Friday, January 13, 2012 4 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Pembalut Hati Luka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji dan syukur bagi Tuhan semesta alam, kedamaian dan kesejahteraan daripadaNya moga tercurah buat Rasulullah S.A.W berserta keluarga, sahabat dan pengikutnya.


Sebagai insan, kita tidak mampu mengubah putaran rembulan. Kita tidak mampu mengatur terbitnya mentari. Tetapi kita mampu mengubah putaran akal serta rentak irama ombaknya emosi dengan cara menyempurnakan edaran hidup menurut kehendakNya.


Coretan saya pada kali ini lebih kepada luahan hati si dhaif seorang Syirah.


Kita sering mengharapkan cerah sampai ke petang, tak terduga hujan bertamu di tengahari. Kita merintih, mengeluh tanpa kita sedar bahawa pelangi pasti kan mengiringi. Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Cuma kita, manusia seringkali sukar untuk bersabar. Lalu menyalahkan takdir, menangis dan meratap nasib diri.


Ada suatu kisah.


Kisah dua sahabat yang bertemu dan berkasih sayang di jalanNya hanya untuk meraih redhaNya.


Ini mungkin kisah anda. Mungkin juga kisah mereka.


Ini pula kisah saya. Kisah seorang perantau damai.


Mahu tahu? Mari.


Suatu ketika, saya telah di ‘campakkan’ di suatu ‘daerah’ asing.


Ditakdirkan Tuhan telah mempertemukan saya dengan seorang gadis solehah calon bidadari Syurga. (InsyaALLAH).Terkenal dengan kethiqahannya dari segi akhlak, sahsiah dan jua ilmu agama. Kami pernah berikrar, ukhuwah kami biarlah ukhuwah hingga ke Syurga.


“Ukhuwah kita pasti akan diuji wahai ukhtiku.” Bisik saya kepadanya.


Dan ternyata, Allah sedang menguji ukhuwah kami.


Betapa peritnya pabila ada yang hati-hati yang mencemburui keakraban kami lalu menabur fitnah, melempar cemuhan dan tohmahan yang langsung sukar diterima logik akal.


Kami bersabar dan terus bersabar.


“Ni mesti nak jumpa dia lagi. Awak dah takde orang lain ke nak jumpa? Nak kutuk-kutuk kita lah tu. Nak mengumpat kita lah tu.”


Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.


Mengapa mereka mesti memilih untuk terus-terusan bersu’udzhon terhadap kita ukhti?


Kata mereka lagi, saya sedang ‘merosakkan’ kamu wahai ukhti. Kehadiran saya telah ‘merampas’ kamu daripada mereka.


Ukhti meminta saya bersabar. Kerna ukhti juga sedang merasai apa yang saya rasa.


Kata ukhti lagi, Allah bersama-sama mereka yang sabar. Allah bersama-sama mereka yang benar.


“Mereka boleh menceritakan keburukan demi keburukan ukht. Tetapi ketahuilah, orang yang mendengar pasti pandai menilai. Jika kita benar, kemenangan pasti menyebelahi kita. Jika kita salah, mungkin ini cara Allah menegur kita.”


Allahu Rabbi….


Ternyata, menanggung airmata di hati lebih sukar daripada menahan airmata di pipi.


Jika selama ini saya mampu bersabar, hari itu tidak lagi. Saya tewas.


“Salahkah jika kita mahu berkawan dengan orang yang baik-baik ibu?”


Airmata tidak terbendung lagi. Akhirnya deras menuruni pipi. Ibu menjadi tempat saya melepaskan segala yang terpendam.


Maafkan saya ukhti. Demi menjaga hati mereka, saya memilih untuk ‘menjauhi’ ukhti. Rela dalam keterpaksaan. Meski hati kita sama-sama menderita.


Jika dahulu kita sering bersama-sama. Sesaat tidak berjumpa pasti ada yang tidak kena.


Namun kini, sebaliknya. Kita dekat, tapi jauh. Namun saya tidak gundah, kerna saya tahu hati kita telah disatukan dalam rabithah doa. Subhanallah, indah kan ukht, pabila kita berukhuwah hanya kernaNya?


Seseorang pernah berkata,


“Jika kita menyimpan apa yang orang kata dalam hati, kita akan sakit hati. Tetapi, kalau dibiarkan pergi, insyaALLAH hati kita akan tenang.”


Dan pilihan saya. Memaafkan lalu mendekati mereka.


Terkadang gurauan mereka kasar. Berbeza dengan kamu ukhti, kamu juga suka bergurau tetapi pasti ada sesuatu yang saya perolehi hasil gurauan tersebut.


Tetapi saya kena kuat. Saya kena mendakwahi mereka dengan hikmah.


"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."

(Surah An-Nahl, ayat 126-128)



Subhanallah..Dia mendengar setiap rintihan kita ukhti.


Mereka kini semakin hari semakin lunak untuk mengerjakan kebaikan.


“Syira, kalau nak gi masjid, ajak saya juga tau. Tapi, bukan fully solat berjemaah laa. Nak try Subuh, Asar and Isyak dulu. Xpe kan?”


“Kiter nak berubah. Kiter pun nak jadi sopan. Nak pakai labuh-labuh je. Tengok ni, kiter da beli banyak baju labuh. Ehehe..”


Alhamdulillah. Syukur yang tidak terkira.


Rupa-rupanya inilah hikmah yang tersembunyi itu ukhti. Ukhti pasti gembira mendengarnya bukan?


Teringat semalam, saat kita berpapasan di rumah Allah usai solat Asar.


Saya nampak ukhti. Saya nampak.


Saya nampak kerinduan yang membuak-buak dari redup mata ukhti.


Saya jua begitu ukht. Bahkan, rindu saya pada ukhti lebih besar daripada rindu ukhti pada saya!


