Wednesday, June 16, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Abu Ubaidah al-Jarrah,tokoh terulung..

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah..selautan kesyukuran dan selangit pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi,masih membenarkan kita bernafas dalam nikmat Iman dan Islam..apa khabar Iman di hati?masih dibajai dgn nur-nur Islam?atau sudah dinodai dgn keasyikan dunia..masih tegarkan dlm perjuangan Islah diri?atau sudah kalah pada hawwa?nauzubillah..moga kita semua masih tergolong dlm kalangan yg sentiasa mendapat cahaya hidayah-Nya..

Along baru je selamat menghadam cerita tentang salah seorang sahabat Nabi, Abu Ubaidah al-Jarrah..subhanallah,buku setebal 346 m/s itu cukup untuk membuat along kembali menghisab diri betapa payahnya perjuangan mereka untuk mnyebarkan syiar Islam..tanpa ketegaran dlm prjuangan dan jasa mereka dalam pengorbanan ,sudah pasti kita masih dalam keadaan jahiliyyah dan tidak dapat mengecap kemanisan hidup bertunjangkan kehidupan bersyariat ini(Islam) syukur sgt2 kerana along terpilih utk mnyampaikan cerita tentang beliau usai cuti nanti kepada shbt2 along bagi mengisi sesi ta’lim..amanah yg diberi menambah kecintaan along untuk terus mendalami dan memahami perjalanan hidup sahabat-sahabat Nabi.. periwayatan hidup dan perjuangan mereka dalam menyebarkan Islam dan kalimah-kalimah Allah ni,mengobarkan semangat juang dalam diri yang sekejap naik,sekejap turun..

Siapa Abu Ubaidah al-Jarrah?

Nama sebenarnya ialah Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal al-Fihri al-Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah al-Jarrah. Lahir pada 582 Masihi di Mekah dari sebuah keluarga Quraisy terhormat. Berasal daripada kaum Quraisy suku al-Harith bin Fihr.Beliau termasuk kelompok awal memeluk Islam selepas Abu Bakar as-Siddiq.Seorang yang tinggi,kurus,berwibawa,bermuka ceria,selalu merendah diri dan amat pemalu. Amat disenangi oleh mereka yang mengenali beliau. Beliau masuk Islam bersama Abdurrahman bin Auf, Uthman bin Mazun dan Arqam bin Abu al-Arqam, di tangan Abu Bakar as-Siddiq. Saidina Abu Bakarlah yang membawakan mereka menemui Rasulullah SAW untuk menyatakan syahadat di hadapan Baginda.

Rasulullah saw pernah bersabda;
“Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah al Jarrah.”


Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda lagi.
Tiap-tiap umat ada orang yang memegang amanah. Dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah al Jarrah.”
"Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy memiliki sifat yang terbaik dan paling sederhana. Mereka adalah Abu Bakar, Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah al-Jarrah"

Antara sahabat dijamin Syurga

10 sahabat yang dijanjikan Syurga sebagaimana disebut secara sekaligus oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah sebagaimana hadis berikut :

“ Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar , (2)- Umar, (3)-Utsman , (4)- Ali , (5)- Zubair , (6)-Tolhah , (7)-Abdul Rahman , (8) – Abu ‘Ubaidah , (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas ~ maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang ?. Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu ?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya : Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga ? “. – Imam Abu ‘Isa (At-Tirmidzie) menyatakan : “ Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru “ . ~ ( Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmidzie , di dalam Kitab Al-Manaqib : 3681 ) dan hadis seumpama ini diriwayatkan juga oleh Imam Abu Dawud rh di dalam sunannya – Kitab As-Sunnah : 4031 dan juga Imam Ahmad – Musnad Al-Ansar : 21, 088 )

10 orang itu ialah :

1- Saidina Abu Bakar As-Siddiq (ra).
2- Saidina Umar Al-Khattab (ra).
3- Saidna Uthman Bin Al-‘Affan (ra).
4- Saidina Ali Bin Abu Talib (ra).
5- Saidina Zubair Bin Al-‘Awwam (ra).
6- Saidina Tolhah Bin ‘Ubaidillah (ra).
7- Saidina Abdul Rahman Bin ‘Auf (ra).
8- Saidina Abu ‘Ubaidah ‘Amir Bin Al-Jarrah (ra).
9- Saidina Sa’ad Bin Abu Waqqas (ra).
10- Saidina Sa’id Bin Zaid (ra).


