Wednesday, January 19, 2011 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Ghuraba'~Glad Tidings To The Strangers~

Kamu berjalan menggunakan kaki,mereka berjalan menggunakan tangan. Tetapi,kamu yang dipandang aneh..



بدأ الاسلام غريبا,وسيعود غريبا كما بدأ,فطوبى للغربأ

Islam bermula dalam keadaan asing( dagang), dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang asing
(kerana islamnya mereka)
[Hadith riwayat Muslim,Tarmizi,Ibnu Majah]





Masa first time dengar hadith ni (sebelum ditarbiyah), saya agak keliru. Berkerut 14 jugaklah dahi masa tu. Orang asing? Beruntung? Orang asing tu macam pendatang asing ke? Pelancong asing ke? Kenapa mereka yang beruntung? Betul ke x hadith ni?(astaghfirullah..)

Fahamlah saya rupa-rupanya..hadith ni membicarakan perihal kita. Perihal kita dan mereka yang sedang melaksanakan tuntutan dakwah. Teringat kata-kata seorang ukht, “Kita belum dianggap melaksanakan tanggungjawab (dakwah) itu, selagimana kita berada dalam zon selesa. Selagimana orang lain tak anggap kita ‘gila’. Selagimana kita tak terasa disisihkan, tak dicemuh, tak disakiti….”



Betul la tu. Nak melaksanakan tuntutan dakwah ni bukan senang. Bukan semudah memetik dua jari. Itu pun kalau berbunyi. Kalau tak? Ya,semangat itu memang penting, tetapi harus diseimbangi dengan realiti. Jangan bercakap berdentam-dentum tapi hakikatnya…Dakwah itu, bukan pada percakapan,tapi pada pelaksanaan. Bukan hanya bersemangat ketika dalam halaqah,tetapi di luar kita menjadi nobody..

Islam Ghurbah

Jika kita menyorot kembali sirah, islam dan dakwahnya memang bermula dalam keadaan dagang yakni-ghurbah. Islam sewaktu mula didatangkan di Makkah Al-Mukaramah, asing dan tidak dikenali oleh masyarakat. Oleh kerana Islam ghurbah maka Islam dibenci dan dimusuhi. Pembawa dan pendokong-pendokongya dihadapkan dengan berbagai mehnah dan tribulasi.

Ghurbah Ath-Thaniyah

Generasi Pertama iaitu Generasi Al-Quran yang dididik oleh Rasulullah SAW telah berlalu. Kerja-kerja mereka telah selesai. Kelemahan umat Islam dan kelemahan pimpinan generasi selepas mereka telah berlaku. Daulah Islamiyah telah jatuh satu persatu dan yang terakhir ialah kejatuhan Daulah Uthmaniyyah di Turki. Serentak dengan itu pengaruh sekularisme yang ditaja oleh penjajah telah bertapak, menular dan berkembang pesat ke seluruh negara yang diperintah oleh umat Islam( termasuk Malaysia). Pengaruh itu terus berakar umbi hingga kini tanpa ada negara Islam yang terkecuali. Akibatnya, Islam kembali ghurbah untuk kali kedua. Kini, realiti menunggu rijal-rijal,syabab-syabab untuk menghilangkan Ghurbah Ath-Thaniyyah(Dagang Kedua).

Benarlah sabda Rasulullah SAW:

“Islam bermula dalam keadaan asing(dagang)…”



Umat Islam menjadi dagang di tanah air sendiri. Islam dagang di gedung perniagaan, di rumah,di sekolah, di dalam keluarga, di pejabat dan sebagainya. Kalaulah Islam dapat diumpamakan seperti seorang insan, maka sudah pasti akan kedengaran suara tangisan yang jauh di lubuk kedagangannya.

Pedagang Perlu Ada Modal

Pedagang (orang yang bawa Islam), atau bahasa mudahnya: pendakwah, pengislah ummah perlu ada modal. Apa tu? Ok, kita bagi contoh mudah. Seorang peniaga yang hendak memulakan bisnes. Dia perlu ada modal (duit) untuk meneruskan perniagaan. Bukan hanya sibuk tampal iklan sana-sini tapi modalnya langsung tiada. Sama macam pendakwah, untuk menyedarkan kembali ummah, dia perlu bermodalkan kefahaman islam itu sendiri di samping back to basic (Al-Quran dan As-Sunnah). Kesedaran dan semangat sahaja tidak cukup. Kita perlu faham bahawa dengan kesedaran dan semangat (untuk membumikan kembali islam) semata-mata tidak akan lahir “pekerja” Islam sepanjang hayat. Hamasah (semangat) akan hilang apabila bertemu ‘uqubah dan mehnah (bencana dan ujian) di atas jalan mempraktikkan Islam. Semangat akan luntur, sebaliknya dengan kefahaman, kita akan merasai betapa beratnya tuntutan syahadatul haq itu sendiri sehingga tiada pernah merasa jemu dan berputus asa di jalan ini.