Saat bersalaman, ukhti genggam erat tangan saya. Subhanallah, bagaikan ada satu kekuatan luarbiasa yang mengalir. Ya. Itulah aliran mahabbah. Sumber kekuatan ukhuwah fillah.


Teeetttt..Teeetttt..One message received.


“Ukhti! Wallahi! Nikmat mencintaimu kerana Al-Khaliq lebih manis dari nikmat mencintai dunia yang menipu. Moga ikatan kasih ini tetap utuh walau dilanda badai.”


Dan ternyata, hati saya menjerit. Menangis semahunya membaca keikhlasan ukhti.


Saya berkira-kira mahu membalas.


Lalu….


“Di jalan Allah.. Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu. Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. Sesungguhnya tiada yang lebih berharga melainkan ikatan kasih sayang antara aku dan kamu. Aku rela ‘mencagarkan’ satu-satunya simpulan ukhuwah nan rapuh ini seandainya aku lah penyebab kamu semakin jauh dari penciptaMu, seperti kata mereka. Dengan harapan agar engkau senantiasa mendapat perhatian dalam jagaanNya. Wallahi, aku amat merinduimu ukhti. Aku boleh memilih untuk sentiasa bersama ukhti, lalu mengabaikan mereka. Ukhti juga bisa bukan? Tetapi kita masing-masing faham.Mereka lebih membutuhkan kita. Mereka membutuhkan kita untuk menarik tangan-tangan mereka yang sedang terkapai dalam arus jahiliyah. Bersabarlah ukhti. Kita perlu sama-sama menguatkan agar dapat sama-sama berpimpin tangan menuju jannahNya kelak. Biiznillah, insyaALLAH.”






Moga penghijrahan mereka mampu menjadi pembalut luka di hati kita..





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Monday, December 26, 2011 3 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Wanita Solehah, Hadiah Terindah Buat Bakal Suami.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Baru-baru ini, saya mendapat pesanan ringkas daripada seorang akak senior, bertanya perihal jodoh dan bagaimana persiapan untuk menjadi isteri orang. Adus. Soalan yang sangat berat saya kira. ‘Topik’ ini memang tak pernah lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman. Lagi-lagi banyak betul kenduri kahwin cuti-cuti begini. Sedari awal cuti hingga sekarang, kami sekeluarga tidak putus-putus menerima jemputan kenduri kahwin.


Tak kurang juga ramai kenalan-kenalan yang bakal menamatkan zaman bujang mereka tak lama lagi. Ada yang bakal bertunang. Ada yang bakal mendaki tangga kedua maratib amal, membina baitul muslim. Bagi menjawab soalan akak tersayang itu, sengaja saya ‘conteng-conteng’ di blog perantau yang tak berapa nak merantau ni. Senyum.


Baiklah.


Sering kita mendengar sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu. “ (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Secara umumnya, hadith ini menyenaraikan kriteria-kriteria yang biasanya menarik hati sang lelaki dalam memilih wanita untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, datang dari keluarga yang berdarjat, keturunan yang baik-baik dan mempunyai paras rupa yang cantik jelita yang mampu meruntun hati laki-laki untuk menyuntingnya.


Namun, yang lebih utama, hadith di atas menyarankan kaum lelaki agar memilih wanita yang kuat penghayatan agamanya.


Persoalannya di sini, kenapa mesti yang ‘beragama’?


Senyum sendiri.


Teringat ‘pengakuan’ adik lelaki saya yang pada masa itu baru memasuki tingkatan satu.


Waktu itu, kami sekeluarga di rumah nenek. Kebetulan saya balik bercuti (semasa masih di kampus lama).


Usai solat, saya berdiri di hadapan cermin ruang tamu rumah nenek sambil membetulkan tudung. Kebetulan mak, ayah, nenek dan adik-adik yang lain turut berada di situ. Tiba-tiba,


“Alif suka laa tengok along. Kalau Alif besar nanti, Alif nak cari isteri macam along.”


Mak, ayah dan nenek yang tadi sedang asyik bersembang, tiba-tiba menjadi senyap.


Saya apa lagi,


“Aaa..paaa..? Alif cakap apa tadi? Ce ulang. Ce ulang.”


Sambil angkat-angkat kening.


“Perasan comel lah tu along ni. Along tak comel pun okey?”


Saya mencebik.


Nenek sudah terpinga-pinga.


Mak dan ayah tersenyum.


“Dah tu..tadi along dengar Alif kata nak cari calon isteri macam along. Orang baru nak bangga.”


“Ye.Ye. Alif nak isteri macam along, pakai tudung labuh. Sejuk je mata mandang. Alif suka.”


Masa tu, entah kenapa rasa sebak sangat-sangat. Hampir je menangis terharu.


Kata-kata yang ringkas, lahir dari hati seorang adik lelaki yang tersangat-sangat nakal yang baru menginjak ke alam remaja.


Hingga kini, kata-kata itulah yang memotivasi diri saya untuk terus istiqamah dalam bermujahadah untuk menjadi mar’atul solehah. Err..masih berusaha ke arah itu sebenarnya.




*****************



Persoalannya, kenapa perlu yang beragama?


Tak boleh ke kalau seorang lelaki itu, memilih selain daripada itu?


Ya.Ya..Harus diingat, tiadalah haram jika kita memilih salah satu daripada keempat-empat kriteria tersebut. Kerana apa? Ya’ iyya lah, bila dah selesai akad nikah, semua dah jadi halal. Betul tak?Senyum.


Umumnya, tiada menikah seseorang itu, tanpa tahu kenapa dia berkahwin. Pendek kata, tak tahu pun kenapa dia kahwin. Entah. Tak ada sebab.


Sedar-sedar dah kahwin.


“Entah? Saya pun tak tahu macam mana boleh kahwin dengan dia. Jap.Jap. Saya dah kahwin ke..?”


