Tuesday, October 5, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Kisah Karpet dan Penyapu Lidi~Momentum Dakwah~

“Korang tahu tak sepatutnya kita kena tukar ke kampus kat Bangi semester depan?”, pertanyaan berupa pernyataan itu menarik perhatian semua guru pelatih Pengajian Agama.

“Biar betul Khai??”, Jue bertanya kurang yakin.

“Betul..tadi aku ada jumpa Ketua Jabatan,dia yang cakap camtu..aku sampaikan je..”, Khairul mengesahkan.

Berbagai-bagai reaksi terzahir dari riak wajah bakal-bakal ustaz dan ustazah kelas itu. Ada yang gembira teruja, tidak kurang juga yang mengeluh,menarik muka tak mahu.

“Ala..x bez la..”

“Beznye…! Kawan saya ada belajar kat situ!”

“Duk jela kat sini..asal nak kena pindah-pindah lak?”

“Kampus kat sana kan kebanyakannya opsyen agama. Baru dapat ‘feel’ suasana Islam tu..”

“Main pindah-pindah pulak..leceh la..”

Suara-suara itu menarik perhatian Iman untuk turut sama mendengar. Dia tidak mahu masuk campur. Mendengar dan terus mendengar. Mengangguk bila dirasakan betul.

“Hey korang..ileks2..jangan gelabah,jangan melatah..cool je kay? Ehem2..”, Khairul ‘mengejas’ kotak suara.

“Korang ni..aku x abis cakap lg dah nak menyampuk..da macam kena sampuk pun ada ni ha..nanti dulu..dengar aku cerita.”

Semua senyap. Memberi tumpuan kepada yang bercakap di hadapan.

“Bagus cikgu2 semua..heheeh..ok, memang betul opsyen kita sepatutnya dipindahkan ke
IPIS,Bangi naik sem depan. Tapi…..”, Khairul sengaja menguji kesabaran setiap yang mendengar.

“Tapi apa..??”, Syakir bertanya agak kurang sabar.

Khairul mengekek menahan tawa. Lucu benar melihat riak-riak wajah classmatesnya yang beria-ria hendak tahu.

“Ok2..i’m sorryyyyy..”, Khairul meminta ampun gaya Amir Raja Lawak.

“Korang xyah nak risau2 arr..Ketua Jabatan da settlekan isu negara pawana maya panglima enam tujuh ini. Hehehehe..kita semua x jadi pindah..amacam??bez x..??” ,Khairul bertanya nakal sambil mengangkat kening.

“Horraayyyy…!”

Serta merta suasana bertukar hingar bingar. Ada yang bertepuk tangan. Tak kurang juga yang menjerit keriangan. Lupa sebentar pada batas-batas yang perlu dipelihara.

