Thursday, July 14, 2011 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Benar..Saya Rindu!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan kurniaan yang tiada putus-putus. Dengan nikmat udaranya, kita masih mampu bernafas. Dengan nikmat kesihatan, kita masih mampu bergerak bebas, menunaikan ibadah tanpa sebarang kekangan. Paling utama, kita masih diberi peluang untuk menghirup nikmat iman dan islam. Allah terus memberi dan memberi tanpa meminta balasan. Bukti Allah begitu kasih dan cinta akan hambaNya.


Alhamdulillah, diri masih diberi kekuatan untuk melakarkan sesuatu di kanvas ini. Fizikal saya sudah beransur pulih meski kadang-kadang ‘ Inche S’ datang menyerang. Cuma kali ini serangannya tidak seganas, sedrastik dan setragis dahulu. Kali ini lebih ‘sopan’ dan ‘beradab’ barangkali. Sedar tidak sedar, sudah hampir 3 bulan lebih ubat yang pelbagai itu menjadi sarapan dan makan malam saya.Senyum. Benarlah..Dia yang menimpakan sakit, Dia jua yang menyembuhkan. Kali terakhir berjumpa doktor, dia tersenyum mesra. Katanya, saya menunjukkan perubahan positif. Perkembangan yang baik. Ubat juga dikurangkan daripada 15 biji kepada 9 biji sehari. Alhamdulillah.


Meskipun begitu, hati ini masih sakit, belum pulih sepenuhnya. Berpisah dengan akhawat merupakan pengalaman yang sangat memeritkan. Kini hampir empat minggu saya bergelar pelajar ‘baru’ di institut ini. Jika anda bertanyakan saya, adakah saya gembira dengan perpisahan ini? Jawapan saya, sebagai ‘orang biasa’ adalah tidak! Tetapi saya cuba berlapang dada. Berpindah atas dasar masalah kesihatan. Benar, badan kita ada hak yang perlu dijaga. Berada dekat dengan rumah, mudah untuk mak dan ayah bergegas ke kampus in case ada kecemasan. Yelah, mood ‘Inche S’ ini tidak dapat diramal.


Bukak medan baru la dik…..


Bagaikan terngiang-ngiang kata-kata berupa ‘arahan’ daripada sang kakak. Sampai sekarang saya masih belum dapat menerima kenyataan bahawa diri ini sudah ‘tercampak’ jauh kembali ke negeri sendiri. Pada awalnya, sukar untuk saya menerima suratan ini. Berpisah jauh dari akhawat. Perit. Perit sekali.


Benar, seorang da’ie harus mempunyai persiapan yang mantap dan sentiasa bersedia ke mana sahaja dirinya ‘dicampakkan’.


Da’ie ni bukan muslim biasa. Mereka ialah orang yang meletakkan agama Allah di hadapan dan sentiasa bersiap-siaga untuk berada di mana tuhan mahu dia berada mengikut kepentingan dakwah. Diri dan harta, tak lain tak bukan hanya diwaqafkan untuk agama. Mereka tidak memiliki diri mereka lagi, kerana mereka telah berbaiah dan menjual diri mereka hanya kerana Allah.


Senyum dan cuba berlapang dada. Namun hati ini masih walah. Hari-hari pertama saya di sini, diri terasa seolah-olah terasing dan kehilangan. Lose. Benar, itu yang saya rasakan. Berpisah dalam keadaan tidak terjangka. Siapa sangka permohonan dan permintaan ( mak ayah) untuk saya bertukar ke institut baharu ini (dalam negeri sendiri) diluluskan dengan begitu cepat oleh pihak atasan. Urusan berjalan dengan begitu lancar, sedangkan semua maklum bukan mudah untuk bertukar ke institut lain. Daripada fail yang ditunjukkan pada saya oleh timbalan ketua jabatan, ramai yang memohon, tapi ada yang ditolak dan ada juga yang masih pending. Sebab itu saya seolah-olah acuh tak acuh perihal pertukaran ini, meski mak dan ayah sangat-sangat berharap saya berada dekat dengan mereka. Tapi, nasib menyebelahi saya mungkin, bilamana mendapat panggilan permohonan diterima.Besar kemungkinan mereka mengambil kira faktor ‘kronik’ itu lantas meluluskan tanpa banyak soal.


Percaya atau tidak, hari-hari pertama saya di sini, hanya bertemankan airmata. Bukan kerana dibuli. Bukan kerana tidak mampu berdikari. Tetapi hati ini sakit menanggung rindu. Rindu pada murabbiah. Rindu pada teman sehalaqah, satu katibah. Rindu pada adik-adik usrah. Rindu untuk berprogram. Sama-sama ke daurah, berjaulah… Rindu untuk berkongsi makanan sedulang, minum secawan. Rindu untuk tidur berjemaah beralaskan lantai, berbantalkan lengan. Rindu untuk sama-sama tertawa dalam bulatan gembira. Rindu untuk kembali menghisab diri dalam muhasabah cinta. Rindu untuk berusaha tidak menjadi punca titik hitam pada hadiqatul qulub. Rindu juga pada kawan-kawan sekelas yang banyak membantu ketika saya sakit.Rindu pada teman sebilik yang seorang itu, sanggup bersengkang mata menjaga saya ketika agak ‘tenat’. Rindu pada pensyarah-pensyarah JAPIM terutamanya yang sudah saya anggap sebagai umi dan abi.Argh..siapa yang bisa memahami apa yang saya rasakan ini? Sungguh, saya benar-benar tidak keruan.