Ada ke macam tu? Err..saya tak pernah jumpa lagi jenis-jenis luar biasa macam tu. Anda pernah?


Paling tidak, sesetengah orang akan cakap macam ni,


“Erm, aku kawen dengan dia sebab dia lawa lah.


Apa orang cakap, jatuh cinta pandang pertama ek bro? Haha.”


“Orang tua yang aturkan. Lagipun dia dari keluarga yang baik-baik.”


“Aku? Takde la memilih orangnya. Tapi dia kaya!”




*************




Perkahwinan dalam islam adalah sebuah ibadah. Perkahwinan adalah fitrah manusia, maka jalan yang sah untuk memenuhi keperluan ini iaitu dengan akad nikah (melalui gerbang perkahwinan), bukan dengan cara kotor lagi menjijikkan seperti cara-cara orang sekarang ini dengan bercinta, bersekedudukan, melacur, berzina, lesbian, homoseksual dan sebagainya yang telah menyimpang serta diharamkan oleh islam.


“Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kalian berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah, kerana perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat membentengi dirinya.” (Hadith Sahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’I, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi)


Namun, di antara keempat-empat jenis perkahwinan, yang mana paling elok?


Tak dapat disangkal lagi, mestilah yang berkahwin kerana agama bukan. ?


Seperti kata Ustaz Mohd Kazim Elias dalam salah satu ceramahnya,


“Tak kira lah dia tu tok siak ke, ustaz ke, dia arkitek ke, dia cikgu ke, dia doktor ke. Yang diambil kira ialah agamanya. Dan itulah yang boleh menyelamatkannya.




Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:


“Barangsiapa menikahi wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barangsiapa menikah kerana hartanya, maka Allah akan menambah kecuali kefakiran; barangsiapa menikahi wanita kerana hasab (kemuliaannya), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barangsiapa yang menikahi wanita kerana ingin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturahim, maka Allah akan memberi barakahNya kepada suami isteri tersebut.”


Imam Abu Daud dan At-Tirmidzi meriwayatkan, bahawa Rasulullah bersabda:


“Tetapi nikahilah wanita itu kerana agamanya. Sesungguhnya hamba wanita yang hitam lagi cacat, tetapi taat beragama adalah lebih baik (daripada wanita kaya dan cantik tapi tidak taat beragama).”


Perlu diingat ya kawan-kawan, bukanlah bererti Rasulullah S.A.W mengabaikan penampilan fizikal dari pasangan kita, sebagaimana sabdanya,


“Kahwinilah wanita yang subur rahimnya dan pencinta.” (HR Abu Daud, an-Nasai dan al-Hakim)


Pernah dengar tak, pilih yang cantik , seseorang suami itu tidak dapat merasai nikmat kecantikan isterinya?


Err..


Ya lah, nak sentuh pipi pun tak boleh.


“Abang, jangan sentuh pipi saya malam ni tau.


Saya pakai putih telur ni. Kalau abang sentuh, nanti berkedut.”


“Baiklah.”


Malam esok, tak boleh sentuh juga. Tempek-tempek dengan timun batang. Malam lusa, tomato. Nasib tak letak sos, mayonis bagai.. Mau jadinya sandwich si muka isteri tu.


“Dah tuuuu..bila abang boleh sentuh nyerrr..?”


Huhu. Tak ke haru?


Pilihlah yang beragama kerana si suami/ isteri yang kuat pegangan agamanya akan menolong kita dalam membuat ibadat dan mendirikan agama.



****************



Alasan ‘simple’ kenapa perlu pilih yang kuat pegangan agama.


Boleh diaplikasikan dalam banyak situasi.


Yuukk! Santai sebentar. ^^,


Contoh 1 : Katakanlah pada hari tu tak ada makanan di rumah.

Isteri solehah,

“Takpe lah abang, kita puasa je lah hari ni. ” (senyum)

Isteri yang belum solehah,

“Kita nak makan apa ni bang? Kalau hari-hari macam ni, boleh mati kebuluran saya.”



Contoh 2: Suami lupa beli gula.

Isteri solehah,

“Tak pe lah bang, tak ada gula pun tak pe. Minum manis tak elok untuk kesihatan. Nantikan, abang dapat kencing manis, saya pun dapat kencing manis.”

Isteri yang belum solehah,

“Apa ni bang? Gula pun lupa nak beli? Pergi mintak ngan jiran sebelah. Saya tak kira!”



Contoh 3: Waktu Subuh, hari hujan.

Isteri yang belum solehah,

“Tidur dulu lah bang…Tunggu hujan reda dulu. Sejuk ni..”

Isteri solehah,

“Abang, jom solat Subuh.” (sambil menggigil-gigil kesejukan)



Boleh terima tak contoh-contoh di atas? Sengih.



Oh, kepada kaum Muslimin (juga peringatan dan amaran buat diri saya dan sahabiah mukminah yang lain) yang hendak mencari bakal zaujah, ikutilah nasihat yang dititipkan oleh Imam Ghazali ini :


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah"


-Wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

- Wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu'.

- Wanita Hananah menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

- Wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

- Wanita Baraqah ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

- Wanita Syadaqah banyak cakap, tidak menentu lagi bising.



Nak tahu satu rahsia?


Tiga kunci kebahagiaan suami adalah: Isteri yang solehah, iaitu jika dipandang membuat semakin sayang. Jika pergi, membuat si suami tenang kerana dapat menjaga kehormatannya dan taat kepada suami.


Kukuhkan INDIVIDU MUSLIM dalam diri sebelum membina BAITUL MUSLIM.


