Monday, December 26, 2011 3 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Wanita Solehah, Hadiah Terindah Buat Bakal Suami.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Baru-baru ini, saya mendapat pesanan ringkas daripada seorang akak senior, bertanya perihal jodoh dan bagaimana persiapan untuk menjadi isteri orang. Adus. Soalan yang sangat berat saya kira. ‘Topik’ ini memang tak pernah lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman. Lagi-lagi banyak betul kenduri kahwin cuti-cuti begini. Sedari awal cuti hingga sekarang, kami sekeluarga tidak putus-putus menerima jemputan kenduri kahwin.


Tak kurang juga ramai kenalan-kenalan yang bakal menamatkan zaman bujang mereka tak lama lagi. Ada yang bakal bertunang. Ada yang bakal mendaki tangga kedua maratib amal, membina baitul muslim. Bagi menjawab soalan akak tersayang itu, sengaja saya ‘conteng-conteng’ di blog perantau yang tak berapa nak merantau ni. Senyum.


Baiklah.


Sering kita mendengar sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu. “ (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Secara umumnya, hadith ini menyenaraikan kriteria-kriteria yang biasanya menarik hati sang lelaki dalam memilih wanita untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, datang dari keluarga yang berdarjat, keturunan yang baik-baik dan mempunyai paras rupa yang cantik jelita yang mampu meruntun hati laki-laki untuk menyuntingnya.


Namun, yang lebih utama, hadith di atas menyarankan kaum lelaki agar memilih wanita yang kuat penghayatan agamanya.


Persoalannya di sini, kenapa mesti yang ‘beragama’?


Senyum sendiri.


Teringat ‘pengakuan’ adik lelaki saya yang pada masa itu baru memasuki tingkatan satu.


Waktu itu, kami sekeluarga di rumah nenek. Kebetulan saya balik bercuti (semasa masih di kampus lama).


Usai solat, saya berdiri di hadapan cermin ruang tamu rumah nenek sambil membetulkan tudung. Kebetulan mak, ayah, nenek dan adik-adik yang lain turut berada di situ. Tiba-tiba,


“Alif suka laa tengok along. Kalau Alif besar nanti, Alif nak cari isteri macam along.”


Mak, ayah dan nenek yang tadi sedang asyik bersembang, tiba-tiba menjadi senyap.


Saya apa lagi,


“Aaa..paaa..? Alif cakap apa tadi? Ce ulang. Ce ulang.”


Sambil angkat-angkat kening.


“Perasan comel lah tu along ni. Along tak comel pun okey?”


Saya mencebik.


Nenek sudah terpinga-pinga.


Mak dan ayah tersenyum.


“Dah tu..tadi along dengar Alif kata nak cari calon isteri macam along. Orang baru nak bangga.”


“Ye.Ye. Alif nak isteri macam along, pakai tudung labuh. Sejuk je mata mandang. Alif suka.”


Masa tu, entah kenapa rasa sebak sangat-sangat. Hampir je menangis terharu.


Kata-kata yang ringkas, lahir dari hati seorang adik lelaki yang tersangat-sangat nakal yang baru menginjak ke alam remaja.


Hingga kini, kata-kata itulah yang memotivasi diri saya untuk terus istiqamah dalam bermujahadah untuk menjadi mar’atul solehah. Err..masih berusaha ke arah itu sebenarnya.




*****************



Persoalannya, kenapa perlu yang beragama?


Tak boleh ke kalau seorang lelaki itu, memilih selain daripada itu?


Ya.Ya..Harus diingat, tiadalah haram jika kita memilih salah satu daripada keempat-empat kriteria tersebut. Kerana apa? Ya’ iyya lah, bila dah selesai akad nikah, semua dah jadi halal. Betul tak?Senyum.


Umumnya, tiada menikah seseorang itu, tanpa tahu kenapa dia berkahwin. Pendek kata, tak tahu pun kenapa dia kahwin. Entah. Tak ada sebab.


Sedar-sedar dah kahwin.


“Entah? Saya pun tak tahu macam mana boleh kahwin dengan dia. Jap.Jap. Saya dah kahwin ke..?”


Ada ke macam tu? Err..saya tak pernah jumpa lagi jenis-jenis luar biasa macam tu. Anda pernah?


Paling tidak, sesetengah orang akan cakap macam ni,


“Erm, aku kawen dengan dia sebab dia lawa lah.


Apa orang cakap, jatuh cinta pandang pertama ek bro? Haha.”


“Orang tua yang aturkan. Lagipun dia dari keluarga yang baik-baik.”


“Aku? Takde la memilih orangnya. Tapi dia kaya!”