Namun,perlu diingat bukan mereka sahaja yang dijamin Syurga
Menurut hadis , umat Rasulullah s.a.w yang dijamin masuk ke dalam syurga tanpa hisab adalah sebanyak 70 ribu orang ( Hadis riwayat Imam Al-Bukhari rh ).

Setelah menjadi pengikut Nabi Muhamad saw, Abu Ubaidah al Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani ketika berada di medan perang. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah saw.

Keistimewaan Abu Ubaidah al-Jarrah

Kehidupan beliau tidak jauh berbeza dengan kebanyakan sahabat yang, diisi dengan pengorbanan dan perjuangan menegakkan Dien Islam.

Hercules berkata kepada salah seorang tentera yang dibebaskan oleh Abu Ubaidah al-Jarrah.”Sila terangkan mengenai orang itu.”

Jawab tenteranya, “Sebenarnya dia menjadi pahlawan pada siang hari dan menjadi pendeta pada malam hari. Dia tidak memakan sesuatu makanan melainkan selepas jelas halalnya. Tidak masuk ke dalam rumah melainkan mengucapkan salam. Dia menunggu musuhnya menyerang dahulu, barulah dia memeranginya.”

Semasa berlaku perbalahan di balai Bani Saadah mengenai perlantikan khalifah bagi menggantikan Rasulullah maka Abu Ubaidah berkata,
Wahai orang Ansar, kamu yang mula-mula menyokong perjuangan Islam. Saya harap janganlah kamu yang mula-mula mengingkarinya.”

Salah seorang sahabat Nabi iaitu Khalid Al-Walid segan dan kagum akan kehebatan dan karisma beliau. Sehingga dalam peperangan menentang Rom Byzantine, sewaktu proses penyerahan tugas dari Abu Ubaidah kepada Khalid, Khalid berkata:

"Demi Allah, kalau tidak kerana mematuhi arahan khalifah, aku tidak akan memerintahkan kamu ataupun berada di atas kamu. Engkau lebih mulia dari aku. Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang sahabat Nabi. Tapi kamu adalah yang hormati. Kamulah yang baginda panggil 'Penjaga Amanah Umat'."

Begitu juga dengan Umar. Ketika para sahabat berselisih pendapat mengenai rombongan ke Amawas ketika berlakunya wabak taun, Abu Ubaidah mengatakan kepada Umar:
"Wahai Umar. Apakah kamu mahu lari daripada takdir Allah?"
Umar yang merenung wajah Abu Ubaidah kerana merasa segan dengan teguran dan karisma Abu Ubaidah mengatakan:
"Sekiranya ada orang lain yang mengatakan perkara itu selain daripada kau wahai Abu Ubaidah, ya. Aku lari dari takdir Allah untuk pergi kepada takdir Allah yang lain."
Turun khabar gembira dari langit
Dalam perang Badar Abu Ubaidah al Jarrah cuba mengelak dari bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah saw.Tetapi ayahnya telah bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhamad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran surah Al Mujadalah ayat 22 yang bermaksud.

“Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah pasti akan berjaya.” (Al Mujadalah ayat 22)
“Gagah dan Jujur”

Semasa berlakunya perang Uhud, Rasulullah saw terkena anak panah yang dilepaskan musuh lalu tersangkut pada rahang baginda. Abu Ubaidah al Jarrah mencabut anak panah itu dengan giginya sehingga giginya tercabut. Rasulullah saw memberinya gelaran “Gagah dan Jujur”.

Suatu hari datang satu rombongan dari Najran menemui Rasulullah saw lalu meminta baginda menghantar seorang yang boleh dipercayai bagi menyelesaikan pertengkaran di kalangan mereka serta mengajar agama Islam. Rasulullah saw berjanji akan menghantar seorang sahabat yang gagah dan jujur. Sehubungan dengan itu Umar al-Khattab berharap beliau yang akan dipilih Rasulullah saw tetapi orang yang berani dan jujur yang dimaksudkan itu ialah Abu Ubaidah al Jarrah.

