Friday, June 24, 2011 3 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

.::KupetikBintang::.

Dengan mata dan hati

Kupetik bintang

Dengan tangan terapung di awan

Kusunting kerlipan

Agar diri ini senantiasa tenang

Senantiasa aman dan tenteram


Kutahu bintangMu amat tinggi

Kutahu Engkau pasti memberi

Meskipun aku hanya tersudut

Meskipun secebis dan penuh lumut


Kutahu rahmatMu kekal melimpah

Kutahu di hadapanku tak sia-sia

Sebagaimana alam senantiasa basah

Di kasur heningku berteduh pasrah

~Hilmi Rindu~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Saturday, June 11, 2011 18 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

"Ehem..'labuh' tudung siang tadi.."




Suatu hari yang indah dan cerah, saya ‘dikejutkan’ dengan pesanan ringkas seorang sahabat. Jika tidak silap, saya dalam perjalanan pulang dari kelas pada tengahari itu.


“Salam Syira..sibuk tak? Iman (bukan nama sebenar) ada sesuatu nak bincang ngan Syira. Boleh?Buntu sangat-sangat ni..”


“Salam ‘alaik. Kenapa Iman? Cuba cerita.”


“Hmm..Iman tak tau. Kita jumpa boleh?”


“InsyaALLAH, boleh. Bila ya?”


“Malam ni, kat masjid..Boleh? Tak menyusahkan ke?”


“InsyaALLAH, boleh aje dear..Tak menyusahkan pun.. J


(mesejnya mungkin tidak sama dengan yang asal kerana peristiwa ini terjadi lama dahulu. Tetapi membawa maksud yang sama)



EPISOD PERUBAHAN


“Syira..Iman rasa nak berubah. Tapi Iman takut. Tak ada kekuatan.”


“Hmm..berubah? Macam mana? Boleh Iman jelaskan?”


“Iman..Nak jadi macam Syira dan kawan-kawan Syira.”


“Errrkkk..? Tak faham?”


“Hmm..Iman pun nak pakai tudung labuh!”


Subhanallah..Perkara apa lagi yang dapat menggembirakan hati seorang sahabat apabila mengetahui sahabatnya itu ingin berubah ke arah kebaikan? Serasa ingin bersujud syukur tika itu juga. Hati menjerit keterharuan,menangis penuh kesyukuran.


Benar, ini yang dinamakan manusia. Mudah berubah. Berhadapan dengan masyarakat (rakan-rakan pelajar)yang berlainan latar belakang, baik dari segi taraf hidup, cara pergaulan, corak pemikiran sehinggalah ke aspek tsaqafah ad-dien (kefahaman dalam agama), menjadikan saya banyak belajar dan bermuhasabah.


Apa yang saya belajar, kita sebagai seorang muslim atau muslimah, da’ie atau da’ieyah tidak boleh ‘menghukum’ seseorang sesuka hati. Jangan kita anggap, ‘orang-orang biasa’ tiada peluang untuk berubah. Jangan kita kira, sebagai ‘orang agama’ kita lah yang paling sempurna. Tidak mustahil, mereka yang ‘biasa-biasa’ ini boleh berubah ke arah kebaikan, bahkan lebih baik dari kita. Tidak mustahil juga, kita yang faham agama ini boleh berubah sebaliknya. Wal ‘iyazu billah.


Sebagai contoh, sahabat saya itu. Dia bukan pelajar jurusan agama. Tetapi, berkeinginan untuk berubah. Lebih ‘drastik’ ingin memakai tudung labuh! Subhanallah..


Itulah yang dinamakan hidayah Allah. Tidak mengenal sesiapa.


Lebih mengharukan, bukan seorang dua yang menyatakan hasrat dan keinginan untuk berubah ke arah kebaikan (wanita solehah, insyaALLAH) tetapi lebih dari itu!


AllahuAkhbar! AllahuAkhbar! AllahuAkhbar!