Senyum. ^^,

Nak hafaz Quran. Satu juzuk pun jadi lah. Sebagai hadiah buat bakal zauj selepas akad esok-esok.





p/s: Hidup ini bukanlah pertandingan siapakah pasangan paling best BERCINTA SEBELUM NIKAH dan mendekatkan diri mereka dengan AZAB NERAKA.TETAPI pertandingan siapakah pasangan yang paling best BERCINTA SELEPAS NIKAH dan mendekatkan diri mereka dengan NIKMAT SYURGA. (kopipasta)







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Monday, December 12, 2011 5 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Oh..konco-konco "Inche S"!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Oh..


Nampaknya konco-konco "Inche S" menyerang lagi.


Perlahan dan sembunyi-sembunyi. Lagak misteri.


Kejam dalam sopan barangkali.


“Along..betul ke ok ni?”


“Iyyer..nanti-nanti ok la..”


“Along, jom g klinik.”


“Tamau..nanti-nanti ok la..”


“Along, jangan degil. Kan doktor dah pesan, kalau ada rasa macam tu, terus jumpa dia.”


“Tak apa..nanti-nanti ok la..”


“Sengal-sengal lagi?”


“Tak..”


Ok, along tipu mak! Huhu..


“Dua hari lepas kata ok, semalam kata ok, hari ni pun kata ok. Degil betul lah along ni.”


“Betul..jangan risau, nanti-nanti ok lah..”


Nak jumpa doktor lagi? Tolonglah..kan ‘date’ kita lagi dua minggu. Sabarlah.


Whoa!

^___^








“Aku sakit dan Engkau jualah yang menyembuhkan. Jika Engkau melihat bahawa aku sudah saatnya untuk sembuh maka sembuhkanlah aku ya Tuhan. Sakit yang paling aku senangi adalah sakit yang Engkau senang bila ia ada padaku.”






~When life is slowly drifting away~

Ya Allah..berilah aku kesempatan untuk bertaubat dan membersihkan diri. Aku ingin bertemu Mu dalam keadaan Engkau redha padaku.






Tuhan, aku milikMu..padaMu jua aku kembali. Kurniakanlah aku sebaik-baik penutup kehidupan.






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Monday, December 5, 2011 7 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Saya-Awak-Robot?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Diri kita..


Umpama robot. Dikawal dan mengawal.


Hari-hari dilalui dengan melakukan rutin yang sama.


Jika seorang pelajar,kita diarah untuk belajar. Keluar menuntut ilmu, memerah otak menyerap ilmu yang dicurahkan.


Jika seorang pekerja, kita dikerah untuk memerah keringat melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan.


Hari-hari adalah sama.


Bangun tidur-mandi-solat-makan-pergi belajar/bekerja-rehat-solat-makan-belajar/bekerja lagi-balik kerja-asement-solat-riadah-mandi-solat-makan-solat-tengok tv-main game-facebooking/blogging-tidur-bangun tidur-bla..bla..blaaaa..


Perkara yang sama berulang lagi. Hari ini, esok, lusa, tulat, tubing, sampai tunggang terbalik.


Err..Apakah?


Jika diteliti, diri kita melalui kitaran yang sama. Diciptakan untuk memberi khidmat dan meminta khidmat.


Tidak ubah seperti robot bukan?


Pernah tak sedetik sepanjang hayat kita, kita bertanya dalam diri,


“Err..ni je ke tujuan aku dihidupkan?”


Pernah tak kita berasa bosan dengan perkara yang sama kita lakukan tiap-tiap hari?(Angguk-angguk)


Pernah tak kita berasa sangat penat pada hari itu dengan terkejar sana, terkejar sini. Siapkan tugasan itu, tugasan ini. Tapi. Tapi.Tapi..Kita tak dapat mengecapi nikmat hari tersebut. Tiada kualiti. Ya.Seolah-olah kita sudah melakukan sehabis daya; memerah keringat, memerah otak. Tapi ternyata semuanya seolah-olah tiada apa, yang dapat sekadar penat yang tak pernah henti. (Angguk-angguk)


Teringat kata-kata seorang akh sewaktu perkongsian ilmu bersama syuyukh, ikhwah dan akhawat suatu ketika dahulu,


“Study je takde makna. Kena ada tarbiyah. Mana nak dapat? Banyak wasilah. Contoh, usrah.”


Hidup ini adalah sia-sia jika kita fikir hanya untuk bersuka ria.


Hidup ini adalah sia-sia jika kita fikir kita adalah kanak-kanak riang, hidup bersenang-lenang tanpa kekangan.


Hidup ini adalah sia-sia jika fikir kita adalah robot, melaksanakan sesuatu tanpa perasaan. Tanpa tahu tujuan ia diciptakan. Hanya hidup untuk melaksanakan sesuatu tujuan ia diciptakan, bukan untuk mencapai tujuan yang utama setelah ia diciptakan.


Ok, senang cerita dalam konteks pelajar.


Apakah setiap dari anda. Ya anda.


Err..saya juga.


Fikir bahawa kita dihidupkan hanya untuk berjaya dalam pelajaran?


Benar, itu salah satu tujuannya. Tetapi, bukan tujuan utama.


Ramai di kalangan kita menolak , atau lebih hampir memboikot’ usrah dan yang seangkatan dengannya hanya kerana,


“Aku nak study la..nanti kalau pergi usrah, cmane aku nak cover sume silibus?”


“Wey, usrah-usrah bagai. Takde life la.Takde life!”


“Kalau saya gagal exam….sape mau tanggungjawab? Awak? Kakak naqibah awak? Tak kan..? Tak kan?” (sambil jelir-jelir lidah)


Phewww..


Alasan yang sama saya fikirkan untuk diberi kepada mereka-mereka yang saya anggap ‘pelik’ sewaktu mereka mula mengajak saya join usrah suatu ketika dulu. Alangkah jelik pemikiran saya pada waktu itu.


Mindset saya, “Aku kena cemerlang dalam pelajaran.”