Beliau juga seorang yang zuhud, tidak tamak kuasa dan harta. Di bawah pemerintahan khalifah Umar al Khattab, Abu Ubaidah al Jarrah dilantik menjadi ketua pasukan tentera Islam bagi menakluk kota-kota besar yang berada di bawah pemerintahan Rom seperti Kota Damsyik, Syria, Syam, Kota Aleppo, Kota Hims, Kota Antakiah dan Kota al Quds di Baitul Maqdis.

Ketika khalifah Umar al Khattab berkunjung ke Baitul Maqdis, beliau singgah di rumah Abu Ubaidah al Jarrah. Dilihatnya yang ada dalam rumah ketua panglima Islam itu hanyalah pedang, perisai dan pelana kuda sahaja.

“Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu dari harta rampasan perang sebagaimana orang lain mengambilnya?” Tanya Umar al Khattab.

“Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup bagiku,” jawab Abu Ubaidah al Jarrah.
Saidina Umar al Khattab melantik Abu Ubaidah al-Jarrah memimpin tentera Islam bagi merebut kembali kawasan tanah Arab yang dijajah oleh kerajaan Rom. Beliau berjaya dalam tugas yang diberikan itu sehingga berjaya menakluk Baitul Maqdis.

Wabak Taun melanda

Setelah menyelesaikan tugasnya, berlaku wabak penyakit Taun di Syam.Berpuluh ribu orang mati. Khalifah Umar al-Khattab mengirim surat memanggil Abu Ubaidah al Jarrah pulang ke Madinah namun beliau menolaknya kerana tidak sanggup membiarkan penduduk Syam dan tenteranya dalam bahaya sedangkan dia melarikan diri. Beliau menulis surat kepada Umar al Khattab.

“Wahai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu tuan memerlukan saya, akan tetapi saya sedang berada di tengah-tengah tentera Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah jangan paksa saya pulang ke Madinah dan izinkanlah saya tinggal di sini.”

Setelah Umar al Khattab membaca surat itu, beliau menangis sehingga para sahabat menyangka Abu Ubaidah al Jarrah sudah meninggal. Umar menjawab, kematiannya sudah di ambang pintu.
Puas Umar berikhtiar mengajak Abu Ubaidah pulang semula ke Madinah,namun belum berjaya. Abu Ubaidah tetap dengan pendirian,tidak akan meninggalkan penduduk Syam dan tenteranya. Ternyata Abu Ubaidah tidak gentar dan rela mati bersama tentera serta penduduk Syam. Namun Khalifah Umar masih tidak berputus asa. Dia cuba mencari jalan supaya Abu Ubaidah keluar dari negeri itu. Selepas puas berfikir, beliau mendapat idea lain. Sekali lagi beliau mengutus surat, kali ini beliau memerintahkan Abu Ubaidah membawa penduduk serta tenteranya berpindah dari Syam. Abu Ubaidah bersetuju dengan arahan itu.
Abu Ubaidah memerintahkan penduduk serta tenteranya membuat persiapan berpindah. Persiapan dibuat, tetapi pada hari keberangkatan itu, Abu Ubaidah mengalami demam yang teruk dan cirit-birit. Amru dan Muaz datang ke rumahnya apabila mengetahui Abu Ubaidah tidak sihat selepas Muaz diminta mengimamkan sembahyang Subuh. Apabila melihat keadaan Abu Ubaidah, mereka berpandangan sesame sendiri. Kerisauan terbit di hati masing-masing.
“Bagaimana keadaan tuan?” tanya Muaz. Dia cuba menyembunyikan kerisauannya.
“Jangan risau. Saya cuma demam, dua tiga hari nanti sihatlah,” jawabnya. Tubuhnya lemah dan bibirnya pucat.
“Keadaan tuan semakin teruk. Ini bukan demam biasa,tuan terkena penyakit taun. Biar saya bawa tuan ke Madinah. Di sana nanti, penyakit tuan dapat diubati,” cadang Amru al-As yang mula tidak keruan.
“Seandainya ajal sudah hampir, saya mahu mati di sini. Saya tidak mahu ke mana-mana lagi. Saya mahu mati di sini bersama orang-orang saya. Di sini tempat saya,” kata Abu Ubaidah al-Jarrah.
Kemudian beliau mengangkat tangannya. Amru diam. Dia mengerti isyarat itu. Tidak lama kemudian Abu Ubaidah al-Jarrah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Wasiat Terakhir
Sebelum meninggal dunia Abu Ubaidah al Jarrah sempat berpesan kepada tenteranya,
“Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihatilah. Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia, kerana itu semua manusia pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.”