‘Hadiah’ yang sangat indah saya kira. Teramat indah. Tetapi, masih ada faktor penghalang yang menjadikan mereka takut untuk berubah. Iaitu, tiada kekuatan dan persekitaran yang ‘membantutkan’ penghijrahan mereka.


“Saya bukan jurusan agama. Nanti apa budak kelas kata. Tapi..Saya mahu berubah”


“Akak..kita nak berubah. Tapi, kita bukan dari keluarga yang Islamik. Kalau mak ayah marah macam mana? Mau tak terkejut mereka..”


“Saya suka tengok awak dan yang lain. Tapi, kalau saya pakai macam awak, nanti kawan-kawan saya dah tak nak kawan dengan saya. Mereka mesti kata saya berlagak alim.”


Jawapan saya mudah.


Terpulang pada diri kita. Mengapa ragu untuk berubah ke arah kebaikan? Hidayah Allah itu mahal. Bila-bila masa sahaja Dia akan berikan kepada hambaNya yang Dia mahu dan bila-bila masa sahaja Dia akan menariknya kembali.


Dalam hidup, kita dihadapkan dengan dua pilihan. Live well or live hell. We choose. Jadi, usah bertangguh! Dikhuatiri, hidayah Allah itu akan ‘jemu’ dengan alasan-alasan kita dan tidak akan kembali singgah buat selamanya. Maka di sini, siapa yang rugi jika bukan kita?


Dan bersegeralah kamu mencari ampunandari Tuhanmu dan mendapatkan Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.

(Surah Ali-Imran, ayat 133)

Siapa dia yang bertaqwa itu?

Mereka yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mereka mengingati Allah Taala lalu memohon ampun Allah Taala atas perbuatan mereka itu, dan siapa lagi yang berhak dan layak mengampunkan dosa selain dari Allah Taala? Dan mereka tidak terus dalam melakukan maksiat yang telah mereka lakukan, sedang mereka mengetahui.

(Surah Ali-Imran, ayat 135)


Ya. Tidak dinafikan perubahan memerlukan keyakinan, pengorbanan dan ketabahan.


Perubahan yang baik itu tidak semestinya dilakukan secara drastik, lebih baik dilakukan secara perlahan-lahan. Kerana bagi saya sendiri, secara peribadinya perubahan yang dilakukan drastik dikhuatiri tidak berterusan.


Katakanlah (wahai Muhammad), “Taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir.

(Surah Ali-Imran, ayat 32)

Apa pesanan Allah dan Rasul pada kita wahai pemudi-pemudi, serikandi sayap kiri laki-laki?


Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)…..

(Surah An-Nur, ayat 31)

Tapi..Tapi..Tapi…


Apa tujuan kita mematuhi perintah Allah di atas?


Adakah kerana takutkan manusia?

Adakah untuk mendapat pujian manusia?

Adakah kerana takutkan kejian manusia?

Atau adakah kerana ingin menunjuk-nunjuk?


Sudah tentu tidak!


Dan (aku telah diperintah), “Hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan TULUS dan IKHLAS, dan jangan sekali-kali engkau termasuk orang yang musyrik.

(Surah Yunus, ayat 105)

Maka, ayuh sayang-sayangku..Tunaikanlah semua kewajipan atas dasar taqwa. Ikhlas dan hanya takut kepada Allah, untuk meraih redhaNya. Bukan untuk disenangi makhlukNya.


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu..

(Surah Fussilat,ayat 30)


FLASH BACK. Saya Pun Macam Mereka.


