Saturday, June 11, 2011 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

"Ehem..'labuh' tudung siang tadi.."




Suatu hari yang indah dan cerah, saya ‘dikejutkan’ dengan pesanan ringkas seorang sahabat. Jika tidak silap, saya dalam perjalanan pulang dari kelas pada tengahari itu.


“Salam Syira..sibuk tak? Iman (bukan nama sebenar) ada sesuatu nak bincang ngan Syira. Boleh?Buntu sangat-sangat ni..”


“Salam ‘alaik. Kenapa Iman? Cuba cerita.”


“Hmm..Iman tak tau. Kita jumpa boleh?”


“InsyaALLAH, boleh. Bila ya?”


“Malam ni, kat masjid..Boleh? Tak menyusahkan ke?”


“InsyaALLAH, boleh aje dear..Tak menyusahkan pun.. J


(mesejnya mungkin tidak sama dengan yang asal kerana peristiwa ini terjadi lama dahulu. Tetapi membawa maksud yang sama)



EPISOD PERUBAHAN


“Syira..Iman rasa nak berubah. Tapi Iman takut. Tak ada kekuatan.”


“Hmm..berubah? Macam mana? Boleh Iman jelaskan?”


“Iman..Nak jadi macam Syira dan kawan-kawan Syira.”


“Errrkkk..? Tak faham?”


“Hmm..Iman pun nak pakai tudung labuh!”


Subhanallah..Perkara apa lagi yang dapat menggembirakan hati seorang sahabat apabila mengetahui sahabatnya itu ingin berubah ke arah kebaikan? Serasa ingin bersujud syukur tika itu juga. Hati menjerit keterharuan,menangis penuh kesyukuran.


Benar, ini yang dinamakan manusia. Mudah berubah. Berhadapan dengan masyarakat (rakan-rakan pelajar)yang berlainan latar belakang, baik dari segi taraf hidup, cara pergaulan, corak pemikiran sehinggalah ke aspek tsaqafah ad-dien (kefahaman dalam agama), menjadikan saya banyak belajar dan bermuhasabah.


Apa yang saya belajar, kita sebagai seorang muslim atau muslimah, da’ie atau da’ieyah tidak boleh ‘menghukum’ seseorang sesuka hati. Jangan kita anggap, ‘orang-orang biasa’ tiada peluang untuk berubah. Jangan kita kira, sebagai ‘orang agama’ kita lah yang paling sempurna. Tidak mustahil, mereka yang ‘biasa-biasa’ ini boleh berubah ke arah kebaikan, bahkan lebih baik dari kita. Tidak mustahil juga, kita yang faham agama ini boleh berubah sebaliknya. Wal ‘iyazu billah.


Sebagai contoh, sahabat saya itu. Dia bukan pelajar jurusan agama. Tetapi, berkeinginan untuk berubah. Lebih ‘drastik’ ingin memakai tudung labuh! Subhanallah..


Itulah yang dinamakan hidayah Allah. Tidak mengenal sesiapa.


Lebih mengharukan, bukan seorang dua yang menyatakan hasrat dan keinginan untuk berubah ke arah kebaikan (wanita solehah, insyaALLAH) tetapi lebih dari itu!


AllahuAkhbar! AllahuAkhbar! AllahuAkhbar!


‘Hadiah’ yang sangat indah saya kira. Teramat indah. Tetapi, masih ada faktor penghalang yang menjadikan mereka takut untuk berubah. Iaitu, tiada kekuatan dan persekitaran yang ‘membantutkan’ penghijrahan mereka.


“Saya bukan jurusan agama. Nanti apa budak kelas kata. Tapi..Saya mahu berubah”


“Akak..kita nak berubah. Tapi, kita bukan dari keluarga yang Islamik. Kalau mak ayah marah macam mana? Mau tak terkejut mereka..”


“Saya suka tengok awak dan yang lain. Tapi, kalau saya pakai macam awak, nanti kawan-kawan saya dah tak nak kawan dengan saya. Mereka mesti kata saya berlagak alim.”


Jawapan saya mudah.