Perginya seorang tokoh yang hebat
Berita kematian Abu Ubaidah mengejutkan seluruh wilayah Arab. Khalifah Umar bergegas ke Syam dengan perasaan bercampur baur. Hatinya dihiris pilu dan air matanya bercucuran apabila menatap wajah sahabatnya buat kali terakhir. Perkara paling ditakuti terjadi jua. Abu Ubaidah tokoh yang hebat meninggal dunia semasa wabak taun mengganas. Namun begitu beliau sedar, perkara yang berlaku adalah kehendak Allah. Siapalah dia untuk melawan kekuasaan Allah yang menentukan ajal maut umat manusia. Dia yakin sahabatnya itu berada dalam kalangan orang yang dicintai Allah.
Penduduk Syam menangis dan dan bersedih dengan pemergian tokoh yang banyak berjasa kepada agama dan sanggup mengharungi susah senang bersama mereka. Dengan meninggalnya pahlawan agung itu, beliau berjaya menghancurkan penyembah-penyembah berhala di Parsi dan menewaskan kerajaan Rom di Syam.
Selepas pemergian Abu Ubaidah, Khalifah Umar kembali semula ke Madinah dengan kesedihan masih bersarang di hati. Setelah Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia, Muaz bin Jabal mengambil alih tempatnya lalu berucap di hadapan orang ramai.

Wahai sekalian kaum Muslimin! Kamu sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”
Malangnya, beberapa hari kemudian Muaz juga terkena wabak taun lalu meninggal.Tempatnya diambil alih oleh Amru al-As. Dia meneruskan seperti yang dirancang dengan mengajak orang ramai berpindah ke tempat yang lebih selamat. Tidak lama kemudian wabak taun itu akhirnya hilang.
** Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah di Urdun dalam wilayah Syam. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan Parsi. Ketika itu beliau berumur 58 tahun.
>>Sumber: Novel Sejarah Islam Abu Ubaidah Penakluk Parsi, karya Abdul Latip Talib.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Friday, June 11, 2010 1 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Menanti Soleh..ayuh Adam..!!!

Adam..adam…!!!
Dapatkah engkau dengar jeritan hatiku yang memanggil namamu ini..??
Adam…!! Sahutlah aku..!! mengapa kau menunduk sepi..???
Jawab pertanyaanku..jawab..!!!
Kelu..?? keliru..??
Diammu itu…benar-benar membuatkan hati wanitaku walah..
Lelah pada pertanyaan yang tiada jawapan..
Apa yang kau cari..?
Apa yang kau nantikan..?
Kau katakan padaku,engkau menanti solehah..
Aku faham..aku cuba..
Sedaya upaya aku menjadi wanita itu,meski kusedar diri ini banyak kekurangan..


Tapi..
Aku kah yang engkau maksudkan si sombong..?si bisu itu..??
Pedih telingaku mendengar gelaran itu..bertambah perit bila disambut hilaian tawa rakan-rakanmu..sungguh,begitu sumbang pada pendengaranku..
Apa kau mahu,aku melayan setiap bicara kosongmu itu..?
Bersuara manja..ketawa menggoda…
Sehingga terbawa-bawa dalam mimpimu..
Itu yang kau mahu..??
Bisa saja aku begitu,
Namun,

Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah-lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik (Al-Ahzab,ayat 32)

Semampunya aku cuba..hanya berbicara bila perlu..
Tidak cukup dengan itu, engkau ‘puji’ aku lagi..

“Oit,cik adik..pakaian zaman bila tuh..??ketinggalan zaman r..da macam mak nenek..up to date la ckit..baru ramai orang berkenan..arap muka je comel,kalau x xdenye abang hensem ni nak menegur..adoiyaiii..kesssiiiaannn..”