Secara jujurnya, saya bukan berasal dari keluarga yang benar-benar ‘islamik’. Ibu saya tidak memakai tudung labuh. Namun, ibu dan ayah saya amat menitikberatkan pemakaian anak-anak perempuan mereka di luar rumah. Memandangkan saya dan Achik, hanya kami berdua puteri dalam keluarga (5 yang lain, ‘askar-askar’ yang sedang membesar) maka agak mudah untuk ibu dan ayah memantau pergerakan kami. Ya. Ayah saya tidak pernah memaksa saya untuk bertudung labuh. Tetapi, sedari kecil lagi ayah saya amat ‘pantang’ jika kami keluar rumah dengan memakai seluar (kecuali berbaju labuh dan longgar). Percaya atau tidak, saya tidak pernah merasa bagaimana perasaan memakai seluar jeans. Apatah lagi memilikinya. Jika ada, pasti ayah saya orang pertama yang akan membakarnya. Hehe..Natijah dilatih dari kecil untuk sentiasa berbaju kurung, saya menjadi malu untuk berseluar hatta ingin ke rumah nenek sekalipun. Terima kasih ayah. Terima kasih mak. ^___^


KELIRU IDENTITI DIRI


Ya. Saya adalah bekas pelajar sekolah agama. 5 tahun berada di sana menjadikan saya ‘keliru’ dengan identiti diri.


Mengapa?


Kerana saya merasakan tudung labuh itu hanyalah sekadar ‘undang-undang’ sekolah. Memakainya hanya untuk ke sekolah. Agak labuh daripada pelajar biasa kerana saya adalah seorang pengawas. Jadi, kononnya ingin menjadi contoh terbaik kepada mereka.Ah. Alangkah jengkelnya pemikiran jahiliyah saya tika itu.


Selalu menjadi masalah terutamanya apabila ingin keluar rumah.


Masalah 1 : Tudung apa hendak dipakai apabila ke rumah saudara-mara.

Masalah 2: Tudung apa hendak di

pakai apabila ada program hujung minggu di sekolah, atau kursus-kursus atau kem-kem di ‘luar kawasan’.


Percaya atau tidak, masalah dalam memilih tudung (masa itu) lebih sukar daripada menjawab soalan Add-Maths, lebih payah daripada merungkai formula Kimia. Bahkan lebih rumit daripada istinba’ hukum dalam Syariah Islamiah! Errrr..Adakah saya terlebih emosi? Abaikan.


Saya akui, saya selesa bertudung labuh. Rasa selamat dan terjaga. Tetapi, disebabkan iman dan kefahaman saya yang agak rapuh dan tempang ketika itu, menjadikan saya begitu mengambil kira kata-kata orang. Adui. ( Pang! tampar laju-laju)


Akhirnya, tudung-tudung itu saya pakai mengikut ‘mood’ dan suasana.


Di sekolah, saya memakai tudung labuh.


Di ‘luar kawasan’ yang melibatkan aktiviti sekolah, saya memakai tudung segitiga labuh dan kadang-kadang tudung labuh (itupun kes nak menjimatkan masa sebab dihambat waktu dengan program-program yang padat) p/s: tudung labuh tak perlu susah-susah nak pin sana, pin sini..hohoiii.. (Dush! Tumbok kuat-kuat!)


Di rumah saudara-mara pula, saya memakai tudung segi tiga labuh. (Itupun ada yang memerli)Kadang-kadang bawal biasa yang dijatuhkan hujungnya.


Perasaan saya ketika itu?


Entah. Saya sendiri keliru.


Terkadang rasa hipokrit.


Ada masa saya rasa “Walaweh! Akulah yang paling solehah di dunia ini..mwahahah!”(Hempuk kepala dengan bantal laju-laju)


Satu masa yang lain pula saya rasa “Kenapa aku pakai macam ni? Macam ‘seksi’ je..”


Saya mahu. Mahu sekali istiqamah memakai tudung labuh. Maksud saya, bukan sekadar di sekolah (waktu itu). Tetapi..Selalu mendapat sindiran halus daripada mereka di sekeliling.


“Hamboii..ustazah..pakai stokin and tudung labuh segala bagai. Kita nak gi beli barang kedai depan tu je mak jah oii..”


“Ececeyyy..labuh tudung. Tak rimas ke?”


“Ustazah..ustazah..labuh tudung. Nak tumpang berteduh boleh?hahaha..”