Hidup hanya untuk study. Study dan study.


Betapa pemikiran kita telah didoktrin dengan fahaman-fahaman sekularisme.


Ok, saya tanyakan pada anda, anda semua.


Jika itu tujuan kita hidup.


Belajar-test-belajar-exam-dekan-4 flat-anugerah pengarah.


Untung-untung jadi doctor. Untung-untung jadi engineer. Untung-untung jadi arkitek. Untung-untung jadi cikgu, ke keluar-keluar terus jadi guru besar? Whoaa!


Jadi, maknanya..Setelah kita capai tujuan tersebut, kita mati lah?


Macam tu?


Yelah, kita dah capai tujuan kita, cita-cita kita. Buat apa lagi nak hidup kan? Bukan ke itu matlamat kita?


Err..begitukah?


“Kita mencari rezeki di bumi, sedangkan rezeki berada di langit.”


Tunduk dalam-dalam.



**************



Habis tu. Apa tujuan hidup kita?


Ok, mai sini cheq nak habaq hang.


Allah berfirman (maksudnya):


"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku” (Ad-Dzariyat : 56)


Itu satu. Tunggu. Ada lagi satu.


Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. “Sesungguhnya Aku ingin menjadikan khalifah di muka bumi….”(Al- Baqarah : 30)


Lihat, kat sini nak highlightkan Allah cipta kita tak lain tak bukan;


1. Sebagai ahli ibadah atau abid.

2. Sebagai khalifah.


Bila dah clear tujuan hidup kita, kita ada matlamat untuk ubah hidup ini. Bermaksud, kita pula yang merancang hidup kita. Faham?


Jika kita lihat dengan mata yang boleh tembus sampai akhirat. Nescaya tiada istilah main-main dalam hidup ini. Jangan terlena dengan dunia ini, jangan buang-buang waktu, manfaatkan setiap detik hidup kita yang masih tersisa di dunia ini.



Ketika Cinta BerUSRAH. Berikan erti hidupmu pada yang MEMBERI.



Rasulullah Saw bersabda: “Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah engkau akan hidup abadi dan beribadahlah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi”.(HR. Al-Baihaqi)


Ingat, kehidupan ini adalah ujian.


Firman Allah SWT yang bermaksud,


“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (Surah ali-Imran 3:14)


Kerap diperingatkan bahawa dunia ibarat air laut. Semakin diminum airnya yang masin, semakin terasa hausnya. Samalah keadaannya dengan kesenangan dunia yang jika semakin dikejar, tidak akan pernah merasa puas.


Oleh itu berpada-padalah dan sentiasa ingat bahawa kedatangan kita di muka bumi bukanlah untuk tujuan yang sia-sia. Jadi, hargailah kesempatan yang sekejap ini untuk mencari kebaikan yang menyumbang semula pada kesejahteraan hidup di akhirat. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud,

“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan-Nya. Dan hanya kepada Allah jualah kamu (tempat kembali setelah) dibangkitkan (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya).” (Surah al-Mulk 67:15)


“Ad-dunya mazra’atul akhirat”, dunia adalah ladang akhirat.


Maka, ayuh! Kita sama-sama melobi pahala di dunia untuk kesenangan di akhirat. Kita hidup bukan untuk pentingkan diri sendiri. Yuuukkk!ajak rakan-rakan yang lainnya mengerjakan kebaikan.

Rijalud Dakwah: Soleh Wa Musleh. Bukan sekadar soleh pada dirinya, tetapi turut menyolehkan yang lainnya.


^__^

Aman.





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Wednesday, November 30, 2011 4 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Di Saat Syaitan Menghiaskan Futurnya..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Apa khabar iman di hati? Masih setiakah menagih cebisan demi cebisan redha Ilahi? Atau. Atau..Atau sudah kalah dengan al-hawa? Mohon dijauhkan. Berdoa dan teruslah berdoa kepadaNya agar ditsabatkan hati dalam menempuh hari-hari yang penuh tribulasi ini.


Saat saya menukilkan ini, jam menunjukkan angka 12:54 pagi. Badan sudah penat bercampur lelah, tetapi mata masih belum mahu mengalah. Tetap segar membugar. Sedang yang lainnya sudah lena diulit mimpi, sayup-sayup kedengaran bunyi gelak-tahan gelak-gelak lagi-tahan pula kedua-dua adik lelaki saya di bilik hadapan. Seorang berumur 10 tahun, seorang lagi berumur 14 tahun. Entah apa yang sedang dilakukan mereka. Argh, pedulikan. Sudah bosan melayan tingkah mereka siang hari tadi yang sering mahu dimanjakan. Ya. Ya. Saya memang penyayang dan penuh dengan kasih sayang.


Ketuk-ketuk kepala. Eh. Eh. Bukan itu yang mahu di highlightkan.


Dalam sehari dua ini, saya sering dihantui persoalan demi persoalan.


Berganti hari bukannya berganti pertanyaan, seolah-olah tiada hari tanpa pertanyaan. Bukan?


Tertanya-tanya di manakah saya yang dulu?


Dimanakah saya yang sewaktu mula-mula disentuh tarbiyah dahulu?


Sebentar tadi sempat singgah di blog seorang ukhti usrahmate saya di kampus lama.


Terkesan dengan ayatnya, “Saya masih lagi berperang dengan jahiliyah dalam diri sedangkan masih ramai saudara di luar sana yang perlukan saya”. Lebih kurang begitu lah bunyinya.


Angguk-angguk. “Ya, sama lah halnya dengan ana, ukht.”Tunduk.


Para da’ie mukmin sentiasa terdedah kepadadua tarikan: Tarikan iman, niat, himmah, kesedaran dan perasaannya terhadap tanggungjawab. Dari sini, dia akan sentiasa berada dalam beramal soleh atau azam kebaikan. Dari arah lain pula ialah tarikan syaitan yang menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta kepada dunia. Menyebabkan dia dalam lalai, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah untuk belajar apa yang dia jahil. Dush! Terasa ditumbuk padu.