Kesian…???
Cukup..!! Aku tidak perlukan simpatimu itu..
Bukankah dulu kau katakan bakal zaujahmu mestilah menutup aurat..??
Buruk sangatkah pakaianku ini..??
Simpatimu itu..hulurkan saja pada mereka yang terkial-kial,terkinjal-kinjal pakai baju tak cukup kain..sendat..mampat…
Tarik depan,nampak belakang..
Tarik belakang, tertonjol depan..

Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)…(An-Nur,ayat 31)

Sekurang-kurangnya,pakaianku tidak membuatmu tertarik padaku..
Sekarang salah siapa..?salah akukah yang bertutup penuh..atau engkau yang bermata liar..??

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. (An-Nur,ayat 30)


Bisa saja aku..berpakaian seperti mereka-mereka yang kau puji..yang kau puja..
Tak perlu yang mahal-mahal..baju adikku sudah cukup..
Tapi..
Fizikalku ini..hanya untuk tatapan zaujku..
Salah seorang antara kalian yang bergelar Adam..
Sungguh, gelisahku memikirkan dirimu..
Dan ketakutan memikirkan Tuhanku..
Aduhai Adam..
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkan diri yang tidak disapamu..

Aku..Hawa mu…
Aku cuba menjadi seperti yang engkau impikan..
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu..
Sekarang..jawab aku..
Apa yang kau mahukan dariku..??
Sungguh..aku benar-benar letih…letih dengan permintaan..lelah dengan permainanmu..
Engkau nantikan solehah..
Namun,engkau jua yang hamburkan cacian..
Membuatkan aku serba salah,meskipun di jalan yang benar..
Sehingga aku keliru..buntu..
Lalu..aku harus bagaimana..??
Benarlah..engkau belum memahamiku..

Namun,tak mengapa..aku yakin pada janji-Nya

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)(An-Nur,ayat 26)

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:

"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan bergembiralah kamu
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu..(Fussilat,ayat 30)

Aku..Hawamu..
Takkan pernah berhenti dalam mencari..menanti solehmu..
Moga kan kutemui pewaris Umar Bin Al-Khatab
Pengganti Solahuddin Al-Ayubbi..
Dan pemuda berjiwa kental seperti Al-Fateh..
Yang boleh memimpinku..mendidikku..


Ayuh Adam..Bangkitlah..!!!
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadah..istiqamah dalam jalan juang dakwah ini
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Thursday, June 3, 2010 4 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Warkah Bisu Murabbiah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..selawat dan salam ke atas Rasul junjungan kita Muhammad SAW..kepada para sahabat, sahabiah, tabi’ tabiin, para syuhada dan seterusnya seluruh umat Islam yang masih tegar di jalan perjuangan ini…

Salam kemaafan pembuka coretan, salam rindu di angin lalu dan salam sayang istimewa buat adikku yang amat dikasihi kerana Allah..dengan linangan airmata ku coretkan kalimah-kalimah bisu di dalam warkah sepi ini..dengan harapan yang sangat tinggi agar kau membaca dan memahaminya dengan hati yang ikhlas keran Allah semata..semoga luahan ini menyentuh dan menusuk ke dalam hatimu dengan izin Allah..

Salam ukhuwwah kepada jundi-jundi Islam yang senantiasa menyejukkan hatiku dengan semangat kalian, yang aku senang dengan gelak tawa kalian, yang menyebabkan aku lagi bertambah semangat berjalan di dalam dakwah ini. Tidak dapat kugambarkan betapa gembiranya hati ini melihat wajah-wajah semangat kalian yang menyebabkan rasa kasih dan sayangku pada kalian semakin menebal..Subhanallah, KAU Ya Allah yang telah mencampakkan perasaan ini ke dalam hatiku dan hanya KAU yang Maha Tahu dan faham perasaanku ini….

Sungguh, kalian dibina dengan kesungguhan dan kepayahan..Alhamdulillah, dengan izin Allah akhirnya semuanya sedikit demi sedikit memahami apa itu Islam dan bagaimana cara membela Islam. Kini nyawa Islam sudah berada di tangan kalian, kiranya antunna lah yang menentukan nasib untung rugi masa depan Islam. Jika tidak siapa lagi? Adakah mereka yang leka dengan pesona dunia? Adakah mereka yang leka dengan hiburan dan keseronokan alam remaja sekarang? Ataupun adakah mereka yang merasa puas dengan hidup mereka bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran?