Itulah antara komentar yang saya terima daripada barisan pengkritik tetap sewaktu saya mula-mula berjinak untuk istiqamah dan istimrar memakai tudung labuh. Agak ‘makan dalam’ juga kerana komen-komen tersebut saya terima daripada sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri (saya tak salahkan mereka kerana mereka tidak berpeluang untuk merasa bagaimana perasaan menjadi pelajar sekolah agama).


Mungkin hanya gurauan. Tetapi suara-suara itulah yang pernah membantutkan hasrat saya tika itu. Dan Alhamdulillah, gurauan mereka menjadi kenyataan apabila saya kini bakal bergelar ustazah dalam masa beberapa tahun lagi . Syabbas betti..syabbas! (Ark..terhidu unsur riak di situ..Peluh menitik laju)



MANUSIA DAN ALASAN


Pernah suatu hari saya memberontak. Hati kecil kononnya berkeras.


“Watpe aku nak hipokrit? Baik aku jadi diri aku..”


Maka, pada hari itu bermulalah segalanya.


Hari itu ada kelas tambahan untuk Additional Maths memandangkan Sijil Pernikahan seMalaya (SPM) hehek! is juz around the corner. Maka dengan baik hatinya,seorang teman telah menjemput tenaga pengajar dari luar untuk membantu kami. Terbuka untuk semua kelas, Sains-Agama dan Sastera.


Betapa saya hendak menunjukkan yang saya bukan seorang yang hipokrit dan bermuka dulang (hohoiii..) maka, saya memilih untuk memakai tudung bawal. Berwarna hitam. Ya berwarna hitam ketika itu . Entah apa yang saya ‘perjuangkan’ tika itu. Saya pun tidak pasti. Yang pasti saya tidak mahu hipokrit. (Argh! Seseorang sila tolong tampar saya sekarang!)


“Ala..bukannye seksi pun. Aku dah jatuhkan depannya. InsyaALLAH, ok je nih.” (padahal dalam kelas ketika itu sangatlah tidak selesa..tapi peduli hapeee..eerrrr)


Tetapi saya terlupa. Melabuhkan tudung di sini, bukan hanya bermaksud tutup depan,tutup belakang. Sebaliknya, tutup tepi, kiri-kanan juga diambil kira. Pendek kata, tutup sepenuhnya. 360 darjah!


Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

(Surah Al-Ahzab, ayat 59)


Akibat ‘kedegilan’ saya itu. Maka pada tika itu, saya haruuussss menanggung segala risikonya. Betapa tidak selesanya saya apabila di belakang terdapat rakan-rakan pelajar lelaki (terpaksa duduk di belakang kerana datang lambat dan tempat duduk di depan maha penuh). Dan sangat tidak selesa bila guru jemputan itu (yang saya tahu agak gatal orangnya) berada begitu dekat dengan saya sewaktu mengajar.Bukan saya seorang yang menjadi ‘mangsa’, ramai lagi. Tetapi betapa prihatin rakan pelajar lelaki ketika itu, mereka mengalihkan perhatian guru itu dengan bertanyakan soalan dan cuba membuat lawak.


Maka pulanglah saya pada petang itu sebagai seorang yang tewas! Tewas pada perjuangan yang bernama ‘kebebasan’. Kebebasan dalam berpakaian. (bukan lah maksud saya yang tidak senonoh:masih bersarung kaki dan tangan, cuma bukan bertudung labuh..errrkkk..airmata menitis laju.)


Sehinggalah pada malamnya saya mendapat pesanan ringkas daripada seorang rakan lelaki. Rakan sekelas.


“Salam. Ehem.. ‘Labuh’ tudung siang tadi.”


Ya Allah..Malunya..! Bukan malu kerana mendapat teguran itu, tetapi malu dengan diri sendiri. Paling utama dengan Dia yang di atas. Menangis lah saya semahunya menginsafi diri terhadap ‘kecuaian’ dalam membawa diri.


Terngiang-ngiang lagi Surah Al-Ahzab, ayat 59 itu..


Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


(Airmata mencurah-curah)




Betul lah. Apabila kita menjaga kehormatan kita, orang lain akan turut menghormati kita. Begitu juga sebaliknya. Tidak salah jika saya katakan pemakaian kita turut menyumbang kepada sahsiah diri. Penampilan kita menonjolkan bagaimana cara kita membawa diri.


Ok. Saya melihat contoh terdekat. Diri saya sendiri. Bagaimana peristiwa lepas banyak mengajar saya. Semasa zaman persekolahan dahulu (ketika masih keliru dengan identiti diri) , apabila pulang dari sekolah (for sure seragam lengkap dengan tudung labuh) tiada siapa yang berani menegur di dalam bas. Namun untuk hujung minggu ke kelas tambahan (yang mana kadang-kadang on tudung labuh,kadang-kadang off pakai pulak tudung biasa) senang sahaja untuk mat-mat jalanan ini pewwittt sana,pewwittt sini). Ingat saya selesa ke dengan semua ini? Ya ampuunnn..sangat-sangat tidak selesa mbaakk!



HIDAYATUL MUSTAQIMAH (Hidayah Ke Jalan Lurus)


Alhamdulillah, kini saya sudah menjumpai turning-point saya. Tamat sahaja zaman persekolahan, dan kini melanjutkan pelajaran di institut pendidikan guru, saya berazam untuk terus istiqamah dalam memakai tudung labuh. Mulanya, orang sekeliling agak terkejut dengan perubahan saya kerana sangka mereka saya akan terus on-off, atau masih keliru dengan identiti diri lagi barangkali..! Haha..Namun, segala mak bapak datuk nenek tudung bawal itu sudah saya campak tanpa sebarang rasa menyesal dan keciwa malahan berbangga! Mwahah!


Tsaqafah. Ya. Kefahaman.


Beza kesannya kalau kita bertindak atas dasar faham. Berbanding bertindak atas dasar ikut atau terikat pada pandangan orang.Kerana fahamlah saya bertekad.Dari tekad terhasil tindakan, dan akhirnya,insyaAllah akan adanya istiqamah.


Itulah beza antara tahu dan faham. Dari sekolah lagi saya tahu menutup aurat itu sekian-sekian,begini-begini.


Bukan sekali dua ustazah mengingatkan kami. Bahkan lebih dari itu. Dua kali, tiga kali, malah berkali-kali..Arghhh!


Tapi, disebabkan TIDAK FAHAM itulah menjadikan saya TIDAK MAHU menurut apa yang disyariatkan sepenuhnya. Ambil islam separuh-separuh. Tidak masuk ke dalamnya secara keseluruhan.


Namun kini, saya rasakan seperti ‘dilahirkan’ semula. Memakai tudung labuh atas dasar faham. Beza impaknya. Terasa seperti ada ‘roh’ . Lebih-lebih lagi tudung itu dijahit sendiri. Tahu apa rasanya? Heaven! Haha.


Ya. Saya sudah jumpa apa yang saya mahu. Inilah identiti yang saya cari. Saya mahu menjadi wanita solehah. Kalau boleh saya ingin menjadi openminded dan versatile. Namun masih berpegang pada apa yang patut saya pegang. Prinsip hidup. Saya tidak mahu masyarakat di luar sana terus-terusan melabel wanita bertudung labuh ini narrow-minded,syadid, dan jumud.


Semoga saya, awak dan mereka mendapat syurga, hanya atas sebab Rahmat Allah Taala, terhadap hijrah kita ini...



" Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka dia akan mendapat Allah dan Rasulnya,"

{Hadis 1, Matan al-arbain. Imam Nawawi}



p/s: Teringat petikan kata-kata seorang sahabat, “Berprinsip, jangan jumud. Terbuka jangan hanyut.” Waaahhh!

: Ramai yang menyuruh saya berniqab. Ada keinginan. Namun belum ada kekuatan.(Alasan!Alasan!)Doakan ye.. J

: Saya sayang tudung labuh saya. Moga istiqamah ke akhirnya. Moga dalaman seindah luaran. (Rasa sebak tetiba)

: Saya sayang anda semua! Ahah ^_~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...