*********
“Enti..apa yang enti rasa sekarang? Enti kecewakah?”, tanya Iman kepada teman sefikrahnya, Yusra.

Yusra hanya mampu tersenyum lemah.
“Entah la enti..secara jujur,ana agak terkilan.”
“Kenapa pula ukhti?”, Iman bertanya, walaupun dia sememangnya dapat mengagak apa yang bermain di hati gadis itu.
“Yelah..IPIS kan kampus induk untuk Pengajian Agama.Kat sana guru pelatih Pengajian Agama ramai. Mesti kita dapat merasai bagaimana suasana ‘Islam’ kat sana. Enti x pernah ke bercita-cita untuk ditukar ke sana. Mesti bez kan. Tapi..hmmm…”, Yusra seakan-akan mengeluh.
“Em..jujur ana cakap eh..ana pernah rasa sepertimana yang enti rasakan sekarang ini. Tapi..”, Ligat minda Iman ‘bekerja’ memproses data untuk dicantum-cantumkan agar tidak mengguris perasaan teman katibahnya itu.
“Tapi kenapa enti..? teruskan..ana sedia mendengar..”, Yusra meminta penuh pengharapan.
Iman masih teragak-agak.
“Em..jujur eh..sekarang ni, ana dah tak kisah kita ‘dicampak’ ke mana pun”, Terasa perit anak tekaknya. Sesekali mencuri pandang reaksi dari gadis cantik di hadapannya itu. Bimbang dicalari hati lembut milik gadis itu hanya disebabkan kali ini mereka berbeza pandangan.
Ternyata Yusra, tidak melatah..masih mampu bertenang
“Ana faham apa yang enti cuba sampaikan. Tapi, alangkah indahnya kalau kita dapat bersama-sama merasai suasana ‘Islam’ di sana. Dapat berkongsi-kongsi ilmu dengan bakal ustazah kat sana. Indahnya…”, Yusra cuba membayangkan.
Iman beristighfar di dalam hati.
“Enti kecewa?”, dia bertanya.
“Sejujur-jujurnya, ana agak kecewa. Tapi..ana dah boleh terima. Mungkin ini yang terbaik untuk kita kan ukht?”
Iman mengangguk-angguk. Ditepuk perlahan bahu temannya itu. Masing-masing tersenyum.
“Tapi..kenapa enti macam x kisah langsung ek?” Yusra bertanya.
“Em..cmne ana nak jelaskan ek?”, Minda Iman mencerna kalimah yang sesuai untuk dilontarkan.
“Ok..memang pada awalnya ana agak x selesa berada di persekitaran ini. Enti sendiri dapat lihat kan berapa kerat je bilangan ‘ustazah’ kat sini. Batch kita pun, hanya satu kelas je Pengajian Agama. First-first ana masuk sini dlu,ana ingatkan dapat la rasa suasana tu. Tapi meleset. Kat sini memang la tak berapa sosial. Tapi..macam yang enti katakan, ana nak rasa macam mana dikelilingi mereka yang sefikrah dengan kita. Hampir juga ana putus asa melihat usaha kita bagaikan tiada hasil bilamana masih ramai yang terjebak dengan ‘couplelisme’, leka dengan hiburan, tak jaga batas-batas berlainan jantina..macam-macam lagi lah..tapi ingat tak naqibah kita selalu pesan, Allah tak lihat hasil..tapi Allah lihat sejauh mana usaha kita kerana hasilnya Dia yang bagi kan?memang la suasana dakwah kita ni jauh berbeza dengan suasana yang dialami oleh Rasul dan para sahabat suatu ketika dahulu..tapi, sekurang-kurangnya kita ada juga ‘bukti usaha’ untuk dibentangkan di hadapanNya kelak daripada x buat apa-apa,baik sendiri-sendiri je..tak ajak orang lain untuk sama melakukan kebaikan, sama-sama sedar akan taklifan sebagai individu muslim itu sendiri..”
Yusra setia mendengar.
“Tapi kan..setelah agak lama berteduh di bawah pohon tarbiyah ni membuatkan ana tersedar. Cuba kita lihat dari konteks dakwah.Sebagai da’ie, kita xley menghukum keadaan..kita juga xley judge jasad-jasad yang berada di sekeliling kita hanya kerana mata hati mereka masih disaluti karat-karat jahiliyah..mengamalkan cara hidup yang ‘kelabu’ sehingga dah tak nampak mana satu putih, mana satu hitam..tak dapat bezakan mana halal,mana haram. ‘Kejam’ lah kita kalau hanya memikirkan kepentingan diri, lalu mereka yang ‘x berapa faham’ agama ini disisih dan ditolak tepikan..kita seolah-olah nak lari dari masalah..nak lepaskan tanggungjawab..sedangkan, karat-karat jahiliyah ni amek masa untuk dikikiskan. Memang digalakkan kita untuk berhijrah dalam menuntut ilmu. Tapi enti tak rasa ke yang Allah ‘letak’ kita kat sini, ada sebabnya. Mungkin Allah pilih kita untuk tolong mereka. Kalau bukan kita,siapa lagi kan..? Alhamdulillah, kita diberi peluang lebih awal daripada mereka untuk gapai hidayah Allah ini. Cuba bayangkan kita masih dibelenggu jahiliyah, masih disajikan ghuzwah fikr ni, dan takde sape pun yang ‘menarik’ kita keluar dari kepompong jahiliyah ini, enti rasa kita akan jadi macam sekarang ke..?”
Iman menarik nafas.
“Enti..da’ie ni bukan muslim biasa. Mereka ialah orang yang meletakkan agama Allah di hadapan
dan sentiasa bersiap-siaga untuk berada di mana tuhan mahu dia berada mengikut kepentingan dakwah. Diri dan harta, tak lain x bukan hanya diwaqafkan untuk agama. Mereka tidak memiliki diri mereka lagi, kerana mereka telah berbaiah dan menjual diri mereka hanya kerana Allah. Nak tegakkan kembali hak syahadatain ini bukan sekadar di bibir sahaja. Kerana, Islam bukan hanya sekadar nama. Tapi, pada pelaksanaan. Dan dakwah itu sendiri, bukan pilihan..tetapi adalah TANGGUNGJAWAB setiap muslim. Lebih-lebih lagi kita yang diberi kesedaran agama ini. Siapa lagi yang nak sedarkan mereka kalau bukan kita?”
Iman berhenti sejenak.
“Enti, cuba lihat karpet yang kita tengah duduk ni. Berdebu kan?”
Yusra mengangguk. Baru sedar karpet itu berdebu.
Iman menepuk-nepuk karpet. Berterbangan habuk dan debu-debu.
Yusra tebatuk kecil. Begitu juga Iman. Masing-masing tertawa.
“Em..karpet ni..boleh kita analogikan sebagai sekeping hati.”Iman bijak memudahkan lagi ‘perbincangan’ mereka.
“Ok,kita andaikan karpet ni hati..agak2 macam mana nak bersihkannya ek?”, sengaja Iman mengumpan Yusra.
“Guna penyapu lidi la..nenek ana selalu buat..hehehe...”, Yusra menjawab.
Iman tergelak kecil. Cara ‘klasik’ yang digunakan orang dahulu banyak ‘nasihat’ yang boleh diambil rupanya.
“Ha..guna penyapu lidi..begitu hati manusia..tiada siapa yang benar-benar bersih hatinya. Kalau tak banyak, pasti akan terpalit sedikit kekotoran di hatinya bukan? Sama macam karpet ni.Nak bersihkannya, kita gunakan lidi kan? Cuba kita ambil sebatang je lidi. Sapu punye sapu, susah betul debu-debu tu nak hilang kan? Lambat pulak tuh. Silap haribulan, ley patah lidi yang sebatang tuh. Tapi, cuba kita sapu guna segenggam penyapu lidi. Senang je kan? Sekejap je debu-debu tu hilang.”
“Sama macam manusia. Semua manusia, fitrahnya sukakan kebaikan dan nak menuju kearah kebaikan. Cuma ada yang tak tahu caranya sahaja. Enti boleh bayangkan tak.. ada seorang ni nak berubah. Tapi, dia tak tahu nak cari siapa untuk bimbing dia. Dia lalui hari-harinya sendirian. Besar kemungkinan, jika dia silap membuat percaturan, dia akan ‘tersungkur’ sebelum sempat hatinya itu ‘dibersihkan’. Sebab itu, kita ni lah yang kena tolong dia untuk membersihkan hatinya tu.Maksud ana, kembalikan dia pada fitrah insani..fitrah seorang hamba.. Orang macam kita ni lah yang kena bagi semangat untuk mereka meraih cinta Ilahi. Macam mana agaknya kalau xde orang yang nak bantu mereka..”