Realiti Ummah

Namun hakikatnya, bukan mudah hendak menyedarkan ummah. Kadang-kadang, tentangan hebat itu datang dari golongan agama itu sendiri. Bila berada di jalan ini, barulah saya nampak perbezaan antara orang yang tahu agama dengan orang yang faham agama. Bagai langit dengan kerak bumi. Kadang-kadang penat hendak melayan orang yang berlagak tahu segala macam ni. Ego mempertahan dan menegakkan benang yang basah, lancang mengeluarkan fatwa sendiri. Na’uzubillah. Lebih mudah ‘menarik’ orang yang tiada asas agama daripada orang yang ada asas agama. Kerana orang yang tiada asas agama ni, mereka tahu mereka jahil tentang agama dan mereka perlukan pembimbing. Dan tidak mustahil, mereka ini lebih hebat berbanding dengan mereka yang ada asas,tahu selok-belok agama tetapi tidak melaksanakn haq syahadah itu sendiri.


Usrah vs Beli-belah

Sampai sekarang saya tertanya-tanya. Kenapa ramai yang suka cakap-cakap belakang, buat muka bila tahu seseorang itu terlibat dengan usrah. Di kalangan kami,mahasiswa/i tidak terkecuali daripada ‘menjamu’ sajian berupa umpatan,sindiran,kiasan dan sebagainya. Rasanya? Tak payah cakaplah. Pahit,maung, pedas,tawar semua ada. Depan muka manis,belakang…Adui. Paling menyakitkan apabila tentangan itu datang daripada mereka yang tahu agama itu sendiri. Ok,saya bagi contoh.


Perbualan 1:
Si A : Banat tu xde lagi hujung minggu ni?
Si B: Ha’a..dia ada program kat luar.
Si A: Apa nak jadi la Banat tu. Malam-malam sibuk dengan usrah. Hujung minggu program kat luar. Apa barang usrah-usrah ni. Xde life!
Si B: Ha’a..menyampah aku dengan budak usrah ni.

(Gelak sama-sama dan bermula lah sesi umpatan)

Perbualan 2:
Si A: Banat tu xde ek hujung minggu ni?
Si B: Ha’a..dia ada date dengan boyfriend dia,si Banun tu.
Si A: Waa..tiap-tiap weekend dating. Bapakk romantik! Jelesnye aku! Habis tu, Banat kat mana tak balik lagi ni?
Si B: Outing la,pe lagi..
Si A: Really? X ajak aku pun? (sambil buat muka)
Si B: Ala..kau mesej jela dia. Kau nak tempah apa?
Si A: Aku nak tempah waffle coklat+ peanut satu!

Maafkan saya andai saya katakan realiti ummah sekarang ramai yang buta hati. Tak nampak kebenaran. Pemikiran disekularkan. Realiti ummat Islam hari ini, gagal membezakan halal haram, mana yang haq mana yang batil..Amalkan cara hidup yang kelabu,hingga hitam dan putih,disamarata dicampuradukkan. (Hati yang rabun, masih boleh disarung kaca mata tarbiyyah. Hati yg buta..??huhu..) Mentaliti masyarakat Islam sedang diserang virus-virus jahiliyah. Sekarang kita dah tak nampak sinar Islam. Apa yang nampak ialah ‘sinar’ jahiliyyah, dengan lampu-lampu pub,club dan sebagainya. Islam hanya pada nama,hakikatnya umat islam pada hari ini tidak masuk ke dalam islam secara keseluruhan.