Terpulang pada diri kita. Mengapa ragu untuk berubah ke arah kebaikan? Hidayah Allah itu mahal. Bila-bila masa sahaja Dia akan berikan kepada hambaNya yang Dia mahu dan bila-bila masa sahaja Dia akan menariknya kembali.


Dalam hidup, kita dihadapkan dengan dua pilihan. Live well or live hell. We choose. Jadi, usah bertangguh! Dikhuatiri, hidayah Allah itu akan ‘jemu’ dengan alasan-alasan kita dan tidak akan kembali singgah buat selamanya. Maka di sini, siapa yang rugi jika bukan kita?


Dan bersegeralah kamu mencari ampunandari Tuhanmu dan mendapatkan Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.

(Surah Ali-Imran, ayat 133)

Siapa dia yang bertaqwa itu?

Mereka yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mereka mengingati Allah Taala lalu memohon ampun Allah Taala atas perbuatan mereka itu, dan siapa lagi yang berhak dan layak mengampunkan dosa selain dari Allah Taala? Dan mereka tidak terus dalam melakukan maksiat yang telah mereka lakukan, sedang mereka mengetahui.

(Surah Ali-Imran, ayat 135)


Ya. Tidak dinafikan perubahan memerlukan keyakinan, pengorbanan dan ketabahan.


Perubahan yang baik itu tidak semestinya dilakukan secara drastik, lebih baik dilakukan secara perlahan-lahan. Kerana bagi saya sendiri, secara peribadinya perubahan yang dilakukan drastik dikhuatiri tidak berterusan.


Katakanlah (wahai Muhammad), “Taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir.

(Surah Ali-Imran, ayat 32)

Apa pesanan Allah dan Rasul pada kita wahai pemudi-pemudi, serikandi sayap kiri laki-laki?


Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)…..

(Surah An-Nur, ayat 31)

Tapi..Tapi..Tapi…


Apa tujuan kita mematuhi perintah Allah di atas?


Adakah kerana takutkan manusia?

Adakah untuk mendapat pujian manusia?

Adakah kerana takutkan kejian manusia?

Atau adakah kerana ingin menunjuk-nunjuk?


Sudah tentu tidak!


Dan (aku telah diperintah), “Hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan TULUS dan IKHLAS, dan jangan sekali-kali engkau termasuk orang yang musyrik.

(Surah Yunus, ayat 105)

Maka, ayuh sayang-sayangku..Tunaikanlah semua kewajipan atas dasar taqwa. Ikhlas dan hanya takut kepada Allah, untuk meraih redhaNya. Bukan untuk disenangi makhlukNya.


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu..

(Surah Fussilat,ayat 30)


FLASH BACK. Saya Pun Macam Mereka.


Secara jujurnya, saya bukan berasal dari keluarga yang benar-benar ‘islamik’. Ibu saya tidak memakai tudung labuh. Namun, ibu dan ayah saya amat menitikberatkan pemakaian anak-anak perempuan mereka di luar rumah. Memandangkan saya dan Achik, hanya kami berdua puteri dalam keluarga (5 yang lain, ‘askar-askar’ yang sedang membesar) maka agak mudah untuk ibu dan ayah memantau pergerakan kami. Ya. Ayah saya tidak pernah memaksa saya untuk bertudung labuh. Tetapi, sedari kecil lagi ayah saya amat ‘pantang’ jika kami keluar rumah dengan memakai seluar (kecuali berbaju labuh dan longgar). Percaya atau tidak, saya tidak pernah merasa bagaimana perasaan memakai seluar jeans. Apatah lagi memilikinya. Jika ada, pasti ayah saya orang pertama yang akan membakarnya. Hehe..Natijah dilatih dari kecil untuk sentiasa berbaju kurung, saya menjadi malu untuk berseluar hatta ingin ke rumah nenek sekalipun. Terima kasih ayah. Terima kasih mak. ^___^


KELIRU IDENTITI DIRI


Ya. Saya adalah bekas pelajar sekolah agama. 5 tahun berada di sana menjadikan saya ‘keliru’ dengan identiti diri.


Mengapa?