Mata Yusra berkaca-kaca. Bagaikan terpukul dengan bicara sahabatnya itu. Terasa berdosa kerana sekelip mata dia bagaikan terlupa akan tanggungjawab untuk ‘menyubur’ dan ‘memBUMIkan’ kembali Islam di kampus ini.
“Ya Allah..betapa tanpa sedar ana sedang mengutamakan kepentingan diri..”, mutiara yang bertakung itu akhirnya berlari deras di pipinya.
Iman mengusap-usap bahu gadis itu. Terasa bersalah. Adakah dia agak ‘straight’ kali ni tanpa menghiraukan perasaan sahabatnya itu?
“Maafkan ana sayang..ana tak bermaksud..err..err..”, tersekat-sekat Iman cuba memohon pengertian.Dipeluk erat teman halaqahnya itu.
“Tak..enti tak salah..sebaliknya ana patut berterima kasih kerana enti telah menyedarkan ana”, Yusra mengesat mutiara jernih itu dengan belakang tapak tangannya sambil tersenyum seikhlas mungkin.
**********

Teeetttt..
Henset Yusra bergetar menandakan ada mesej menyapa inboxnya.
“Iman..”, hatinya berdesis. Tersenyum.
Open.
“Aku mampu membayangkan al-mujahid itu sebagai seorang yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila diseru dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah diletak atau dituntut ke atasnya. Dia berjihad di jalannya. Kamu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya.Segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya.”
-IMAM HASSAN AL BANNA-
Tanpa sedar, air mata kembali membasahi wajahnya. “Ya Allah..ampuni aku..”


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Monday, September 20, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Dialog Iman Monolog Diri


Iman : Assalamualaikum, bos



Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak.Awak cuti ker?



Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi…



Diri : Laa… Kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..



Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.INTERNET,SMS,TV… Jadi kami rasa terpinggir



Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis… Entah lah…



Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma’thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..



Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti



Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya ‘pekerja tambahan’? Saya lihat mereka buat tuan gembira..



Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali



Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga…



Diri : Maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.



Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?



Diri : Janganlah menyalahkan saya.



Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami



Diri : Dah awak tak melawan?



Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga.. Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yg sedikit?



Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya…



Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..



Diri : Ehh, janganlah begitu… Bekerjalah dengan saya.



Iman : Buanglah pekerja itu… Mereka meminta-minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan khidmat kami adalah percuma.



Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh… Aku rimaslah…



Iman : (senyum sinis)… Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu… Tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu… Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi… Tuan jangan risau, kami maafkan tuan…



Diri : jangan pergi.. Aku sanggup pecat En Dosa dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sebagainya…



Iman : Tuan betul-betul sanggup?



Diri : Ya, aku kelam kabut sekarang… Tak tenang, management berterabur…



Iman : Alhamdulillah… kami free of charge… Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar… Silap hari bulan, CEO kita; Allah SWT kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi



Diri : Terima kasih… Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En ma’thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?



Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya



Diri : Jazakallahu khairan kathiran…



Demikianlah analogi “syarikat” dalam diri kita. Kitalah bos dalam syarikat kita. Jabatan dalam diri kita hanya ada dua; Jabatan Iman dan jabatan dosa. Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik. Kerana antara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur. Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu… Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah unutk mebersihkan kembali. Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu ‘diternak’ satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir.

Shared: Zhafran Zainal's note@ facebook.com
Syukran akh..jazakallahu khairan katheer..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Tuesday, August 31, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

::Gencar Amal Akhir Ramadhan::


Semarakkan ibadah pada 10 malam akhir Ramadhan

  • Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah

  • Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut

  • Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada A’isyah r.a yang maksudnya: “Adalah Rasulullah S.A.W, apabila tiba sepuluh terakhir (Ramadhan) beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri). (Riwayat Bukhari dan Muslim).

  • Mandi antara Maghrib dan Isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.

  • Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.”
    Melakukan iktikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: “ Biasanya Nabi S.A.W beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan."

  • Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.

  • Memperbanyakkan sedekah.

Tanda-tanda Lailatul Qadar
Diterangkan dalam sebuah hadith, antara tanda-tandanya ialah:

  • Udara pada malam itu amat nyaman, tiada panas dan tidak terlalu sejuk.

  • Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.

  • Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang benderang.

Hikmah disembunyikan Lailatul Qadar


  • Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.

  • Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

  • Memperbanyakkan doa untuk memperolehinya.

>>Sesungguhnya, puasa adalah ibadah seorang hamba khusus untuk Tuhannya sehingga menjadi rahsia antara hamba dan penciptanya. Makhluk lain tidak mengetahuinya melainkan Allah Taala semata-mata. Niat yang tersembunyi hanya Allah sahaja mengetahuinya. Oleh itu, dapatkah seseorang itu mengetahui di kalangan mereka yang berjaya menempuh ujian Ramadhan dan bakal mendapat hadiah daripada Allah S.W.T? Tiada siapa yang dapat mengetahuinya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui siapa yang berjaya dan siapa yang gagal. Oleh itu, marilah kita sama-sama gencarkan 10 malam terakhir Ramadhan dengan beribadat sepenuh pengharapan kepadaNya agar kita terpilih untuk menjadi tetamu malam seribu bulan.<<

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Saturday, August 28, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

TAK MUNGKIN..!

