Sunday, April 25, 2010 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Penduduk Mahsyar Dan Pengadilan


Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan dari Muaz Bin Jabal r.a. bermaksud:
“Jika datang hari kiamat, hari kerugian atau hari penyesalan,maka umatku akan dihalau oleh Allah SWT dari kubur mereka menjadi 12 golongan.”

Golongan Pertama:
Mereka dihalau dari kubur mereka dengan tidak bertangan dan tidak berkaki, kemudian mereka dipanggil ke hadapan Allah. Mereka ini terdiri dari orang-orang yang menyakiti jiran tetangga dan mati sebelum bertaubat. Itulah balasan untuk mereka dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Golongan Kedua:
Mereka yang dibangkitkan dari kuburnya dengan rupa binatang atau berupa babi, dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Mereka yang seumpama ini ialah orang-orang memudah-mudahkan serta memandang ringan tuntutan sembahyang, dan mati sebelum mereka sempat bertaubat. Kembali mereka bersama dengan penduduk neraka.
Firman Allah dalam Surah Al-Ma’uun ayat 4 dan 5 bermaksud: Maka celakalah bagi orang-orang yang sembahyang, iaitu orang-orang yang melalaikan sembahyangnya.

Golongan Ketiga:
Orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan perut mereka besar dipenuhi dengan ular dan kala sebelum dipanggil ke pengadilan Allah. Mereka termasuk dalam golongan yang tidak mahu membayar zakat, dan mati sebelum bartaubat.

Golongan Keempat:
Orang-orang yang dibangkitkan dalam keadaan darah yang mengalir dari mulutnya, isi perutnya keluar dengan api yang menyala-nyala dari mulut mereka serta keluar darah yang mengalir. Mereka seterusnya dibawa ke pengadilan Allah itulah orang-orang yang berdusta dan tidak melakukan penipuan dalam perniagaan dan mati dengan tidak bertaubat


Golongan Kelima:
Golongan kelima pula ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kubur dalam keadaan busuk melebihi bau bangkai. Kemudian dibawa kepada pengadilan Allah. Mereka ini terdiri dari orang-orang yang cuba merahsiakan kemaksiatan dan kejahatan yang mereka lakukan seolah-olah Allah tidak mengetahuinya.

Golongan Keenam:
Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kubur dalam keadaan lehernya yang terputus-putus, juga dibawa ke pengadilan Allah. Mereka adalah orang-orang yang menjadi saksi palsu dan pendusta yang mati sebelum bertaubat.

Golongan Ketujuh:
Ialah orang-orang dibangkitkan dari kuburnya dengan keadaan tidak berlidah,mulut mereka mengalir dengan darah dan nanah. Mereka dibawa ke pengadilan Allah. Inilah keadaan orang-orang yang melarang dan mencegah orang lain dari memperkatakan dan membuat kesaksian terhadap sesuatu kebenaran. Mereka mati dalam keadaan belum bertaubat.
Firman Allah maksudnya:
“ Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang. Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercaya itu menunaikan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah kamu para saksi menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Baqarah: 283)

Golongan Kelapan:
Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan terpusing dengan kaki ke atas kepala,sementara pada faraj(kemaluan) mereka pula keluar nanah yang panas mendidih. Dalam keadaan begini ia dibawa ke hadapan Allah untuk mendapat balasan. Mereka ini ialah orang-orang yang melakukan zina dan mati sebelum bertaubat.



Golongan Kesembilan:
Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dalam rupa wajah hitam pekat dan matanya keluar dengan perut berisi api. Mereka ini ialah orang-orang yang memakan harta anak yatim dan mati sebelum bertaubat.
Firman Allah SWT maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim sebenarnya mereka itu sengaja menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala(neraka).”
(An-Nisa:10)

Golongan Kesepuluh:
Ialah orang-orang yang dibangkitkan dengan keadaan kulitnya berbelang-belang dan berkudis. Mereka dibawa ke hadapan Allah dengan keadaan demikian. Mereka itulah orang-orang yang menyakiti kedua ibu bapanya dan mati sebelum bertaubat.
Firman Allah SWT maksudnya:
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,kaum kerabat,anak-anak yatim,orang-orang miskin,tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh,teman sejawat,ibnu sabil, dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”
(An-Nisa:36)

Golongan Kesebelas:
Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kubur mereka dalam keadaan buruk rupa, bergigi besar, bibir terkeluar dan perut mereka membuncit ke paras paha. Dan mereka dihadapkan ke pengadilan Allah. Mereka ini ialah orang-orang yang minum arak dan mati sebelum bertaubat. Inilah balasan mereka dan dimasukkan ke neraka.


Golongan Kedua Belas:
Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dengan muka berseri-seri,melintasi siratulmustaqim secepat kilat. Mereka inilah orang-orang yang mengerjakan amal soleh,melarang dari melakukan maksiat,menunaikan taubat. Ganjaran mereka adalah syurga dengan keampunan dan rahmat Allah serta kekal di dalamnya.
Firman Allah SWT maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka(dengan mengatakan) “janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih,dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu”
(Fushilat:30)

~~>Cuba hisab dan tnya diri kita,ckupkah amalan kita utk djadikan bkalan ke sana??oleh itu,sme2lah kita sling mngingatkan..tgkatkan amalan kita krna amalan kbajikan sseorang hamba adlah infiniti..x prnh ada istilah "full stop" mlainkan ajal dtg mnjmput..prsiapkan diri tuk mnjwab prtnyaan malaikat di kubur nnti..tgkatkan amaln,upgradekan iman n ktaqwaan kita..mudah2an amaln kita dterima..insyaALLAH..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...