Kerana saya merasakan tudung labuh itu hanyalah sekadar ‘undang-undang’ sekolah. Memakainya hanya untuk ke sekolah. Agak labuh daripada pelajar biasa kerana saya adalah seorang pengawas. Jadi, kononnya ingin menjadi contoh terbaik kepada mereka.Ah. Alangkah jengkelnya pemikiran jahiliyah saya tika itu.


Selalu menjadi masalah terutamanya apabila ingin keluar rumah.


Masalah 1 : Tudung apa hendak dipakai apabila ke rumah saudara-mara.

Masalah 2: Tudung apa hendak di

pakai apabila ada program hujung minggu di sekolah, atau kursus-kursus atau kem-kem di ‘luar kawasan’.


Percaya atau tidak, masalah dalam memilih tudung (masa itu) lebih sukar daripada menjawab soalan Add-Maths, lebih payah daripada merungkai formula Kimia. Bahkan lebih rumit daripada istinba’ hukum dalam Syariah Islamiah! Errrr..Adakah saya terlebih emosi? Abaikan.


Saya akui, saya selesa bertudung labuh. Rasa selamat dan terjaga. Tetapi, disebabkan iman dan kefahaman saya yang agak rapuh dan tempang ketika itu, menjadikan saya begitu mengambil kira kata-kata orang. Adui. ( Pang! tampar laju-laju)


Akhirnya, tudung-tudung itu saya pakai mengikut ‘mood’ dan suasana.


Di sekolah, saya memakai tudung labuh.


Di ‘luar kawasan’ yang melibatkan aktiviti sekolah, saya memakai tudung segitiga labuh dan kadang-kadang tudung labuh (itupun kes nak menjimatkan masa sebab dihambat waktu dengan program-program yang padat) p/s: tudung labuh tak perlu susah-susah nak pin sana, pin sini..hohoiii.. (Dush! Tumbok kuat-kuat!)


Di rumah saudara-mara pula, saya memakai tudung segi tiga labuh. (Itupun ada yang memerli)Kadang-kadang bawal biasa yang dijatuhkan hujungnya.


Perasaan saya ketika itu?


Entah. Saya sendiri keliru.


Terkadang rasa hipokrit.


Ada masa saya rasa “Walaweh! Akulah yang paling solehah di dunia ini..mwahahah!”(Hempuk kepala dengan bantal laju-laju)


Satu masa yang lain pula saya rasa “Kenapa aku pakai macam ni? Macam ‘seksi’ je..”


Saya mahu. Mahu sekali istiqamah memakai tudung labuh. Maksud saya, bukan sekadar di sekolah (waktu itu). Tetapi..Selalu mendapat sindiran halus daripada mereka di sekeliling.


“Hamboii..ustazah..pakai stokin and tudung labuh segala bagai. Kita nak gi beli barang kedai depan tu je mak jah oii..”


“Ececeyyy..labuh tudung. Tak rimas ke?”


“Ustazah..ustazah..labuh tudung. Nak tumpang berteduh boleh?hahaha..”


Itulah antara komentar yang saya terima daripada barisan pengkritik tetap sewaktu saya mula-mula berjinak untuk istiqamah dan istimrar memakai tudung labuh. Agak ‘makan dalam’ juga kerana komen-komen tersebut saya terima daripada sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri (saya tak salahkan mereka kerana mereka tidak berpeluang untuk merasa bagaimana perasaan menjadi pelajar sekolah agama).


Mungkin hanya gurauan. Tetapi suara-suara itulah yang pernah membantutkan hasrat saya tika itu. Dan Alhamdulillah, gurauan mereka menjadi kenyataan apabila saya kini bakal bergelar ustazah dalam masa beberapa tahun lagi . Syabbas betti..syabbas! (Ark..terhidu unsur riak di situ..Peluh menitik laju)



MANUSIA DAN ALASAN


Pernah suatu hari saya memberontak. Hati kecil kononnya berkeras.


“Watpe aku nak hipokrit? Baik aku jadi diri aku..”


Maka, pada hari itu bermulalah segalanya.