Al-Ashmui berkata: “Pada suatu malam, ketika aku sedang melakukan tawaf di Baitullah, tiba-tiba aku melihat seorang pemuda yang bergantung di kain Kaabah sambil mengucapkan syair:

“Wahai Yang Maha Mendengar doa orang yang sedang di hujung bahaya dan kegelapan.
Wahai Yang Maha Menolong orang yang dalam bahaya dan bencana dengan segala derita.
Para tamuMu telah tidur di sekeliling RumahMu ini dan mereka pun juga siaga.
Sedangkan Engkau, wahai Yang Maha Hidup lagi Berdiri tidak pernah tidur.
Aku yang dalam keadaan sedih dan gundah memohon kepadaMu wahai Tuhanku,
Dengan kebenaran Rumah Tua dan Tanah Haram ini, kasihanilah tangisanku.
Apabila kemurahanMu tidak akan dapat diharapkan oleh si bodoh (yang berdosa).
Maka, siapa lagikah yang akan memberikan kemurahan kepada orang-orang yang derhaka?”

Kemudian dia menangis dengan kuat, dan kembali berkata dengan membaca sebuah syair:

"Wahai yang dituju segala keperluan.
Aku mengadu padaMu dari kesusahan itu, kasihanilah pengaduanku.
Wahai harapanku, Engkaulah yang akan melepaskan bencana yang menimpaku.
Maka, ampunilah dosaku dan kabulkanlah permohonanku.
Aku datang kepadaMu dengan membawa perbuatan yang buruk dan busuk.
Tidak ada hambaMu dari manusia yang berbuat seperti kejahatanku.
Apakah ia akan membakar aku dengan api neraka, wahai akhir segala pengharapan.
Lalu aku harus berharap ke mana? Kemudian harus ke mana ketakutanku akan ku adukan?”


Kemudian anak muda ini jatuh ke tanah dalam keadaan pengsan. Aku segera mendekatinya. Ternyata dia adalah Zainal Abidin bin Ali al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, semoga Allah meredhai mereka semua. Sambil menangis aku meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu terjatuhlah satu titis air mataku ke pipinya sehingga dia membuka matanya dan berkata: “Siapakah yang menyerang kami ini?” Aku menjawab: Hamba kecilmu, al-Ashmui. Tuanku, mengapa kamu menangis dan cemas seperti ini, sedangkan kamu adalah keluarga Nabi Muhammad SAW dan sumber risalah?” Bukankah Allah telah menyatakan:

“Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan
dosa dari kamu, hai ahlul bait.”

(Al-Ahzab: 33)

Zainal Abidin r.a menjawab: “Tidak mungkin! Tidak mungkin, wahai Ashmui, sesungguhnya Allah telah menciptakan Syurga untuk orang-orang yang mentaatiNya, walaupun dia adalah seorang hamba hitam Habsyah dan Dia menciptakan neraka untuk orang-orang yang menderhakaiNya, walaupun dia adalah seorang Quraisy yang merdeka. Bukankah Allah telah berfirman:

“Apabila sangkakala ditiup, maka tidaklah ada
lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak ada pula di antara
mereka saling bertanya. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikan)nya, maka
mereka itulah orang-orang yang mendapat keberuntungan. Dan barangsiapa yang
ringan timbangannya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya
sendiri. Mereka kekal dalam neraka Jahannam.”

(Al-Mukminun: 101-103)

**Mutiara Hadith**
Dari Syuraih, ia berkata, Aku mendengar seorang lelaki dari sahabat Nabi SAW berkata, Nabi bersabda, "Allah Taala berfirman, 'Hai anak Adam, berdirilah (menghadap) kepadaKu, maka Aku berjalan kepadamu, dan berjalanlah kepadaKu, maka Aku berlari kepadamu."
(Hadith Sahih)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Tuesday, July 27, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

.::Rahsia Solat Seorang Abid::.


Suatu hari, Isam bin Yusuf menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya: “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?” Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk secara zahir dan dan batin.” Isam bertanya: “Bagaimana wudhuk secara zahir dan batin itu?” Hatim berkata: “Wudhuk secara zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh hati dari tujuh perkara:


  • Bertaubat

  • Menyesali dosa yang telah dilakukan

  • Tidak tergila-gilakan dunia

  • Tidak mengharapkan pujian orang

  • Tinggalkan sifat riak

  • Tinggalkan sifat khianat dan menipu

  • Meninggalkan sifat dengki

“Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan seolah-olah aku sedang berhadapan dengan Allah, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula seolah-olah berdiri di atas titian sirat dan menganggap bahawa solatku ini adalah solat terakhir bagiku. Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.” Hatim menyambung lagi: “Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Wallahu’alam..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Monday, July 12, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Bicara Sahabat..~~aku sayang kamoo~~.


Di keheningan malam aku mencoretkan isi hati ini..agar bisa terluah segala yang kupendam..agar bisa terzahir selautan rasa kasih..


Sahabat, jujur ku katakan..diriku dihimpit rasa bersalah yang mencengkam-cengkam tika ini..aku tidak layak bergelar sahabatmu..kerana aku tiada tika kau berduka..tiada saat kau dirundung masalah..tiada di saat kau memerlukan..sungguh,aku benar-benar tidak menjalankan tanggungjawabku sabagai sahabatmu..