Alaaaa…rilex suda.. Kan setiap pertemuan ada perpisahan..Pasti akan berjumpa yang lagi baik.


Bercakap memang mudah. Menanggung itu payah.


Maaf, perkongsian tidak ilmiah. Saya gagal mengawal emosi. Mungkin.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

11 comments:

Asma' Ku Ramli said...

assalam...
syira syg,w/pn awk jaoh d mata tp sntiasa d hati kami.kami sume rindukn syira..xpe dik,ad jodoh insyaallah kita akn jmpe dlm suasana yg indah...=)

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

asma' ku ramli

salamun 'alayk kak ma'..huhu..sedih tak usah cakap. terkilan sangat2 sebab tak sempat jumpa siapa-siapa. pergi tanpa sempat menitipkan pesan. insyaALLAH, moga dapat ketemu suatu hari nanti.. =)

-hafizah zakaria- said...

salam 'alaik..

knpe sdih2 ni.. xcomellah.. huk2. =_='
untk b'bicara soal rindu, serius, memg fizah sgt rindu! rindu nk crite ap yg b'lku, rindu nk gelak2 dgn syira, rindu nk tgk wjah chubby syira.. erk. huhu.

syira.. kuat k.. HE always with us. sayang kamu =)

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Hafizah Zakaria

fizah..sampai hati kata syira chubby.. T__T tak mo la rindu fizah.. ;p

bukan salah syira jd chubby, salah itu doktor bagi ubat banyak2..hehek..

fizah jaga diri..rindu kamu sahabatku.. sayang kamu lebih dari kamu sayang aku..

Izzati Hashim said...

Salam alaik.

Kamu kuat! InsyaAllah. (=

moga terus tabah untuk tetap melangkah,
moga terus kuat untuk melawan badai yang melanda,
moga terus sabar menanti hari esok.

Hidup adalah ujian, ujian itu ada tandanya Allah kasih pada kita. ('=

p/s : Saya pun Along juga (=

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Izzati Hashim

Salamun 'alayk..

Terima kasih ukhti.. :)

Hati seperti air sungai kan? Selalu membuat kita tenang melihat alirannya. Cantik pada pandangan mata, merdu didengar telinga. Namun, ada waktunya, air yang tenang itu bisa mengalir dengan deras. Bunyi yang gemersik boleh berubah menjadi gemuruh. Yang awalnya jernih, bertukar keruh.

Benar,ujian itu tandanya Allah kasih pada kita. Oleh, itu harus ada rasa bangga bagi sesiapa yang terpilih untuk di 'zoom in'olehNya.

*ukhti pun along juga? jom kita tubuhkan persatuan along-along sedunia yuukkkk! ^_~

Izzati Hashim said...

jom tubuhkan kelab itu! mulakan lah hehehe =P

Salam perkenalan (=

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Izzati Hashim

enti benar-benar seriyes? hik3..

salam perkenalan. salam ukhuwah disemai harum mewangi mahabbah. moga Allah redha.. :)

himmatulinsan said...

Siapa yang tidak rindukan sahabat yang selalu mengingatkan kita padaNya, walau bukan dalam unsur butir bicara lisan tapi kelakuan dan ketenangannya sudah cukup mencerminkan segalanya betapa dia memang hamba yang dipilih olehNya untuk mentarbiyah diri dan juga orang lain..mabruk alaiki ya ukhti..=)


*skrg xleh tgok puisidra lame2...T_T..

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Himmatulinsan

Sahabat..rindu kamu.

Usah mengangkat aku tinggi-tinggi..kerana aku bukanlah seperti yang kamu sangkakan. Bukan selalu aku tabah, banyak kali tewas menunggu rebah. Kita semua diuji. Cuma dalam bentuk yang berbeza. Moga kamu tabah di sana. :)

*ohh..puisidra..kenangan yang paling indah.usah bersedih..tataplah ia andai kau merinduiku.. :)

himmatulinsan said...

Benar mereka sma2 merindui..aku pun sama..bukan selalu aku tabah,banyak kali tewas menunggu rebah dan sesekali memag jatuh terjelopok..benar..insyaAllah..

*xsanggup dah nk tgok....kalo dlu dlm seminggu 3-4 kali tgok..skrg??...belum tentu dlm 3-4 minggu akan ditatap walau sekali....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...