Urgensi Tarbiyah


Proses tarbiyah secara umumnya bermaksud perubahan dari keburukan ke arah kebaikan. Dari terkapai-kapai dalam kegelapan kepada terang-benderang cahaya keimanan.


Pendek kata, gelap kepada ‘nur’.


Kalau diikutkan rasional akal, tiada siapa yang mahu gelap bukan? Hatta seseorang itu mencuba pelbagai jenis pencuci muka untuk mencerahkan wajah. Itu baru pencuci muka. Belum lagi dikira krim pencerah. Pelembab, sunblock bagai.


Hati? Bagaimana pula dengan hati?


Kalau lah hati itu sejenis organ yang letaknya di luar,pasti mudah untuk kita membersihkannya sehari-hari bukan?


Nampak sahaja tompok-tompk hitam, terus rendam dengan clorox. Nampak sahaja keras dan kasar, rendam pula dengan softlan. Bila hapak dan berbau kurang enak, sembur pula dengan Fabreze Country Fresh.


Tapi, ternyata bukan.


Ibnu Rawahah r.a. pernah berkata kepada Abu ad Dardaa’ r.a. sambil memegang tangannya:


“Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak.”


Tarik tali antara al-haq dari wahyu Allah dan batil dari syaitan laknatullah ini adalah suatu ketetapan Allah dan ia akan terus berlaku.


Kerana itulah, kita diseru untuk menghadiri jilsah-jilsah tafakur, merenung diri dan tanasuh saling nasihat-menasihati antara satu dengan yang lainnya.


“Jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama Islam.”


Itu adalah teriakan amaran yang dilaungkan oleh Maimun bin Mahran rahimahullah, seorang ahli hadith yang thiqah ketika dia merasa takut kita semua akan diperdaya oleh kilauan jahiliyah pelbagai nama. Beliau mengingatkan kita bahawa setiap perkara yang ‘bukan Islam’ adalah sememangnya salah satu dari al-hawa, biar apa jua bentuknya dan di zaman mana ia muncul.


Al-haq dan batil tidak akan pernah bersatu.


Contoh:

Islam vs Jahilyah

Nasi vs Najis = Eeeiii yak. Gelinyerrrr!


Sedar atau tidak, hidup kita sebenarnya dirancang Tuhan bagi memenuhi agenda orang lain. Anda faham? Tidak? Ok, sila tanya murabbi atau murabbiah anda. Tak faham juga? Sila buat-buat faham sebelum saya tarik telinga anda. Ketap-ketap gigi.


Kenapa saya berkata sedemikian?


Kerana setiap dari kita yang bergelar islam mempunyai satu tanggungjawab bersama iaitu menyeru. Ya. Menyeru. Bukan untuk memberitahu, tapi untuk mencetus mahu. Mencetus daripada yang tidak tahu bahawa mereka sedang diprovokasi dengan jahiliyah-jahiliyah yang sedang mengelabui mata kepada mahu kembali kepada fitrah. Kembali kepada islam yang sebenar.


Tak Mampu lawan Tak Mahu


Sedar atau tidak, hari-hari kita lalui dengan sibuk memikirkan alasan demi alasan untuk mengecualikan diri daripada tugas-tugas menyeru kepada kebaikan.


“Tak boleh lah..ana tak mampu nak tegur dia”


“Tak mau lah saya. Orang macam tu memang dah tak dapat diselamatkan dah. Biaq pi lah dia. Tak mau. Tak mau.”


Sama ke antara tak mampu dengan taaakkk mahu?


Err.. tak tahu?


Garu-garu kepala. Saya pula yang hampir keliru.


Baiklah kita perjelas satu-satu. Kasi pencerahan sikit.


Tak mampu berbeza dengan tak mahu.


Tak mampu adalah sewaktu kita memang sudah tiada kudrat. Hilang segala. Pendek kata, memang bukan pilihan kita untuk tidak memilih tak mampu. Contoh, bawa kereta. Kita sudah mencuba sedaya upaaya menjadi pemandu berhemah. Tetapi, dalam masa yang sama ada sebuah kereta memecut dengan laju dan hampir-hampir menyondol kereta kita dari belakang. Kita cuba mengelak, namun bertembung pula dengan kereta dari arah hadapan lalu terbabas. Itu namanya tak mampu. Tak mampu untuk melawan takdir tuhan bahawa hendak tak hendak, kita akan tetap mengalami kecelakaan pada hari itu.


Berbeza halnya dengan tak mahu. Senang cerita, ianya adalah sejenis kuih hijau yang berintikan kelapa. Atau mempunyai kaitan dengan bubur pulut hitam yang dicampur santan dan dimakan sejuk-sejuk. Berhenti menaip seketika,sapu air liur yang hampir jatuh laju-laju. Ada bunyi pelik. Tengok sekeliling. Arghh..rupa-rupanya datang dari perut sendiri. Lewat sebegini masih memikirkan kudap-kudapan. Betul-betul penternak yang berjaya. Pedulikan.


Ok, tak mahu pendek kata ia adalah pilihan untuk menyatakan bantahan. Bantahan yang terjadi atas banyak sebab. Sebab apa? Masing-masing sendiri tahu. Mudahnya, tak mahu adalah berakar umbi daripada tak suka. Contoh, mak suruh beli tepung, nanti petang nak buat cekodok. Kita sedang menonton tv. Kita suruh abang, abang tak mahu. Nak tak nak, kita juga kena beli. Kita tengok kat luar panas, takkan nak naik basikal? Lalu, kita pancitkan tayar basikal. Mak cakap tak apa, pergi jalan kaki. Lalu kita ambil duri, cucuk-cucuk kat kaki. Kita cakap, tak boleh sebab kaki kita berdarah, sakit. Mak cakap, kalau macam tu tak payah beli dan tak payah makan cekodok petang ni! Tengok, mak dah merajuk. Kita pula mengaduh kesakitan sebab sendiri cari pasal. Pendek kata (pendek lagi), kita mencipta berbagai alasan untuk mengelakkan diri walaupun terpaksa memilih untuk sakit.