Hari itu ada kelas tambahan untuk Additional Maths memandangkan Sijil Pernikahan seMalaya (SPM) hehek! is juz around the corner. Maka dengan baik hatinya,seorang teman telah menjemput tenaga pengajar dari luar untuk membantu kami. Terbuka untuk semua kelas, Sains-Agama dan Sastera.


Betapa saya hendak menunjukkan yang saya bukan seorang yang hipokrit dan bermuka dulang (hohoiii..) maka, saya memilih untuk memakai tudung bawal. Berwarna hitam. Ya berwarna hitam ketika itu . Entah apa yang saya ‘perjuangkan’ tika itu. Saya pun tidak pasti. Yang pasti saya tidak mahu hipokrit. (Argh! Seseorang sila tolong tampar saya sekarang!)


“Ala..bukannye seksi pun. Aku dah jatuhkan depannya. InsyaALLAH, ok je nih.” (padahal dalam kelas ketika itu sangatlah tidak selesa..tapi peduli hapeee..eerrrr)


Tetapi saya terlupa. Melabuhkan tudung di sini, bukan hanya bermaksud tutup depan,tutup belakang. Sebaliknya, tutup tepi, kiri-kanan juga diambil kira. Pendek kata, tutup sepenuhnya. 360 darjah!


Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

(Surah Al-Ahzab, ayat 59)


Akibat ‘kedegilan’ saya itu. Maka pada tika itu, saya haruuussss menanggung segala risikonya. Betapa tidak selesanya saya apabila di belakang terdapat rakan-rakan pelajar lelaki (terpaksa duduk di belakang kerana datang lambat dan tempat duduk di depan maha penuh). Dan sangat tidak selesa bila guru jemputan itu (yang saya tahu agak gatal orangnya) berada begitu dekat dengan saya sewaktu mengajar.Bukan saya seorang yang menjadi ‘mangsa’, ramai lagi. Tetapi betapa prihatin rakan pelajar lelaki ketika itu, mereka mengalihkan perhatian guru itu dengan bertanyakan soalan dan cuba membuat lawak.


Maka pulanglah saya pada petang itu sebagai seorang yang tewas! Tewas pada perjuangan yang bernama ‘kebebasan’. Kebebasan dalam berpakaian. (bukan lah maksud saya yang tidak senonoh:masih bersarung kaki dan tangan, cuma bukan bertudung labuh..errrkkk..airmata menitis laju.)


Sehinggalah pada malamnya saya mendapat pesanan ringkas daripada seorang rakan lelaki. Rakan sekelas.


“Salam. Ehem.. ‘Labuh’ tudung siang tadi.”


Ya Allah..Malunya..! Bukan malu kerana mendapat teguran itu, tetapi malu dengan diri sendiri. Paling utama dengan Dia yang di atas. Menangis lah saya semahunya menginsafi diri terhadap ‘kecuaian’ dalam membawa diri.


Terngiang-ngiang lagi Surah Al-Ahzab, ayat 59 itu..


Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


(Airmata mencurah-curah)




Betul lah. Apabila kita menjaga kehormatan kita, orang lain akan turut menghormati kita. Begitu juga sebaliknya. Tidak salah jika saya katakan pemakaian kita turut menyumbang kepada sahsiah diri. Penampilan kita menonjolkan bagaimana cara kita membawa diri.


Ok. Saya melihat contoh terdekat. Diri saya sendiri. Bagaimana peristiwa lepas banyak mengajar saya. Semasa zaman persekolahan dahulu (ketika masih keliru dengan identiti diri) , apabila pulang dari sekolah (for sure seragam lengkap dengan tudung labuh) tiada siapa yang berani menegur di dalam bas. Namun untuk hujung minggu ke kelas tambahan (yang mana kadang-kadang on tudung labuh,kadang-kadang off pakai pulak tudung biasa) senang sahaja untuk mat-mat jalanan ini pewwittt sana,pewwittt sini). Ingat saya selesa ke dengan semua ini? Ya ampuunnn..sangat-sangat tidak selesa mbaakk!