Masa depan Islam terletak di genggammu. Jika kau menggadainya, maka tergadailah Islam. Jika kau menjual dunia,maka terbelilah akhirat yang bahagia..hanya ada dua pilihan saja yang antunna miliki, sama ada antunna berpegang teguh dengan tali Allah ini ataupun kalian akan terus tersasar dari mimpi indah melihat dunia baru Islam tertegak di muka bumi Allah ini.
Apapun, Alhamdulillah..malahan akulah yang sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana telah mentakdirkan aku menemui kalian..kerana apa? Kerana Islam itu perlukan kesinambungan. Itu yang ditekankan dalam buku Qadhaya Asasi ‘ala Thariq Ad-Dakwah oleh Mustafa As-Masyhur. Bahkan beliau mengatakan bahawa adalah menjadi kekalahan bagi haraqah yang tidak mampu menyediakan kesinambungan perjuangan mereka..dan ternyata, DIA sungguh kasih pada apa yang aku bawa..DIA yang menemukan aku dengan kalian, DIA juga telah bersihkan dari sebahagian yang lain dari kawan-kawan antunna yang sebahgiannya mencintai jahiliyyah, dan sebahgian yang lain pula hanya berada sekejap di dalam jalan yang mulia ini..wahh..sungguh hebat pemilihan Allah ini..segala puji bagi-Nya yang mengizinkan aku menatap wajah-wajah kalian dalam usrah2,halaqah2, daurah2, walau mungkin dihambat kesibukan, kepayahan, dan seribu macam halangan….

Dalam menjadikan antunna sampai sekarang ini, adakah ia proses yang mudah? Adakah dengan sekelip mata? Antunna lebih tahu betapa berkerutnya kening kami memikirkan kalian. Allah jadi saksi betapa resah hati kami dalam memastikan kalian akan sabar dalam tenggelam timbul perjalanan dakwah ini. Betapa kami tahu dakwah ini dibawa nabi pendahulu sebelum ini, telah berjaya mengungkapkan dan merakam orang yang berjaya mencapai redha-Nya, tapi bisakah kami menelan air liur ini untuk menerangkan bahawa jalan ini amat susah rintangannya pada kalian? Sungguh, pasti terhiris hati jika melihat satu demi satu pendukung jalan dakwah ini rebah tanda kalah. Kalah pada jahiliyyah, kalah pada hawwa’, kalah pada dunia….

Dalam gelak ketawa sewaktu halaqah kita, aku tidak menafikan yang aku tercari-cari sinar keikhlasan dari riak wajah kalian..adakah mampu mengharunginya.. apakah akan kutemui kembali wajah ini setelah masa dan jarak memisahkan kita kelak? Kepada Allah lah kuserah jawapannya..Walaupun sungguh, jauh di sudut hatiku ingin melihat kalian dan terus bersama kalian di jalan yang penuh onak dan duri yang juga pernah dilalui oleh Rasulullah sendiri.. tapi, andai aku yang menjadi orang yang ditapis oleh Allah, nauzubillah..tidak dapat aku gambarkan bagaimanakah keadaanku andai aku tidak berada di jalan ini nanti..Ya Allah jangan pernah KAU bolak balikkan hatiku setelah KAU sinarkan cahaya hidayah ini.. peliharalah juga anak-anak halaqah kesayanganku ini..Jangan pernah KAU lepaskan atau tinggalkan kami Ya Allah..

Tahukah seusai solat malam, aku selalu mendoakan kalian, mendoakan kesejahteraan kalian, mendoakan dakwah kita yang kita jaga tidak rosak, dan mendoakan akan ramai lagi orang-orang yang dibukakan hati untuk menerima hidayah melalui tangan-tangan kalian..tidak jemu-jemu sampai suatu hari nanti Allah akan mengabulkan doa kita..