Itu alasan untuk manusia.


Cuba kalau kita bagi alasan tu pada Allah, agak-agak Allah terima tak? Tunduk dalam-dalam.





Teringat kisah Asy-Syahid Abdullah Azam (seorang mujahid Afghanistan) yang disuruh berlari keliling tempat latihan dengan sepenuh tenaga. Rakan-rakan yang lainnya sudah berhenti kepenatan, namun beliau masih meneruskan larian. Asy-Syahid berlari dan terus berlari sehingga pengsan. Apabila tersedar, rakan-rakanya bertanya kenapa tidak berhenti sahaja apabila penat? Namun, jawab beliau, selagi mampu, selagi itu dia akan berlari. Lihat, beliau telah memenuhi kriteria arahan.


Kita?


Kita boleh sahaja mengelakkan diri daripada tanggungjawab dakwah dan tarbiyah ini. Kita boleh je goyang-goyang kaki, kunyah-kunyah keropok ikan sambil nonton sinetron Indon. Tapi cuba ambil masa untuk fikir, apa yang aku buat ni ada guna ke untuk islam? Apa yang aku nak jawab di hari pengadilan nanti? For sure, Allah takkan tanya siapa pelakon febret aku. Allah takkan tanya macam mana ending cerita tersebut. Allah takkan tanya, keropok ikan yang aku makan tadi berapa ringgit sebungkus. Sebaliknya Allah akan tanya apa yang aku dah lakukan pabila melihat maksiat bermaharajalela di luar. Apa yang aku dah buat untuk menyelamatkan akidah-akidah yang hampir terpesong landasannya. Allah akan tanya, pertolongan apakah yang telah aku salurkan untuk saudara-saudara aku yang ditindas di luar sana.


Terkesan dengan kata-kata seorang akh, rakan blogger.


“Sekalipun Allah mahu membimbing kita, jika kita memilih untuk tidak mengerakkan kaki, maka sedikitpun kita tidak akan berganjak”


Nak ubah orang mahupun suasana, terlebih dahulu kita kena jadi qudwah. Kenapa? Kerana efek perbuatan lebih kuat daripada lisan. Jauhkan diri daripada NATO (no action, talk only). Kerana nanti Allah akan mempersoalkan mengapa kita tidak lakukan apa yang kita ucapkan? AllahuRabbi..jauhkanlah kami. Ampuni kami.


Ayuh semua.Kita adalah sama.Kita adalah pewaris umat terdahulu.Pada bahu kitalah akan diletakkan pundak membina ustaziatul ‘alam.Jangan biarkan al-hawa bermaharajalela.Jangan biarkan jarum-jarum halus musuh Islam disuntik ke dalam diri kita sewenang-wenangnya.Jangan biarkan iman kita yang senipis kulit bawang dikoyak rabak sesuka hati.Jangan sesekali menjual maruah dan aqidah kita sebagai umat Islam serapuh buih-buih di lautan yang menunggu masanya untuk pecah.Ayuh! Kembalikan spirit yang hilang!


Ingat,menyeru bukan pilihan. Tetapi kewajipan kita.






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Tuesday, November 29, 2011 2 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Sujud Pembebasan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Sujud pembebasan: Seorang muslim itu dapat menghancurkan belenggu nafsunya lalu menjadi manusia merdeka. Merdeka daripada segala kebergantungan duniawi.




Sujud itu menundukkan dahi, tetapi

Memuliakan dan meninggikan muslim yang bertasbih padaNya

Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba

tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu-belenggu itu

Padanya, semua makhluk akan tunduk kepada muslim yang sujud

Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya

Wajah dan seluruh anggotanya melekat di bumi

Tetapi ia menggoncangkan gunung-ganang

Meruntuhkan syirik dan was-was dalam diri,

Tetapi ia juga membangunkan generasi-generasi dalam diam

kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi

Lantaran kehebatan dan kebesaranNya

Sujudnya hanya kepada Allah,

ia mengesakanNya, lalu mantap dan kuat

Menghapuskan setiap penzalim yang sombong

Barangsiapa menghayati sujud ini,

dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi, dengan keagunganNya,

rahmat dan keindahanNya..


*Abdul Wahab Azam, Majalah al-Muslimun, Tahun 1, m.s 961


“Kalau sekiranya al-haq mengikut al-hawa mereka, nescaya binasalah langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalam keduanya.” (Al-Mukminun 23:71)

“Adakah orang-orang yang berada di atas keterangan (dalil) dari Tuhannya sama dengan orang yang diperhiaskan kepadanya amalan jahatnya dan mereka mengikut al-hawa mereka?” (Muhammad 47:14)



~Sujud kepada Allah adalah sujud yang meninggikan hati. Sujud kepada kebendaan hanya mematikan hati~




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Monday, November 28, 2011 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Keutamaan Cinta


Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Imam Al-Ghazali ada menyebut, jika ada orang yang berbuat baik pada kita, paling tidak itu kerana dua sebab: Pertama, kerana dia ingin pahala akhirat. Kedua, ganjaran dari orang yang dibantunya. Ganjaran itu boleh berbentuk harta, pujian atau penghargaan. Jelasnya, ada ‘sesuatu’ di sebalik pertolongan itu. Sedangkan Allah menolong, membantu dan menganugerahkan kewujudan pada kita benar-benar tanpa sebarang ganjaran. Orang yang berbuat baik kepada kita, kebaikannya bersifat sementara, sedangkan Allah selalu berbuat baik pada kita terus-menerus tanpa batasan dan balasan.


