Monday, November 29, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

~BicaraTunas~


Aku adalah tunas hijau
Yang baru belajar
Menjalar di dunia sang dewasa
Jangan biarkan aku keseorangan
Kerna di lantai dunia ini
Terlalu kejam citranya

Langkah-langkahku
Adalah langkah-langkah lesu
Bersuara
Namun aku tak berdaya
Melaungkan segala
Kekusutan yang melanda
Hasil tiupan ragu
Si sipahi syaitan dan kaumnya

Lalu ku harap
Awasi aku dengan ketajaman fikrahmu
Tuntun hatiku
Suburkan jiwaku,imanku
Dalam tautan
Halaqah cinta kita..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Tuesday, November 23, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Sami Yusuf - Make Me Strong 2010






I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Thursday, November 18, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Sebuah Perhitungan! ~Syafi'una Ya Rasulullah..~

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”

Ibnu Abbas ra berkata:“Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”

Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.” Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.” Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?” Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.” Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.” Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!” Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?” Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”

Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.” Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa. Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman: "Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!”Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat kebajikan?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka.

Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?” Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.” Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!” Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya: “Apakah hari ini?” Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?” Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Wallahu'alam..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Wednesday, November 3, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Kekasih Allah Pengsan Lantaran Dahsyatnya Seksaan Neraka

Salam satu aqidah, disemai subur mewangi harumnya mahabbah. Apa khabar iman di dada? moga kekal segar disirami zikrullah. Salam imtihan kepada seluruh warga IPG..Alhamdulillah,selesai sudah 2 paper yang agak killer..whoaa! Namun,diri masih terikat dengan 2 lagi paper Pengajian Agama minggu hadapan sebelum diri berangkat pulang ke kampung halaman.Tidak sabar rasanya..^_^

Hmm..agak lama empunya blog tak meng'upadate teratak maya ini. Cemburu bila melihat sahabat-sahabat masih rancak 'menambah-hiaskan' laman sesawang ini dengan pelbagai pengisian terbaru. Bersalah pula rasanya meninggalkan teratak kesayangan ini lama-lama. Minggu ini diri ni asyik touching je..huhuh..hampir setiap masa bertemankan 'Satu Amanah' dan 'Binnabil Huda'..banyak kali tangkap leleh ngan roommate..waaaa! Orang kata, luahkan..jika tidak ia akan meracun.Lontarkan..walau hanya pada awan-awan..Tapi,along selesa begini.Bukan enggan berkongsi.Tapi..biarlah perkara ini antara along dan Dia. Along lebih selesa meluahkan padaNya..rasa diri lebih tenang. Letih..Sedih..Serasa ingin pulang ke pangkuan bonda saja. Tapi banyak lagi hati-hati di sini yang perlu dituntun agar tak tersungkur rebah ke bumi dalam keadaan yang tak diingini. Ok lah..sedikit perkongsian untuk kali ini. Moga setiap dari kita mendapat manfaat dan ibrah darinya..




**************


Pada suatu ketika malaikat Jibril a.s datang menemui Rasulullah S.A.W. Kedatangan Jibril a.s yang bukan pada waktu kebiasaannya ditambah pula dengan wajahnya yang berubah, menyebabkan Rasulullah S.A.W berasa hairan dan bertanya, “Mengapa wajahmu berubah pada kali ini?”
“Ya Rasulullah. Aku datang kepadamu ketika Allah menyuruh supaya ditiupkan nyalaan api neraka. Aku ingin memberitahu bahawa seksaan api neraka itu adalah benar dan seksaan kubur itu juga benar,” kata Jibril a.s.

“Kalau begitu wahai Jibril, beritahu kepadaku apakah sifat Jahanam?” Rasulullah bertanya.

“Ya Rasulullah, ketika Allah menjadikan neraka Jahanam, dinyalakan api seribu tahun sehingga api itu merah kemudian dilanjutkan lagi sehingga api itu menjadi putih. Kemudian dilanjutkan lagi seribu tahun sehingga hitam dan gelap di mana nyalaan api dan baranya tidak pernah padam. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, jika terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan membakar seluruh penduduk dunia kerana panasnya,” balas Jibril a.s.

Sambung Jibril a.s lagi, “Seandainya satu baju ahli neraka digantung di antara langit dan bumi. Nescaya akan mati penduduk dunia akibat panasnya. Seandainya satu pergelangan daripada rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, sudah pasti akan cair dan meleleh ke bawah sehingga ke bumi yang ketujuh.”

“Di dalam neraka Jahanam itu perhiasannya terdiri daripada besi dan minumannya air panas bercampur nanah dan pakaiannya daripada potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, setiap pintu ada bahagiannya daripada lelaki dan perempuan,” jelas Jibril.

“Adakah pintu-pintu sama seperti yang terdapat di dalam rumah-rumah kami?” Rasulullah S.A.W bertanya lagi.

“Tidak. Tetapi pintu itu selalu terbuka. Dari satu pintu ke satu pintu jarak perjalanannya selama 70,000 tahun dan setiap pintu lebih panas kira-kira 70 kali ganda.”

“Siapakah penduduk yang berada pada setiap pintu itu?”

“Pintu yang terbawah untuk orang munafik dan orang yang kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa serta keluarga Firaun manakala pintu kedua pula tempat golongan musyrikin, pintu ketiga tempat orang sobi’in bernama Saqar, pintu keempat tempat iblis dan kaumnya daripada kaum Majusi bernama Ladh, pintu kelima tempat orang Yahudi bernama Hutomah, tempat keenam tempat orang Nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibril terdiam seketika seolah-olah segan hendak memberitahu sehingga Rasulullah S.A.W bertanya, “Siapa pula yang berada di pintu ketujuh?”

“Di dalamnya adalah tempat orang yang berdosa besar dan umatmu yang sampai mati tidak mahu bertaubat.”

Mendengar jawapan itu Rasulullah S.A.W pengsan kerana terlalu takut dan ngeri, kemudian Jibril meletakkan kepala baginda di pangkuannya sehingga baginda tersedar.

Sebaik sahaja tersedar dan membuka mata, Rasulullah S.A.W berkata, “Ya Jibril, sesungguhnya aku sangat risau dan sedih apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk ke dalam neraka?”

“Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu,” jawab Jibril.

Oleh kerana terlalu sedih Rasulullah S.A.W menangis, Jibril juga turut menangis. Baginda kemudian masuk ke dalam rumah dan tidak keluar kecuali untuk bersembahyang dan kemudian tidak berbicara dengan sesiapa. Apabila Rasulullah S.A.W menunaikan solat, baginda akan menangis dan meminta keampunan daripada Allah S.W.T.



*************

Na'uzubillahi min dzalik..tiba masa untuk kita meletakkan neraca langit bagi menimbang segala macam benda. Bukan lagi neraca bumi di kepala.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...