Jujur,aku bukanlah juara dalam memberi nasihat..kerana aku bukanlah seorang pakar dalam memotivasi di kala kepayahan singgah di kamar hidupmu saat ini..tapi..aku bisa menjadi pendengar setiamu..meski tak kutemui paras wajahmu tika ini kerana jarak membataskan kita untuk bersama..andai ku bisa, mahu sahaja aku kirimkan angin agar bisa memeluk damai kedukaan yang bersarang di hatimu..menghilangkan mutiara jernih di tubir matamu..

Namun, mengapa jalan itu yang kau pilih sahabat..?mengapa kau bertindak menyisihkan aku..dan sahabatmu yang lain dari hidupmu..?setulusnya,aku benar-benar terkilan dengan sikapmu..hampir sahaja aku berputus asa dalam memenangi hatimu di saat yang lain sudah lama mengibarkan bendera putih..kau katakan,kau perlukan ruang bersendirian..tiba masanya akan kau luahkan semua..aku mengerti..aku cuba memahami dirimu..kerana kita bukan sehari dua menjalin persahabatan..tapi sampai bila kau harus begini sayangku..??

Sudah lama aku bertahan,tapi tak tertahan..sengaja kucoretkan di sini agar kau bisa memahami betapa aku merindukan kau yang dulu,sahabatku..sedari kecil kita bersama,aku benar-benar arif akan dirimu..kau bukanlah dirimu yang sekarang..setiap masalah kau hadapi dengan senyuman..aku yakin,pasti kali ini ianya teramat sukar bagi dirimu hinggakan kau menyepi begitu lama..namun,mengapa sedikit pun kau tidak benarkan kami untuk membantumu mengurangkan kewalahan itu sahabatku..aku sangkakan hanya sehari dua kau begitu,namun kini hampir sepurnama kau menghilang..tiada pesanan ringkas..tiada panggilan rindu..dahulu hampir sahaja setiap hari kau muncul dalam hidupku, katamu sengaja mahu menganggu hari-hariku..tersenyum.aku jadi rindu.


Sahabatku,
Sejujurnya, aku sudah pun mengetahui punca sebenar kau begini..tak sengaja ibuku terserempak ayahmu..dan ayahmu menceritakan perihal sebenar...sahabatku,andai itu yang menyebabkan kau berubah kini..akulah yang paling kecewa..kecewa kerana begitu mudah kau berputus asa..aku tahu,selama ini kau telah melakukan sehabis daya..tapi ingatlah,ada hikmah di sebalik semua ini..bukankah kau yang selalu membisikkannya di saat aku tersadung jatuh dahulu?perlu kau ingat sahabtku,kita hanya merancang..Tuhan jua merancang..tapi ingatlah,perancanganNya yang terbaik..kerna,jalan hidup kita begitu rahsia..dan DIA tahu apa yang terbaik untuk kita..



……boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,
padahal ia baik bagimu..dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak
baik bagimu..Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah,ayat 216)



Masih kuingat, kaulah yang selalu mengesat mutiara jernih yang menuruni pipiku tiap kali tersungkur dalam perjuangan ini..kau selalu melontarkan kata-kata magis sehingga aku bisa bangkit berdiri seperti hari ini..kini,kau sedang diuji dengan bait bicaramu sendiri..apa bisa semudah itu kau menyerah kalah sayangku?


Sebenarnya aku bimbang..bimbang setiap bait kataku di sini menjadi ujian bagiku untuk hari mendatang..aku tahu,aku akan kembali lemah selepas ini..aku tidak pasti,dapatkah aku menghadapinya..??kerana itu,aku mengharapkan kau sudi meminjamkan kekuatan dan kata-kata azimat di saat aku dirundung masalah selepas ini,agar aku bisa bangkit seiring berpimpinan denganmu..dan,itulah yang cuba kulakukan sekarang agar kau bisa keluar dari kepompong kesedihanmu sayangku..


Namun, berdoalah..dan teruslah berdoa..yakinlah, Allah sedang mendengarkan doamu..mungkin DIA belum lagi memakbulkan doamu..mungkin kerana DIA ingin mengujimu, mungkin jua kerna DIA ingin selalu mendengar permintaanmu padaNya..mungkin jua DIA ingin mendengar suara manja dirimu merintih padaNya..mungkin dan mungkin lagi..


“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan
dibiarkan hanya dengan mengatakan , “kami telah beriman,” dan mereka tidak
diuji? (Al-Ankabut,ayat 2)


"Dan sungguh, kami benar-benar akan menguji kamu
sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di
antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu." (Muhammad : 31)


Dan bersabarlah…


“Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan
yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah
bagi orang-orang yang bertaqwa” (Hud, ayat 49)

Yang jelas dan pasti sahabatku, Allah mendengar setiap doamu..jika bukan dimakbulkan sekarang, pasti akan termakbul suatu hari nanti..kerna DIA sedang mengajarmu erti IKHLAS dan SABAR..


Sahabatku yang disayangi lillah,
Jiwaku benar-benar terseksa pabila hanya mempu memandangmu dari kejauhan berperang dengan perasaan..mahu sahaja aku memelukmu, mahu sahaja aku pinjamkan bahuku ini untuk kau melepaskan segala yang bersarang di hatimu..yang telah merobek ketenanganmu..yang telah melenyapkan senyuman dan tawa di ulas bibirmu..agar kau bisa kembali seperti itu..yang kukenali dulu..


Ingin kukongsikan kata-kata salah seorang akhawatku di saat aku rebah dalam mencari sinar kebahagiaan..seorang diri di negeri orang..