*************




Perkahwinan dalam islam adalah sebuah ibadah. Perkahwinan adalah fitrah manusia, maka jalan yang sah untuk memenuhi keperluan ini iaitu dengan akad nikah (melalui gerbang perkahwinan), bukan dengan cara kotor lagi menjijikkan seperti cara-cara orang sekarang ini dengan bercinta, bersekedudukan, melacur, berzina, lesbian, homoseksual dan sebagainya yang telah menyimpang serta diharamkan oleh islam.


“Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kalian berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah, kerana perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat membentengi dirinya.” (Hadith Sahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’I, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi)


Namun, di antara keempat-empat jenis perkahwinan, yang mana paling elok?


Tak dapat disangkal lagi, mestilah yang berkahwin kerana agama bukan. ?


Seperti kata Ustaz Mohd Kazim Elias dalam salah satu ceramahnya,


“Tak kira lah dia tu tok siak ke, ustaz ke, dia arkitek ke, dia cikgu ke, dia doktor ke. Yang diambil kira ialah agamanya. Dan itulah yang boleh menyelamatkannya.




Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:


“Barangsiapa menikahi wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barangsiapa menikah kerana hartanya, maka Allah akan menambah kecuali kefakiran; barangsiapa menikahi wanita kerana hasab (kemuliaannya), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barangsiapa yang menikahi wanita kerana ingin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturahim, maka Allah akan memberi barakahNya kepada suami isteri tersebut.”


Imam Abu Daud dan At-Tirmidzi meriwayatkan, bahawa Rasulullah bersabda:


“Tetapi nikahilah wanita itu kerana agamanya. Sesungguhnya hamba wanita yang hitam lagi cacat, tetapi taat beragama adalah lebih baik (daripada wanita kaya dan cantik tapi tidak taat beragama).”


Perlu diingat ya kawan-kawan, bukanlah bererti Rasulullah S.A.W mengabaikan penampilan fizikal dari pasangan kita, sebagaimana sabdanya,


“Kahwinilah wanita yang subur rahimnya dan pencinta.” (HR Abu Daud, an-Nasai dan al-Hakim)


Pernah dengar tak, pilih yang cantik , seseorang suami itu tidak dapat merasai nikmat kecantikan isterinya?


Err..


Ya lah, nak sentuh pipi pun tak boleh.


“Abang, jangan sentuh pipi saya malam ni tau.


Saya pakai putih telur ni. Kalau abang sentuh, nanti berkedut.”


“Baiklah.”


Malam esok, tak boleh sentuh juga. Tempek-tempek dengan timun batang. Malam lusa, tomato. Nasib tak letak sos, mayonis bagai.. Mau jadinya sandwich si muka isteri tu.


“Dah tuuuu..bila abang boleh sentuh nyerrr..?”


Huhu. Tak ke haru?


Pilihlah yang beragama kerana si suami/ isteri yang kuat pegangan agamanya akan menolong kita dalam membuat ibadat dan mendirikan agama.



****************



Alasan ‘simple’ kenapa perlu pilih yang kuat pegangan agama.


Boleh diaplikasikan dalam banyak situasi.


Yuukk! Santai sebentar. ^^,


Contoh 1 : Katakanlah pada hari tu tak ada makanan di rumah.

Isteri solehah,

“Takpe lah abang, kita puasa je lah hari ni. ” (senyum)

Isteri yang belum solehah,

“Kita nak makan apa ni bang? Kalau hari-hari macam ni, boleh mati kebuluran saya.”



Contoh 2: Suami lupa beli gula.

Isteri solehah,

“Tak pe lah bang, tak ada gula pun tak pe. Minum manis tak elok untuk kesihatan. Nantikan, abang dapat kencing manis, saya pun dapat kencing manis.”

Isteri yang belum solehah,

“Apa ni bang? Gula pun lupa nak beli? Pergi mintak ngan jiran sebelah. Saya tak kira!”



Contoh 3: Waktu Subuh, hari hujan.

Isteri yang belum solehah,

“Tidur dulu lah bang…Tunggu hujan reda dulu. Sejuk ni..”

Isteri solehah,

“Abang, jom solat Subuh.” (sambil menggigil-gigil kesejukan)



Boleh terima tak contoh-contoh di atas? Sengih.



Oh, kepada kaum Muslimin (juga peringatan dan amaran buat diri saya dan sahabiah mukminah yang lain) yang hendak mencari bakal zaujah, ikutilah nasihat yang dititipkan oleh Imam Ghazali ini :


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah"


-Wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

- Wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu'.

- Wanita Hananah menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

- Wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

- Wanita Baraqah ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

- Wanita Syadaqah banyak cakap, tidak menentu lagi bising.



Nak tahu satu rahsia?


Tiga kunci kebahagiaan suami adalah: Isteri yang solehah, iaitu jika dipandang membuat semakin sayang. Jika pergi, membuat si suami tenang kerana dapat menjaga kehormatannya dan taat kepada suami.