Baiknya Allah, Dia terus-menerus berbuat baik pada yang mencintainya dan yang mengingkarinya. Tuhan mencintai orang-orang yang mencintaiNya dan memberikan kepada sesiapa sahaja kasih-sayangNya, tetapi bukan cinta.


Sedangkan kita, umumnya hanya berbuat baik kepada yang kita cintai. Kita jarang berbuat baik secara khusus kepada yang kita benci. Ada sebuah syair Arab,


“Jadilah kamu seperti pohon buah di pinggir jalan, meskipun dilempar dengan batu, ia tetap menghadiahkan buah yang ranum.”


Ada sebuah kisah.


Suatu ketika, Dzunnun Al-Misri sedang musafir. Dia melihat kala jengking merayap ke pinggir sungai Nil dengan cepat. Dzunnun Al-Misri mengikutnya kerana ingin tahu apa yang akan dilakukannya. Dia ingin mendapat pelajaran daripada apa yang dilihatnya, bukan apa yang didengar. Ketika kala jengking itu mendekati tepi sungai Nil, tiba-tiba dari dalam sungai, muncul seekor katak. Kala jengking itu terus menaiki belakang katak itu.


Dzunnun Al-Misri mengambil perahu dan mengejarnya. Sampai di seberang sana, kala jengking itu masih juga merayap. Pada suatu tempat di tepi sungai Nil, ada seorang pemuda sedang tidur. Tiba-tiba, dari arah yang berlawanan, datang seekor ular menuju ke arah pemuda itu, dengan pantas kala jengking itu menyerangnya. Berlakulah perkelahian antara kedua binatang itu dan berakhir dengan kekalahan ular. Ular itu mati. Setelah itu, kala jengking kembali semula ke tepi sungai Nil. Muncul lagi katak itu membawanya ke tempat asal.

Apa yang diperoleh dari kisah itu? Dzunnun Al-Misri menyimpulkan, betapa seringnya Allah melindungi kita tanpa kita ketahui. Sangat sayang Allah pada kita sehingga ketika kita tidur dan tidak berdaya menghadapi bahaya, Allah masih melindungi kita. Tanpa pengetahuan kita Dia menjaga kita.


Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Tirdmizi, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:


“Cintailah Allah kerana nikmat yang diberikanNya padamu, cintailah aku kerana cintamu pada Allah dan cintailah keluargaku kerana cintamu padaku.”


Jika kita cenderung mencintai orang yang berbuat baik pada kita, mengapa tidak mencintai Allah yang menggerakkan hati orang tersebut sehingga berbuat baik pada kita?


Namun, ada juga manusia yang mencintai sesiapa sahaja yang berbuat baik sekalipun kebaikan itu tidak sampai pada dirinya. Sebagai contoh, kita mendapati berita tentang seorang pemimpin yang adil, ahli ibadah, alim, penyayang pada orang yang dipimpinnya dan lemah lembut terhadap mereka, sedangkan pemimpin tersebut berada di salah sebuah benua bumi nan jauh dari tempat tinggal kita. Kemudian kita juga mendapati berita tentang seorang pemimpin yang zalim, sombong, fasik dan jahat serta berada jauh dari tempat tinggal kita, pasti dalam diri kita terdapat perasaan yang berbeza terhadap pemimpin yang kedua itu. Hati kita, pasti akan mencintai pemimpin yang pertama dan membenci pemimpin yang kedua, sekalipun kita tidak mempunyai sebarang harapan dari kebaikan pemimpin yang pertama dan keselamatan dari kejahatan pemimpin yang kedua.


Sama halnya dengan mencintai Rasulullah. Kita generasi umat akhir zaman, tidak mencintai baginda kecuali dengan kebaikan yang kelihatan dari baginda dan bukan kerana gambaran zahirnya. Kebaikan amal baginda itu lah yang menunjukkan sifat-sifat yang dimilikinya. Inilah sumber perbuatan kerana perbuatan adalah hasil yang timbul dari sifat-sifat tersebut dan menjadi buktinya.


Oleh itu, perkara tersebut akan menumbuhkan rasa cinta di dalam hati orang yang memiliki sifat tersebut. Ini merupakan jenis kesempurnaan. Maka, kesempurnaan pada seluruh makhluk haruslah kita nisbatkan pada kekuasaan Allah S.W.T . Mustahil jika seseorang mencintai salah seorang hamba Allah kerana kemampuan, kebijaksanaan dan kesempurnaan kekuatannya tanpa mencintai Allah kerana tiada daya dan kekuatan kecuali hanya milik Allah Yang Maha Tinggi dan Agung. Adanya mereka, tidak lain kerana kekuatan dan kebaikanNya.


Dengan demikian dapat dipastikan bahawa dalam cintaNya, tidak ada sekutu bagiNya dan tidak ada kekurangan atau cacat cela yang dapat tembus ke dalam cintaNya, sebagaimana tidak ada sekutu yang dapat mengatasi sifat-sifatNya. Jadi, dia adalah yang berhak terhadap cinta utama dan kesempurnaan cinta tanpa ada sekutu sama sekali.

Ya Allah, aku tidak tidak mempunyai sesuatu seperti Engkau. Maka kasihanilah kini pada pendosa yang datang padaMu. Wahai harapanku, sokongan dan kegembiraanku, jangan biarkan hati ini mencintai apa pun lebih dariMu..




Sumber: Buku ‘Ya Allah! Aku Tidak Layak Untuk Syurga-Mu, Namun Aku Juga Takut Azab Neraka-Mu’

Di edit oleh: Perantau Damai




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...