“Mukmin itu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian.Baginya ujian sebagai TARBIAH dari Allah, tanda kasih sayangNya, jua penghapus dosa..”

Katanya lagi,

“Bersabarlah..bukan usahamu sia-sia, cuma kemenangan lewat tiba..”

Oleh itu sahabat, jangan kau kira Allah tidak menyayangimu pabila DIA tidak memenuhi apa yang kau hajati..ketahuilah, bukan kau saja yang diuji..aku jua diuji..mereka jua diuji..TAPI ujian kita adalah berbeza..ingatlah, ujian Allah berseni..kasih-sayangNya abstrak..DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk dikau..untuk aku..dan untuk mereka..letakkan tempatmu pada saudara-saudara kita yang maha hebat ujiannya diluar sana..mereka sedang hidup dalam ketakutan,kebuluran,kematian..Subhanallah..mereka langsung tidak mengeluh..namun bagaimana kita..??malu..begitu malu untuk menghadap Tuhan..bersyukurlah,ujian kita hanya sekelumit cuma..jangan mudah melatah sayangku..bukan untukmu sahaja,tapi untukku jua..



Moga disaat kau membaca coretanku ini, kau bisa sedar bahawa ada yang menyayangimu..dan tidak lain, aku, dia dan dia serta mereka..kami benar-benar menyayangimu..ingatlah,sekali kau terjatuh,seribu tangan membahumu di belakang..kerana persahabatan kita tidak lain,hanyalah ukhuwwah fillah semata..saling melengkapi untuk menuju jannah abadi..insyaALLAH..


Merinduimu sahabat yang kusayangi fillah..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Wednesday, June 16, 2010 0 comments By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Abu Ubaidah al-Jarrah,tokoh terulung..

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah..selautan kesyukuran dan selangit pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi,masih membenarkan kita bernafas dalam nikmat Iman dan Islam..apa khabar Iman di hati?masih dibajai dgn nur-nur Islam?atau sudah dinodai dgn keasyikan dunia..masih tegarkan dlm perjuangan Islah diri?atau sudah kalah pada hawwa?nauzubillah..moga kita semua masih tergolong dlm kalangan yg sentiasa mendapat cahaya hidayah-Nya..

Along baru je selamat menghadam cerita tentang salah seorang sahabat Nabi, Abu Ubaidah al-Jarrah..subhanallah,buku setebal 346 m/s itu cukup untuk membuat along kembali menghisab diri betapa payahnya perjuangan mereka untuk mnyebarkan syiar Islam..tanpa ketegaran dlm prjuangan dan jasa mereka dalam pengorbanan ,sudah pasti kita masih dalam keadaan jahiliyyah dan tidak dapat mengecap kemanisan hidup bertunjangkan kehidupan bersyariat ini(Islam) syukur sgt2 kerana along terpilih utk mnyampaikan cerita tentang beliau usai cuti nanti kepada shbt2 along bagi mengisi sesi ta’lim..amanah yg diberi menambah kecintaan along untuk terus mendalami dan memahami perjalanan hidup sahabat-sahabat Nabi.. periwayatan hidup dan perjuangan mereka dalam menyebarkan Islam dan kalimah-kalimah Allah ni,mengobarkan semangat juang dalam diri yang sekejap naik,sekejap turun..

Siapa Abu Ubaidah al-Jarrah?

Nama sebenarnya ialah Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal al-Fihri al-Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah al-Jarrah. Lahir pada 582 Masihi di Mekah dari sebuah keluarga Quraisy terhormat. Berasal daripada kaum Quraisy suku al-Harith bin Fihr.Beliau termasuk kelompok awal memeluk Islam selepas Abu Bakar as-Siddiq.Seorang yang tinggi,kurus,berwibawa,bermuka ceria,selalu merendah diri dan amat pemalu. Amat disenangi oleh mereka yang mengenali beliau. Beliau masuk Islam bersama Abdurrahman bin Auf, Uthman bin Mazun dan Arqam bin Abu al-Arqam, di tangan Abu Bakar as-Siddiq. Saidina Abu Bakarlah yang membawakan mereka menemui Rasulullah SAW untuk menyatakan syahadat di hadapan Baginda.

Rasulullah saw pernah bersabda;
“Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah al Jarrah.”


Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda lagi.
“Tiap-tiap umat ada orang yang memegang amanah. Dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah al Jarrah.”
"Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy memiliki sifat yang terbaik dan paling sederhana. Mereka adalah Abu Bakar, Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah al-Jarrah"

Antara sahabat dijamin Syurga

10 sahabat yang dijanjikan Syurga sebagaimana disebut secara sekaligus oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah sebagaimana hadis berikut :

“ Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar , (2)- Umar, (3)-Utsman , (4)- Ali , (5)- Zubair , (6)-Tolhah , (7)-Abdul Rahman , (8) – Abu ‘Ubaidah , (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas ~ maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang ?. Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu ?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya : Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga ? “. – Imam Abu ‘Isa (At-Tirmidzie) menyatakan : “ Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru “ . ~ ( Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmidzie , di dalam Kitab Al-Manaqib : 3681 ) dan hadis seumpama ini diriwayatkan juga oleh Imam Abu Dawud rh di dalam sunannya – Kitab As-Sunnah : 4031 dan juga Imam Ahmad – Musnad Al-Ansar : 21, 088 )

10 orang itu ialah :

1- Saidina Abu Bakar As-Siddiq (ra).
2- Saidina Umar Al-Khattab (ra).
3- Saidna Uthman Bin Al-‘Affan (ra).
4- Saidina Ali Bin Abu Talib (ra).
5- Saidina Zubair Bin Al-‘Awwam (ra).
6- Saidina Tolhah Bin ‘Ubaidillah (ra).
7- Saidina Abdul Rahman Bin ‘Auf (ra).
8- Saidina Abu ‘Ubaidah ‘Amir Bin Al-Jarrah (ra).
9- Saidina Sa’ad Bin Abu Waqqas (ra).
10- Saidina Sa’id Bin Zaid (ra).