HIDAYATUL MUSTAQIMAH (Hidayah Ke Jalan Lurus)


Alhamdulillah, kini saya sudah menjumpai turning-point saya. Tamat sahaja zaman persekolahan, dan kini melanjutkan pelajaran di institut pendidikan guru, saya berazam untuk terus istiqamah dalam memakai tudung labuh. Mulanya, orang sekeliling agak terkejut dengan perubahan saya kerana sangka mereka saya akan terus on-off, atau masih keliru dengan identiti diri lagi barangkali..! Haha..Namun, segala mak bapak datuk nenek tudung bawal itu sudah saya campak tanpa sebarang rasa menyesal dan keciwa malahan berbangga! Mwahah!


Tsaqafah. Ya. Kefahaman.


Beza kesannya kalau kita bertindak atas dasar faham. Berbanding bertindak atas dasar ikut atau terikat pada pandangan orang.Kerana fahamlah saya bertekad.Dari tekad terhasil tindakan, dan akhirnya,insyaAllah akan adanya istiqamah.


Itulah beza antara tahu dan faham. Dari sekolah lagi saya tahu menutup aurat itu sekian-sekian,begini-begini.


Bukan sekali dua ustazah mengingatkan kami. Bahkan lebih dari itu. Dua kali, tiga kali, malah berkali-kali..Arghhh!


Tapi, disebabkan TIDAK FAHAM itulah menjadikan saya TIDAK MAHU menurut apa yang disyariatkan sepenuhnya. Ambil islam separuh-separuh. Tidak masuk ke dalamnya secara keseluruhan.


Namun kini, saya rasakan seperti ‘dilahirkan’ semula. Memakai tudung labuh atas dasar faham. Beza impaknya. Terasa seperti ada ‘roh’ . Lebih-lebih lagi tudung itu dijahit sendiri. Tahu apa rasanya? Heaven! Haha.


Ya. Saya sudah jumpa apa yang saya mahu. Inilah identiti yang saya cari. Saya mahu menjadi wanita solehah. Kalau boleh saya ingin menjadi openminded dan versatile. Namun masih berpegang pada apa yang patut saya pegang. Prinsip hidup. Saya tidak mahu masyarakat di luar sana terus-terusan melabel wanita bertudung labuh ini narrow-minded,syadid, dan jumud.


Semoga saya, awak dan mereka mendapat syurga, hanya atas sebab Rahmat Allah Taala, terhadap hijrah kita ini...



" Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka dia akan mendapat Allah dan Rasulnya,"

{Hadis 1, Matan al-arbain. Imam Nawawi}



p/s: Teringat petikan kata-kata seorang sahabat, “Berprinsip, jangan jumud. Terbuka jangan hanyut.” Waaahhh!

: Ramai yang menyuruh saya berniqab. Ada keinginan. Namun belum ada kekuatan.(Alasan!Alasan!)Doakan ye.. J

: Saya sayang tudung labuh saya. Moga istiqamah ke akhirnya. Moga dalaman seindah luaran. (Rasa sebak tetiba)

: Saya sayang anda semua! Ahah ^_~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

18 comments:

Nur Adibah Ridzuan said...

sayang enti..<3

-filzah.sofia- said...

:) syukran syira..

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Ukhti Adibah> sayang enti juga..luv u more dear. moga Allah redha..

Ukhti Hafizah> afwan dear..u inspired me a lot! ^_~

Cik Mawar Bbungo said...

sy pernah merasai perasaan yg sama ketika ingin melakukan satu perubahan dlu..moga kita istiqamah..ameen :)

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

cik mawar bbungo:

kekadang, kita terlampau mengambil kira kata-kata orang kan? terlampau risau apa pandangan orang terhadap kita, sedangkan pandangan Ilahi yang mesti diutamakan. mudah-mudahan istiqamah hingga ke akhirnya. :)

Anonymous said...

salam..berubah ke tdg labuh memang sgt diidam2kan..tp sgt takut bila on off..sbb latar blkg fmly bukn yg kuat beragama..takut pakai tdg labuh di u, tp bila di rumah tidak..ada nasihat x?