Kukuhkan INDIVIDU MUSLIM dalam diri sebelum membina BAITUL MUSLIM.


Senyum. ^^,

Nak hafaz Quran. Satu juzuk pun jadi lah. Sebagai hadiah buat bakal zauj selepas akad esok-esok.





p/s: Hidup ini bukanlah pertandingan siapakah pasangan paling best BERCINTA SEBELUM NIKAH dan mendekatkan diri mereka dengan AZAB NERAKA.TETAPI pertandingan siapakah pasangan yang paling best BERCINTA SELEPAS NIKAH dan mendekatkan diri mereka dengan NIKMAT SYURGA. (kopipasta)







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Monday, December 12, 2011 5 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Oh..konco-konco "Inche S"!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Oh..


Nampaknya konco-konco "Inche S" menyerang lagi.


Perlahan dan sembunyi-sembunyi. Lagak misteri.


Kejam dalam sopan barangkali.


“Along..betul ke ok ni?”


“Iyyer..nanti-nanti ok la..”


“Along, jom g klinik.”


“Tamau..nanti-nanti ok la..”


“Along, jangan degil. Kan doktor dah pesan, kalau ada rasa macam tu, terus jumpa dia.”


“Tak apa..nanti-nanti ok la..”


“Sengal-sengal lagi?”


“Tak..”


Ok, along tipu mak! Huhu..


“Dua hari lepas kata ok, semalam kata ok, hari ni pun kata ok. Degil betul lah along ni.”


“Betul..jangan risau, nanti-nanti ok lah..”


Nak jumpa doktor lagi? Tolonglah..kan ‘date’ kita lagi dua minggu. Sabarlah.


Whoa!

^___^








“Aku sakit dan Engkau jualah yang menyembuhkan. Jika Engkau melihat bahawa aku sudah saatnya untuk sembuh maka sembuhkanlah aku ya Tuhan. Sakit yang paling aku senangi adalah sakit yang Engkau senang bila ia ada padaku.”






~When life is slowly drifting away~

Ya Allah..berilah aku kesempatan untuk bertaubat dan membersihkan diri. Aku ingin bertemu Mu dalam keadaan Engkau redha padaku.






Tuhan, aku milikMu..padaMu jua aku kembali. Kurniakanlah aku sebaik-baik penutup kehidupan.






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Monday, December 5, 2011 7 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Saya-Awak-Robot?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Diri kita..


Umpama robot. Dikawal dan mengawal.


Hari-hari dilalui dengan melakukan rutin yang sama.


Jika seorang pelajar,kita diarah untuk belajar. Keluar menuntut ilmu, memerah otak menyerap ilmu yang dicurahkan.


Jika seorang pekerja, kita dikerah untuk memerah keringat melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan.


Hari-hari adalah sama.


Bangun tidur-mandi-solat-makan-pergi belajar/bekerja-rehat-solat-makan-belajar/bekerja lagi-balik kerja-asement-solat-riadah-mandi-solat-makan-solat-tengok tv-main game-facebooking/blogging-tidur-bangun tidur-bla..bla..blaaaa..


Perkara yang sama berulang lagi. Hari ini, esok, lusa, tulat, tubing, sampai tunggang terbalik.


Err..Apakah?


Jika diteliti, diri kita melalui kitaran yang sama. Diciptakan untuk memberi khidmat dan meminta khidmat.


Tidak ubah seperti robot bukan?


Pernah tak sedetik sepanjang hayat kita, kita bertanya dalam diri,


“Err..ni je ke tujuan aku dihidupkan?”


Pernah tak kita berasa bosan dengan perkara yang sama kita lakukan tiap-tiap hari?(Angguk-angguk)


Pernah tak kita berasa sangat penat pada hari itu dengan terkejar sana, terkejar sini. Siapkan tugasan itu, tugasan ini. Tapi. Tapi.Tapi..Kita tak dapat mengecapi nikmat hari tersebut. Tiada kualiti. Ya.Seolah-olah kita sudah melakukan sehabis daya; memerah keringat, memerah otak. Tapi ternyata semuanya seolah-olah tiada apa, yang dapat sekadar penat yang tak pernah henti. (Angguk-angguk)


Teringat kata-kata seorang akh sewaktu perkongsian ilmu bersama syuyukh, ikhwah dan akhawat suatu ketika dahulu,


“Study je takde makna. Kena ada tarbiyah. Mana nak dapat? Banyak wasilah. Contoh, usrah.”


Hidup ini adalah sia-sia jika kita fikir hanya untuk bersuka ria.


Hidup ini adalah sia-sia jika kita fikir kita adalah kanak-kanak riang, hidup bersenang-lenang tanpa kekangan.


Hidup ini adalah sia-sia jika fikir kita adalah robot, melaksanakan sesuatu tanpa perasaan. Tanpa tahu tujuan ia diciptakan. Hanya hidup untuk melaksanakan sesuatu tujuan ia diciptakan, bukan untuk mencapai tujuan yang utama setelah ia diciptakan.