Contoh termudah, dalam Al-Quran Allah mengharamkan memakan khinzir dan mendekati zina (couple). Tetapi, kenapa pengharaman khinzir semua akur,tapi perihal couple ramai yang mencipta seribu satu alasan bagi menghalalkan matlamat mereka? Contoh lain,orang yang berpakaian ketat,sendat dan mampat dianggap biasa, ada style. Sebaliknya, orang yang memakai tudung labuh,jubah,niqab dianggap ekstremis,terrorist,kolot,busuk..Cara hidup umat Islam pada hari ini tidak menggambarkan aqidah yang mana, mungkar dipandang ma’ruf dan ma’ruf dipandang mungkar.Hurm,andai lah diberi pilihan untuk membuat satu permintaan,mahu saja saya minta agar ditempatkan di sebuah tempat yang jauh dari dunia ini. Tapi mana mungkin. Amanah tetap perlu dilaksanakan.



Ghurabaa’ Jangan Disalahtafsirkan

فطوبى للغربأ

Benar, berbahagialah mereka yang asing. Namun, jangan disalahtafsir ungkapan itu dengan kita sengaja ‘mencipta’ suasana asing. Sengaja membuat mereka yang tak faham Islam takut dengan kita seterusnya makin menjauhi kita. Dakwah harus berhikmah, dilancarkan dengan laungan ukhuwah! Dakwah itu macam satu bisnes,nak tarik orang kita kena kreatif. Iaitu,laksanakan islam bukan hanya pada bibir semata. Islam bukan hanya pada nama,sebaliknya pada pelaksanaan. Maka, kita harus menjadi contoh terbaik (qudwah hasanah). Ghurbah dari segi perwatakan,pemikiran,pertuturan dan sebagainya.Biar orang lihat kita,orang nampak keindahan islam itu sendiri. Orang tertarik untuk mendalami,memahami islam. Perlu diingat, tarbiyah bukan bertujuan membuatkan kita rasa ‘termulia berbanding manusia’ kerana apalah guna jika amal yang kita buat bukan kerana Allah, dan akhirnya menghumbankan kita ke neraka? Na’uzubillahi min dzalik..

Kembalikan Spirit Yang Hilang..



Ada benarnya, nak kembalikan orang kepada islam ni sangat sukar. Terkadang dicemuh,dihentam,dihujam,disakiti..Tetapi jangan pernah mengeluh. Jangan pernah berputus asa. Jangan pernah rasa tersisih menjadi asing. InsyaALLAH,setiap amal kita diterima dengan syarat, kita lakukan hanya untuk mendapat keredhaan Allah semata. Ghuraba’, walaupun dunia menekan dia tetap merasa bebas dengan syarat: laksanakan syariat Allah. Sebarkan dakwah islah kepada hati-hati yang kegersangan sinar Islam.Namun sekiranya mereka menolak, sekurang-kurangnya kita mempunyai alasan di hadapan Allah bahwa kita telah melaksanakan amanah itu.Perlu diingat bagi orang mukmin, susah payah di jalan kebenaran merupakan kerehatan jiwa dan hati mereka. Pada mereka, redha Allah dan Syurganya lebih mulia dan lebih berharga dari segala pangkat, kemegahan dan harta dunia.

Penutup

Menegakkan kembali Din Allah SWT adalah amanah kubra (besar) dan taklif Rabbani. Kita perlu memikul Amanah dan Taklif ini. Meninggalkannya adalah berdosa lantaran kita berada di satu penjuru daripada penjuru-penjuru Islam yang perlu dikawal dan dijaga agar musuh tidak dapat menceroboh.

Bersama-samalah kita memikul tugas yang mulia ini. Mengajak masyarakat ke jalan Allah SWT secara jama’i, dengan penuh rasa Ukhuwwah dan dengan mempersaksikan Qudwah Hasanah demi pengabdian kepada Allah SWT. Medan bekerja untuk Islam adalah medan yang Allah muliakan. Kita akan menjadi mulia di atas jalan ini. Kita hidup dan mati di atasnya. Kita beristiqamah di atasnya hingga kembali bertemu Allah SWT dalam keadaan mendapat kasihNya dan terselamat daripada kemurkaanNya. Biar jasad tersungkur menyembah bumi, asalkan Islam kembali tertegak dan berkibar dengan gahnya. Di saat yang haq kembali mendabik, dan yang batil menunduk akur saya tidak pasti sama ada sempatkah kita untuk merasainya. Namun, Allah menjadi saksi kita pernah bersama menitiskan peluh dan airmata demi menjulang kembali Islam tercinta. Moga segala amal kita diterima hendaknya. Amiin..





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...