Namun,perlu diingat bukan mereka sahaja yang dijamin Syurga
Menurut hadis , umat Rasulullah s.a.w yang dijamin masuk ke dalam syurga tanpa hisab adalah sebanyak 70 ribu orang ( Hadis riwayat Imam Al-Bukhari rh ).

Setelah menjadi pengikut Nabi Muhamad saw, Abu Ubaidah al Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani ketika berada di medan perang. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah saw.

Keistimewaan Abu Ubaidah al-Jarrah

Kehidupan beliau tidak jauh berbeza dengan kebanyakan sahabat yang, diisi dengan pengorbanan dan perjuangan menegakkan Dien Islam.

Hercules berkata kepada salah seorang tentera yang dibebaskan oleh Abu Ubaidah al-Jarrah.”Sila terangkan mengenai orang itu.”

Jawab tenteranya, “Sebenarnya dia menjadi pahlawan pada siang hari dan menjadi pendeta pada malam hari. Dia tidak memakan sesuatu makanan melainkan selepas jelas halalnya. Tidak masuk ke dalam rumah melainkan mengucapkan salam. Dia menunggu musuhnya menyerang dahulu, barulah dia memeranginya.”

Semasa berlaku perbalahan di balai Bani Saadah mengenai perlantikan khalifah bagi menggantikan Rasulullah maka Abu Ubaidah berkata,
”Wahai orang Ansar, kamu yang mula-mula menyokong perjuangan Islam. Saya harap janganlah kamu yang mula-mula mengingkarinya.”

Salah seorang sahabat Nabi iaitu Khalid Al-Walid segan dan kagum akan kehebatan dan karisma beliau. Sehingga dalam peperangan menentang Rom Byzantine, sewaktu proses penyerahan tugas dari Abu Ubaidah kepada Khalid, Khalid berkata:

"Demi Allah, kalau tidak kerana mematuhi arahan khalifah, aku tidak akan memerintahkan kamu ataupun berada di atas kamu. Engkau lebih mulia dari aku. Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang sahabat Nabi. Tapi kamu adalah yang hormati. Kamulah yang baginda panggil 'Penjaga Amanah Umat'."

Begitu juga dengan Umar. Ketika para sahabat berselisih pendapat mengenai rombongan ke Amawas ketika berlakunya wabak taun, Abu Ubaidah mengatakan kepada Umar:
"Wahai Umar. Apakah kamu mahu lari daripada takdir Allah?"
Umar yang merenung wajah Abu Ubaidah kerana merasa segan dengan teguran dan karisma Abu Ubaidah mengatakan:
"Sekiranya ada orang lain yang mengatakan perkara itu selain daripada kau wahai Abu Ubaidah, ya. Aku lari dari takdir Allah untuk pergi kepada takdir Allah yang lain."
Turun khabar gembira dari langit
Dalam perang Badar Abu Ubaidah al Jarrah cuba mengelak dari bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah saw.Tetapi ayahnya telah bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhamad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran surah Al Mujadalah ayat 22 yang bermaksud.

“Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah pasti akan berjaya.” (Al Mujadalah ayat 22)
“Gagah dan Jujur”

Semasa berlakunya perang Uhud, Rasulullah saw terkena anak panah yang dilepaskan musuh lalu tersangkut pada rahang baginda. Abu Ubaidah al Jarrah mencabut anak panah itu dengan giginya sehingga giginya tercabut. Rasulullah saw memberinya gelaran “Gagah dan Jujur”.

Suatu hari datang satu rombongan dari Najran menemui Rasulullah saw lalu meminta baginda menghantar seorang yang boleh dipercayai bagi menyelesaikan pertengkaran di kalangan mereka serta mengajar agama Islam. Rasulullah saw berjanji akan menghantar seorang sahabat yang gagah dan jujur. Sehubungan dengan itu Umar al-Khattab berharap beliau yang akan dipilih Rasulullah saw tetapi orang yang berani dan jujur yang dimaksudkan itu ialah Abu Ubaidah al Jarrah.

Beliau juga seorang yang zuhud, tidak tamak kuasa dan harta. Di bawah pemerintahan khalifah Umar al Khattab, Abu Ubaidah al Jarrah dilantik menjadi ketua pasukan tentera Islam bagi menakluk kota-kota besar yang berada di bawah pemerintahan Rom seperti Kota Damsyik, Syria, Syam, Kota Aleppo, Kota Hims, Kota Antakiah dan Kota al Quds di Baitul Maqdis.

Ketika khalifah Umar al Khattab berkunjung ke Baitul Maqdis, beliau singgah di rumah Abu Ubaidah al Jarrah. Dilihatnya yang ada dalam rumah ketua panglima Islam itu hanyalah pedang, perisai dan pelana kuda sahaja.

“Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu dari harta rampasan perang sebagaimana orang lain mengambilnya?” Tanya Umar al Khattab.

“Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup bagiku,” jawab Abu Ubaidah al Jarrah.
Saidina Umar al Khattab melantik Abu Ubaidah al-Jarrah memimpin tentera Islam bagi merebut kembali kawasan tanah Arab yang dijajah oleh kerajaan Rom. Beliau berjaya dalam tugas yang diberikan itu sehingga berjaya menakluk Baitul Maqdis.

Wabak Taun melanda

Setelah menyelesaikan tugasnya, berlaku wabak penyakit Taun di Syam.Berpuluh ribu orang mati. Khalifah Umar al-Khattab mengirim surat memanggil Abu Ubaidah al Jarrah pulang ke Madinah namun beliau menolaknya kerana tidak sanggup membiarkan penduduk Syam dan tenteranya dalam bahaya sedangkan dia melarikan diri. Beliau menulis surat kepada Umar al Khattab.

“Wahai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu tuan memerlukan saya, akan tetapi saya sedang berada di tengah-tengah tentera Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah jangan paksa saya pulang ke Madinah dan izinkanlah saya tinggal di sini.”

Setelah Umar al Khattab membaca surat itu, beliau menangis sehingga para sahabat menyangka Abu Ubaidah al Jarrah sudah meninggal. Umar menjawab, kematiannya sudah di ambang pintu.
Puas Umar berikhtiar mengajak Abu Ubaidah pulang semula ke Madinah,namun belum berjaya. Abu Ubaidah tetap dengan pendirian,tidak akan meninggalkan penduduk Syam dan tenteranya. Ternyata Abu Ubaidah tidak gentar dan rela mati bersama tentera serta penduduk Syam. Namun Khalifah Umar masih tidak berputus asa. Dia cuba mencari jalan supaya Abu Ubaidah keluar dari negeri itu. Selepas puas berfikir, beliau mendapat idea lain. Sekali lagi beliau mengutus surat, kali ini beliau memerintahkan Abu Ubaidah membawa penduduk serta tenteranya berpindah dari Syam. Abu Ubaidah bersetuju dengan arahan itu.
Abu Ubaidah memerintahkan penduduk serta tenteranya membuat persiapan berpindah. Persiapan dibuat, tetapi pada hari keberangkatan itu, Abu Ubaidah mengalami demam yang teruk dan cirit-birit. Amru dan Muaz datang ke rumahnya apabila mengetahui Abu Ubaidah tidak sihat selepas Muaz diminta mengimamkan sembahyang Subuh. Apabila melihat keadaan Abu Ubaidah, mereka berpandangan sesame sendiri. Kerisauan terbit di hati masing-masing.
“Bagaimana keadaan tuan?” tanya Muaz. Dia cuba menyembunyikan kerisauannya.
“Jangan risau. Saya cuma demam, dua tiga hari nanti sihatlah,” jawabnya. Tubuhnya lemah dan bibirnya pucat.
“Keadaan tuan semakin teruk. Ini bukan demam biasa,tuan terkena penyakit taun. Biar saya bawa tuan ke Madinah. Di sana nanti, penyakit tuan dapat diubati,” cadang Amru al-As yang mula tidak keruan.
“Seandainya ajal sudah hampir, saya mahu mati di sini. Saya tidak mahu ke mana-mana lagi. Saya mahu mati di sini bersama orang-orang saya. Di sini tempat saya,” kata Abu Ubaidah al-Jarrah.
Kemudian beliau mengangkat tangannya. Amru diam. Dia mengerti isyarat itu. Tidak lama kemudian Abu Ubaidah al-Jarrah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Wasiat Terakhir
Sebelum meninggal dunia Abu Ubaidah al Jarrah sempat berpesan kepada tenteranya,
“Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihatilah. Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia, kerana itu semua manusia pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.”

Perginya seorang tokoh yang hebat
Berita kematian Abu Ubaidah mengejutkan seluruh wilayah Arab. Khalifah Umar bergegas ke Syam dengan perasaan bercampur baur. Hatinya dihiris pilu dan air matanya bercucuran apabila menatap wajah sahabatnya buat kali terakhir. Perkara paling ditakuti terjadi jua. Abu Ubaidah tokoh yang hebat meninggal dunia semasa wabak taun mengganas. Namun begitu beliau sedar, perkara yang berlaku adalah kehendak Allah. Siapalah dia untuk melawan kekuasaan Allah yang menentukan ajal maut umat manusia. Dia yakin sahabatnya itu berada dalam kalangan orang yang dicintai Allah.
Penduduk Syam menangis dan dan bersedih dengan pemergian tokoh yang banyak berjasa kepada agama dan sanggup mengharungi susah senang bersama mereka. Dengan meninggalnya pahlawan agung itu, beliau berjaya menghancurkan penyembah-penyembah berhala di Parsi dan menewaskan kerajaan Rom di Syam.
Selepas pemergian Abu Ubaidah, Khalifah Umar kembali semula ke Madinah dengan kesedihan masih bersarang di hati. Setelah Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia, Muaz bin Jabal mengambil alih tempatnya lalu berucap di hadapan orang ramai.

“Wahai sekalian kaum Muslimin! Kamu sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”
Malangnya, beberapa hari kemudian Muaz juga terkena wabak taun lalu meninggal.Tempatnya diambil alih oleh Amru al-As. Dia meneruskan seperti yang dirancang dengan mengajak orang ramai berpindah ke tempat yang lebih selamat. Tidak lama kemudian wabak taun itu akhirnya hilang.
** Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah di Urdun dalam wilayah Syam. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan Parsi. Ketika itu beliau berumur 58 tahun.
>>Sumber: Novel Sejarah Islam Abu Ubaidah Penakluk Parsi, karya Abdul Latip Talib.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...