malangnya mereka yang beraura biru senang untuk diambil kesempatan kerana sifat mereka yang murah hati dan tidak ego.

Saranan untuk mereka ini adalah untuk belajar untuk menjadi lebih tegas supaya tidak akan dipergunakan oleh orang lain.



Indigo

Mereka yang mempunyai aura berwarna indigo, adalah seorang yang lemah. Mempunyai kulit yang putih dan pucat. Tidak suka keluar rumah dan bermacam-macam lagi. Mereka ini juga kurang mempunyai tanggungjawab. Mereka tidak pandai menjalinkan persahabatan atau mempunyai hubungan sosial dengan orang di sekeliling mereka.

Selain itu mereka kurang pandai berkomunikasi dan sukar untuk menjadi seorang sahabat yang sentiasa berlaku adil. Jika mereka memerlukan teman, mereka lebih senang untuk berkhayal bagi mendapatkannya daripada berusaha sendiri.

Namun begitu, mereka ini tidak ingin membuat orang yang mereka sayangi itu kecewa dan sangat takut jika tiada orang yang akan menyayangi dan menyukai mereka. Malah, jika orang di sekelilingnya menjaga mereka ini dengan baik, mereka akan menjadi seorang sahabat yang peka, ramah, menghargai dan bersedia berkorban.

Saranan untuk mereka yang beraura indigo, mereka harus berani menghadapi dunia nyata.

Ungu

Bagi yang beraura ungu, walaupun mereka ini suka bersahabat, mereka suka mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius dalam sesuatu perkara.

Saranan bagi mereka, cubalah berusaha untuk mengambil sesetengah perkara itu lebih serius supaya mereka tidak akan dipandang ringan oleh orang sekeliling mereka.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Thursday, May 6, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

GADIS IDAMAN....




Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN
Mahkotanya diliputi kehormatan
Maruah diri dipagari dgn KESOPANAN
Dialah puteri indah RUPAWAN

Tika gadis lain sibuk menghias diri,
Dia menghias NUR ILAHI pd WAJAHNYA

Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
Dia selesa bersama cintaNYA

Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga,
Dia tekun dgn bait kata TUHANNYA

Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba

Gadis itu seperti MAWAR BERDURI
INDAH dipandang namun sukar DIPEGANG..
Mulianya kerana KETAQWAAN..
Cantiknya krn keperibadian AKHLAK MULIA..


Duhai wanita solehah,jangan risau akan jodohmu kerena muslimin yang bijaksana itu,tidak hanya terpaut pada wanita hanya pada kecantikan atau lirikan senyuman,pada bicara manja yang menggoda atau pada pujuk rayu wanita yang meruntuhkan imannya..sesungguhnya lelaki itu pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu..kerna pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu..begitulah sebaliknya..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Tuesday, May 4, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Bertunang...BUKAN 'lesen' berMESRAAN..!!!

BERTUNANG bukan 'lesen' bermesraan!

Artikel ini dikarang oleh USTAZ HASSAN DIN..

Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam Hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedia-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan, "Jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang, tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu menjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangakan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah dputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sistematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas berkahwin. Insyaallah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecermelangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang.Bagi mereka yg dah 'terLAJAK' ber'couple',ingt masih belum trlambat untuk anda berubah.. Berusahalah menjadi Muslim dan Muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi Allah!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Sunday, May 2, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Senyumlah....

Bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan.

Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar:

“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan:

“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata:

“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:

“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata;

“Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya. Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya."

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit.

Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan). Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

“Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah? Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah: “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya.

Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

www.iLuvislam.com
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...