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

salamun a'layk..

sesungguhnya, saya bukanlah orang yang tepat dalam memberi nasihat.

dalam soal pemilihan tudung labuh ini, bagi saya perubahan tidak perlulah secara drastik. kerana saya pernah berhadapan dengan mereka-mereka yang drastically memakai tudung labuh. ternyata, bilangan mereka yang kembali berubah kepada asal lebih ramai.ttpi masih ada mereka yang masih istiqamah dengan tudung labuh.

keadaan saudari sama seperti saya sewaktu mula-mula ingin berjinak memakai tudung labuh dahulu. saya juga bukan daripada family yg islamik.selalu on-off tudung labuh. T___T

apakata saudari mula dengan perlahan-lahan.jika sbelum ini, saudari memakai tudung bidang biasa yang diselimpangkan, cuba ubah dengan menjatuhkan hujungnya. bila dah biasa, cuba dengan memakai tudung bidang 55 atau 60.bila dah selesa, dan rasa ada kekuatan, bolehlah bertukar pada tudung labuh bulat. mesti comel. ^___^

kenapa saya tidak menggalakkan tudung labuh secara drastik? kerana saya pasti, untuk berubah, kita masih mengambil kira kata-kata orang kan? macam suasana di u, kawan-kawan yang tidak memahami konsep bertudung labuh mesti akan terkejut besar melihat kita tiba-tiba berubah kan? :)

bimbang nanti, mereka akan 'mengusik2' kita, lalu kita menjadi malu. then, terus tinggalkan tudung labuh.xnak lah macam tu kan?

doa saya, semoga saudari diberi kekuatan untuk berubah dan istiqamah dalam mengekalkan perubahan. :) yukk! kita sama-sama berubah menjadi wanita solehah. moga menjadi saham di 'negeri' sana.

*tegur saya andai saya tersilap*

... said...

salam alaiki ukhti,

mashaAllah, mumtaz entri ini!

ana suka sgt!

iAllah, ana du'akan supaya enti hatinya baik dan suci (bukan sekadar indah di luaran).

btw, tadabbur AQ ukhti amat mantap. Ana gembira buat ukhti.

And ana coudln't agree more: Hidayah x mengenal sesiapa and Hidayah Allah tu mahal. Dia boleh memberi and mengmbil balik bila2 masa shj. Disebabkan itu, ana selalu memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana telah membantu ana menerima HidayahNya sblm ia ditarik balik Allah. alhamdulillah alhamdulillahi lathee bini matihi tattimmus saalihaat. (All praise be to Allah for all good things are perfected by Him)

Wslm ila liqa' biiznillah.

Anonymous said...

salam,saya suka sangat nak brubah..
skang da jinak pakai tudung tiga segi bidang 60 tapi sy setuju tudung labuh bulat lebih sempurna dan selamat..
dah ade niat,insyaAllah

cuma sy ade mslh dgn bf..
sy nak sgt dia pn berubah ke arah kebaikan dan menjauhi maksiat tapi stakat ni belum berhasil.

hm selalu bg article2 islamik bg ksedaran tapi rasenye dia susah nak terima kalau saya nak putuskan hubungan..

sy mmg nk sgt3 kami same2 brubah,tp xtahu cara..
anyone bg pandangan or nasihat?
tq

anon said...

@Anonymous:

Salam alaiki ukhti

first of all, alhamdulillah sbb enti hendak berubah ke arah kebaikan iaitu ke arah mendekati diri kepada Tuhan yang Maha Esa (clap clap!^^)

As for enti's problem with the boy, maybe he doesn't even read the articles that you share with him. What's more effective is to tell him bout it yourself. Share with him stuff that you learn and have read about. And when you guys hang out (ana assuming enti keluar dgn dia kot), be sure to not terlepas solat. Igtkan dia kalau dia x igtkan enti.. and u can always say jokingly with a smile (spy x mengundang perbalahan mulut) "uish, Allah is number 1, xleh miss solat. Nnt Allah murka, kamu nak tanggung ke?"