Ya Allah, yang menjaga hati mutarabbi-mutarabbi ku..
Janganlah KAU bolak balikkan hati mereka sampai aku tidak mampu untuk membetulkannya kembali,
Jangan Engkau bagi cubaan yang mereka tidak mampu menanggungnya,
Berilah mereka kemudahan sehinggakan mereka sabar dalam meniti jalan dakwah ini,
Berikanlah mereka kesungguhan dan nikmat dalam mengharungi perjalanan ini..
Berikan mereka kekuatan untuk benar-benar menyimpul rapi Islam di dalam hati..
Tuhan, tolonglah kami…
Aku serahkan nasib mereka kepadamu, kerana Engkau lebih mengetahui mana yang lebih baik bagi merek,
Dan matikanlah kami sebagai syuhada’ di jalan-Mu…Amiinn..


(dedikasi kepada anak halaqahku, yang aku akan jaga sepenuh hati, yang aku rindu saat tidak berjumpa, yang aku gembira saat mereka bersama, dan mengharapkan ada sesuatu yang boleh mereka persembahkan yang bisa menambah saham kebaikanku di saat padang mahsyar kelak)
Ikhlas dari,
Murabbiahmu….
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Tuesday, June 1, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Israel Bunuh Aktivis Misi Gaza

o1/06/2010

ASHDOD: Komando Israel menyerbu beberapa kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza awal semalam menyebabkan 19 orang maut dan 36 lagi cedera, kebanyakannya aktivis Turki sekali gus mencetuskan krisis diplomatik antarabangsa.
Anehnya, Israel menyalahkan aktivis kerana mencetuskan keganasan hingga membawa kematian menyebabkan aktivis memberi keterangan bagaimana ia berlaku di perairan antarabangsa.

Rakaman secara langsung sebuah bot Turki yang boleh dilihat di internet, menunjukkan komando berpakaian hitam Israel turun dari helikopter dan menyerang aktivis.

“Ketika keadaan masih gelap, komando Israel turun dari helikopter ke kapal Mavi Marmara dan terus melepaskan tembakan sebaik menjejakkan kaki di dek,” menurut laporan laman web Pergerakan Bebaskan Gaza.

Rakaman itu menunjukkan keadaan kacau bilau dengan beberapa bot peronda Israel berada tidak jauh dari situ.

Tentera Israel, bagaimanapun, mendakwa askarnya hanya menembak selepas diserang dengan pisau, cotar dan tembakan peluru hidup.
“Kesan daripada keadaan itu anggota tentera laut menggunakan kekerasan termasuk melepaskan tembakan,” menurut jawapan tentera Yahudi itu.

Apapun, Israel tetap mempersalah aktivis damai terbabit.

“Mereka yang memulakan keganasan. Kami berusaha sedaya upaya mengelakkannya. Tetapi askar kami diserang dengan pisau, besi serta ditembak,” kata jurucakap Netanyahu, Mark Regev.

Antara yang cedera termasuk komando laut Israel, dua daripada mereka parah dan tiga lagi semakin pulih.

Ketika butir-butir pertumpahan darah itu mula diketahui umum, sebuah bot tentera Israel dilihat mengiringi kapal besar berwarna putih dan sebuah lagi kapal lebih kecil masuk ke pelabuhan Ashdod.

Lelaki berpakaian hitam dilihat di dek bot lebih besar dipercayai kapal penumpang. Laporan media menyatakan, seorang pemimpin Arab, Raed Salah juga cedera dalam kejadian itu.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas menyifatkan korban serangan di perairan antarabangsa itu sebagai mangsa pembunuhan beramai-ramai Yahudi dan mengumumkan tempoh berkabung tiga hari.

“Kita perlu ambil keputusan yang sukar hari ini,” kata seorang pegawainya di televisyen tanpa menjelaskan lebih lanjut.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) juga menggesa diadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan tindakan umpama lanun, jenayah dan pembunuhan oleh Israel, kata ketua perunding, Saeb Erakat.

Selain itu, masyarakat Arab Israel juga menyarankan mogok diadakan sebagai membantah operasi laut Yahudi itu selain melancarkan protes.

Berikutan itu, beratus-ratus orang daripada pelbagai peringkat politik keluar beramai-ramai ke jalan raya di bandar Nazareth bagi membantah serangan berkenaan.

Pergerakan Hamas pula meminta PA berhenti berunding dengan Israel kerana melakukan jenayah terkutuk itu, kata pemimpinnya, Ismail Haniyeh. – AFP

Sumber:Berita Harian Online
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...