Ok, senang cerita dalam konteks pelajar.


Apakah setiap dari anda. Ya anda.


Err..saya juga.


Fikir bahawa kita dihidupkan hanya untuk berjaya dalam pelajaran?


Benar, itu salah satu tujuannya. Tetapi, bukan tujuan utama.


Ramai di kalangan kita menolak , atau lebih hampir memboikot’ usrah dan yang seangkatan dengannya hanya kerana,


“Aku nak study la..nanti kalau pergi usrah, cmane aku nak cover sume silibus?”


“Wey, usrah-usrah bagai. Takde life la.Takde life!”


“Kalau saya gagal exam….sape mau tanggungjawab? Awak? Kakak naqibah awak? Tak kan..? Tak kan?” (sambil jelir-jelir lidah)


Phewww..


Alasan yang sama saya fikirkan untuk diberi kepada mereka-mereka yang saya anggap ‘pelik’ sewaktu mereka mula mengajak saya join usrah suatu ketika dulu. Alangkah jelik pemikiran saya pada waktu itu.


Mindset saya, “Aku kena cemerlang dalam pelajaran.”


Hidup hanya untuk study. Study dan study.


Betapa pemikiran kita telah didoktrin dengan fahaman-fahaman sekularisme.


Ok, saya tanyakan pada anda, anda semua.


Jika itu tujuan kita hidup.


Belajar-test-belajar-exam-dekan-4 flat-anugerah pengarah.


Untung-untung jadi doctor. Untung-untung jadi engineer. Untung-untung jadi arkitek. Untung-untung jadi cikgu, ke keluar-keluar terus jadi guru besar? Whoaa!


Jadi, maknanya..Setelah kita capai tujuan tersebut, kita mati lah?


Macam tu?


Yelah, kita dah capai tujuan kita, cita-cita kita. Buat apa lagi nak hidup kan? Bukan ke itu matlamat kita?


Err..begitukah?


“Kita mencari rezeki di bumi, sedangkan rezeki berada di langit.”


Tunduk dalam-dalam.



**************



Habis tu. Apa tujuan hidup kita?


Ok, mai sini cheq nak habaq hang.


Allah berfirman (maksudnya):


"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku” (Ad-Dzariyat : 56)


Itu satu. Tunggu. Ada lagi satu.


Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. “Sesungguhnya Aku ingin menjadikan khalifah di muka bumi….”(Al- Baqarah : 30)


Lihat, kat sini nak highlightkan Allah cipta kita tak lain tak bukan;


1. Sebagai ahli ibadah atau abid.

2. Sebagai khalifah.


Bila dah clear tujuan hidup kita, kita ada matlamat untuk ubah hidup ini. Bermaksud, kita pula yang merancang hidup kita. Faham?


Jika kita lihat dengan mata yang boleh tembus sampai akhirat. Nescaya tiada istilah main-main dalam hidup ini. Jangan terlena dengan dunia ini, jangan buang-buang waktu, manfaatkan setiap detik hidup kita yang masih tersisa di dunia ini.



Ketika Cinta BerUSRAH. Berikan erti hidupmu pada yang MEMBERI.



Rasulullah Saw bersabda: “Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah engkau akan hidup abadi dan beribadahlah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi”.(HR. Al-Baihaqi)


Ingat, kehidupan ini adalah ujian.


Firman Allah SWT yang bermaksud,


“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (Surah ali-Imran 3:14)


Kerap diperingatkan bahawa dunia ibarat air laut. Semakin diminum airnya yang masin, semakin terasa hausnya. Samalah keadaannya dengan kesenangan dunia yang jika semakin dikejar, tidak akan pernah merasa puas.


Oleh itu berpada-padalah dan sentiasa ingat bahawa kedatangan kita di muka bumi bukanlah untuk tujuan yang sia-sia. Jadi, hargailah kesempatan yang sekejap ini untuk mencari kebaikan yang menyumbang semula pada kesejahteraan hidup di akhirat. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud,

“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan-Nya. Dan hanya kepada Allah jualah kamu (tempat kembali setelah) dibangkitkan (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya).” (Surah al-Mulk 67:15)


“Ad-dunya mazra’atul akhirat”, dunia adalah ladang akhirat.


Maka, ayuh! Kita sama-sama melobi pahala di dunia untuk kesenangan di akhirat. Kita hidup bukan untuk pentingkan diri sendiri. Yuuukkk!ajak rakan-rakan yang lainnya mengerjakan kebaikan.

Rijalud Dakwah: Soleh Wa Musleh. Bukan sekadar soleh pada dirinya, tetapi turut menyolehkan yang lainnya.


^__^

Aman.





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...