And another thing enti can do is to istikharah.. ask Allah to show enti if this guy is the one meant for enti by Allah. kalau lepas istikharah tu enti masih pilih dia, jadi enti harus berterus terang dgn dia bhw kalau dia x bisa berubah mendekatkan diri kepada Maha Pencipta, maka enti terpaksa meninggalkan dia. (even kalau dia x suka enti tinggalkan dia, yg enti harus jaga lebih ialah hubungan enti dgn Allah drpd hubungan enti dengan si dia (lagi2 hubungan enti dgn si dia blem lagi hubungan yang halal))

Moga enti dpt menggunakan sedikit nasihat ana yang juga merupakan hamba Allah yang lemah dan dhaif.

WAllahua'lam bis sawab.

aja aja hwaitin' ukhti ! sayang fillah! X

kalau nak tahu pasal cara istikharah paling ideal, boleh rujuk di sini iAllah:

http://nur-aqlili-liana-c.blogspot.com/2011/05/what-is-salat-istikharah.html

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang.

Jzkk anon, utk pandangn yg sgt baik dn bernas. ^^,

To Anonymous.

Pertama2 maaf saya mnjawab prtanyaan enti dlm keadaan kurg sihat. Maaf jika terdapat kekurangan. Saya cuba ya.

Mabruk ‘alaik krn enti antara yg dipilih olehNya untk bermujahadah bertudung labuh. Berjinak-jinak memakai tudung labuh means dat enti mmpunyai hati yg lunak utk mematuhi perintahNya. ^_^

So, truskan istiqamah.

Prtahankan apa yg enti pegang skarang. Jgn sesekali berubah, even suasana persekitaran brubah atau insan skeliling berubah. Kalau mmpu, kita yg msti mngubah/ mncorakkan suasana.

Berkenaan bf enti, maaf..saya tdk punya byk pngalaman ttg itu. Tp, sy sgt2 berstuju dgn pndapat cik anon kita, istikharah. Ya..istikharah. Krn apa, krn belum tntu si dia tercipta utk enti kn? Kdg2, kita nak aje berubah, tp ble tak dpt sokongan dr org yg kita syg, kita mula rasa down. Dan kmbali asal, sblum kte brubah. Krn apa? Krn kita hndak memuaskan hati org yg kita syg, hingga mngabaikan mtlamat kita utk berubah ke arah kbaikan. Benar kata anon, jika lepas istkharah, enti masih juga memilih si dia, maka enti harus utarakan pndirian enti, mahu dia sama-sama berubah. Enti harus brtegas.Jika masih enggan, tinggalkan dia. Perit, ya memang perit. Tp, salah seorang dr kalian harus kuat. Jgn kaget. Enti sudah berusaha menegur si dia, satu usaha yg baik. Tp ingat, yg menyentuh hati itu adalah hak Allah yg mutlak.

Di sini perlunya pengorbanan. Korbankan sesuatu yg kita kira berharga, demi mendapatkan sesuatu yg lebih berharga. Sllu lah berdialog dgnNya melalui solat dn munajat. Di persimpangan ini kita mohon hidayah, biarlah suluhan hati kita dan pertimbangan akal ini dipandu oleh Allah. Keputusan di tgn enti. Jgn sampai tersalah pilih. :)

Ingat, Allah tak akan mengubah nasib seseorang, jika dia sendiri yg tidak berusaha demi melakukan prubahan. Kuatkan semangat enti! Moga enti sntiasa brada dalam dakapan erat rahmat dan ksih sayangNya, serta kasih sayang org2 yg mencintaiNya. Chaiyo’2! Uhibbuki fillah! ^^,


Wallahu'alam.

Moga2 sdikit sbnyak dpt mmbantu ukhti. Tegur saya andai saya tersilap ya.. =D

Anonymous said...

saya mempunyai keinginan untuk berubah...
tapi masalah...sya adalah pengetahuan agama yg amat cetek...kadang2 nak berubah berfikir berkali...sye juga lemah dari segi bacaan al-quran...sye rasa malu andai sya bertudung labuh sdgkan pengetahuan agama dan bacaan al-quran ditahap yg rendah lagi...

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Tahniah ukhti, kerana Allah telah mencampakkan keinginan dari hati yang terdalam untuk ukhti berubah menjadi seorang yang solehah. Bersyukurlah kerana tidak semua orang diberikan rasa itu. Ukhti antara orang yang bertuah dan terplih oleh Allah. Allahuakhbar! ^^,

Ukhti, untuk berubah kita perlu melakukan perubahan. Ya.Ubah mindset kita. Kadang-kadang kita nak je berubah. Tapi syaitan membisikkan kata-kata jahat yang boleh menjatuhkan semangat dan kemahuan kita untuk berubah. “Aku takde pengetahuan agama, nanti kalau orang tanya aku macam-macam aku nak jawab apa?” “Bacaan Quran aku terabur, mahu tak kena sembur?”

No.No.No..Jangan fikir bgitu ukhti sayang.

Ya, saya sendirinya macam ukhti. Pengetahuan agama masih cetek. Hukum tajwid pun terkadang tak kena pada tempatnya.

Tapi, kita kena atasi ‘kelemahan’ itu ukhti.
Banyak cara, contohnya mendalami ilmu agama dengan mereka-mereka yang alim dan ahli dalam sesuatu bidang tersebut. Baca buku-buku agama. Bertalaqqi musyafahah (pertemuan secara berhadapan) dengan ustazah agar dapat membetulkan kesalahan disamping dapat meningkatkan tahap bacaan kita. Berkawan dengan mereka-mereka yang baik, cth sertai usrah. ^^,

Ingat ukhti,..Hidayah Allah itu mahal. Usah bertangguh untuk mengerjakan kebaikan. Bimbang sekiranya Allah menarik balik hidayahNya, kelak kita yang rugi. Na’uzubillahi min dzalik.
Moga ukhti sentiasa berada dalam jagaanNya. ^___^

syaqin said...

Assalam,
kalau saya nak minta pengalaman saudari sendiri boleh?
macam mana ye kalau kita balik kampung jumpa saudara mara,masih tutup aurat seperti di luar (pakai sarung lengan dan stokin) atau ada kelonggaran (kaki dan lengan boleh dedah)?

sebab kadang2 kan kita kena tolong2 kat dapur..

lagi satu, sebenarnya orang perempuan dan lelaki boleh ke bergaul untuk tujuan study?
(cth study di library..)

tq sudi menjawab..wassalam

insidewinme said...

Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.

Musafir said...

Kepada penCINTA tudung labuh, kalian boleh bermuamalah dgn ana insya'Allah untuk dapatkan TUDUNG LABUH ^_~

http://facebook.com/musafirshop

Anonymous said...

assalamualaikum..
mohon pendapat, actually sebelum nie saya seorang yang memakai tudung biasa.. tapi akhirnya membuat keputusan untuk memakai tudung labuh.. memang niat dihati sudah lama untuk memakainya disebabkan tidak yakin dgn diri maka saya abaikan atau melupakan niat tu.. Alhamdulillah akhirnya saya diberikan hidayahNya sekali lagi, saat itu saya sedar bahawasanya ALLAH mungkin ingin melihat saya memakai tudung labuh.. jadi membuat keputusan untuk memakainya kerana saya pernah membaca satu buku yang mnyatakan hidayah Allah itu mahal dan hanya orang terpilih yang mendapatnya.. sudah 4 bulan saya memakai tudung labuh nie.. alhamdulillah rase dekat dengan Allah, rase selamat. :) tapi saya tertanya, tak pe ke saya memulakan hijrah saya nie memakai tudung labuh bidang 60?? saya melihat jarang muslimah yg memulakan hijrahnya memakai terus tudung bidang 60.. biasenya mereka memakai bidang 50 55.. tapi saya terus memakai bidang 60.. kdg2, saya rase over kah saya?? cume mahu kan pendapat saudari.. apapun yang penting kerana ALLAH Taala.. :)

Anonymous said...

salam saudari,

selagi saudari boleh istiqamah dengan perubahan saudari, inshaAllah, keputusan saudari memakai bidang 60 tiada masalah.. xde masalah over ke ekstrem.. dan semuanya kerana Allah SWT.. du'a moga istiqamah demiNya.. inshaAllah.. mabruk dengan penghijrahan ke arah mendekati Allah SWT..=) sayang filah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...