Monday, October 3, 2011 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Menghidupkan Hati Yang Mati


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Agak sudah lama saya tidak meng’update’ laman ini. Bukan sengaja menyepi. Apatah lagi berjauh hati. Ada. Ya, saya masih ada di sini. Terlalu banyak yang ingin dikongsi. Tetapi, di saat jemari mula mengatur rentak tari, idea tiba-tiba membeku. Kaku.


Teringat hari itu, seorang ukht datang menziarah ke bilik. Lagak gaya macam baru selesai menamatkan larian satu pusingan kampus. Termengah-mengah.


“Wahai saudari perawan, dari mana datangnya kamu?”


Tergaru-garu kepala yang tidak gatal. Hairan sebenarnya mendapat kunjungan pada waktu sebegitu.


“Kiter baru balik dari daurah.” Tersenyum penuh makna.


“Iyyer..?” Terus bangkit dari pembaringan.


Bercampur baur. Antara terkejut, tidak percaya dan gembira kerana ‘dia’ telah membuat keputusan yang sebelum ini sering mengganggu hari-harinya.Dilema dalam memilih. (Anda yang berada di ‘lapangan’ ini pasti faham bukan? )


Alhamdulillah. Senyum.


****************


“Apa antum fikir, antum sudah cukup mulia? Cuba bagitahu ana, apa yang membuatkan antum berbeza dari mereka-mereka semua? Tunjuk pada ana, apa yang menjadi kayu ukur penilai antum di sisi Allah berbanding mereka di luar sana?”


“Analogi mudah. Antum dahulunya seorang pendosa. Antum bernasib baik, Allah telah memilih antum untuk berada di jalan ini. Antum hadiri usrah, daurah, katibah etc..Tiba-tiba antum bagaikan dilahirkan semula. Seolah-olah antum bidadari, mempunyai sayap terbang ke atas menuju ke langit. Tidak lagi terikat dengan tarikan bumi. Dalam membina individu muslim yang ideal, pengabdian antum tak dapat diragui. Suatu hari, antum diminta ke bumi. Menggerakkan hati-hati yang telah mati. Menyuburkan jiwa-jiwa yang telah lesu. Lantas antum menjadi ‘kami dengar dan kami taat’


Saat turun ke bumi, antum…


“Hei kamu si pendosa. Kamu berdosa. Kamu berdosa..!!” Sambil bercekak pinggang, jari telunjuk tajam menepati muka mad’u.


Ukht yang saya sayangi itu cuba mengajuk cakap naqibahnya.


Mungkin agak lucu pabila membayangkan kitalah bidadari itu, turun ke bumi berserta sayap. Namun bila menjejak bumi, kita mula bercekak pinggang buat muka garang (ok,sudah mula merapu). Namun, saya akui ada benarnya kata-kata itu.


“Saya nak je berubah Syira. Saya nak je join usrah under kampus tu. Tapi, kalau setiap kali saya pergi, asyik saya yang dijadikan bahan hamburan kata-kata sinis sebab couple, sebab tak tutup aurat dengan sempurna, awak fikir saya mampu ke tadah semua tu? Sakit Syira. Rasa terhina.Malu. Teramat malu.”


Nah, silapnya kita adalah pabila kita merasakan kitalah termulia berbanding mereka yang dianggap hina kononnya. (Istighfar). Lantas mudah menghukum dan membuat justifikasi hanya di ekor mata. Mata mula memandang si pendosa dengan pandangan nista jauh sekali dari pandangan rahmat dan belas. Benar, selemah-lemah iman adalah membenci di hati. Namun, kita harus sedar hati yang membenci mana mungkin mampu mencintai.


Silap juga kita kerana merasakan bahawa kita sudah cukup hebat dalam berdakwah, tetapi hakikatnya masih banyak kelompangan yang perlu diperbaiki dan memerlukan pengislahan yang tinggi. Ibarat cuba menunjuk jalan pada orang lain tetapi diri sendiri masih tercari jalan mana yang terbaik untuk dituruti.


Saya akui, saya pernah merasa sedemikian sewaktu mula-mula menerima tarbiyah. Perubahan secara drastik membuatkan saya turut ingin ‘mengubah’ keadaan secara drastik. Yelah, semangat tengah membara saat itu. Saya terlalu ingin dan ingin mengubah keluarga menjadi keluarga yang benar-benar islamik. Itu salah, ini salah. Bukan begitu, bukan begini. Tanpa saya sedar, cara saya itu telah banyak melukakan hati mak dan ayah. Adik-adik apatah lagi. Aduh. Pedihnya rasa hati pabila mengingati semua itu.


Silap lagi kita kerana mudah berputus asa pabila ajakan demi ajakan tidak mendapat sambutan si mad’u. Sebelum itu, tanyalah pada diri, adakah cara kita berdakwah sudah cukup bagus untuk kita berasa lemah apabila ajakan kita tidak mendapat sambutan? Adakah method dakwah yang kita gunakan sudah cantik untuk kita berasa tidak dihargai oleh mad'u di sekeliling kita?


Pabila sudah agak lama di dalam tarbiyah ini. (Lama ke..?) Barulah saya sedar bahawa Allah lah yang memegang hati-hati. Murabbiah saya selalu berpesan, antara hati-hati kita ini ada tembok yang memisahkan. Agar kedua tangan tetap menadah ke langit, pinta lah kepada Allah supaya dibukakan hati mereka menerima tarbiyah ini. Namun, bagaimana mahu disentuh hati-hati di luar sana pabila hati kita sendiri tidak terjaga? Dengan mutabaah amal yang tidak stabil. Hubungan dengan Allah yang kian jauh. Hubungan dengan manusia yang kian rapuh. Kita masih lagi mahu menyalahkan mereka kerana tidak mahu menerima ajakan kita? Kenapa tidak disalahkan diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain? Hati yang mati, mana mungkin mampu menghidupkan hati-hati yang lainnya. Dush!


Ibnul Qayyim mengatakan,


“Sesungguhnya di dalam hati terdapat satu sobekan yang tidak boleh dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah ‘Azza Wajalla.



Bagaimana mahu disentuh hati, jika tiada rahmat dan berkat daripada Allah? Apakah kita mengira bahawa hari ini kita minta,hari ini juga kita dapat? Rahmat dan berkat itu sesuatu yang tidak dapat dipandang dengan mata kasar. Durian, jika tidak kita dengar bunyi jatuhnya, kita masih mampu menghidu baunya. Kelapa, jika tidak kita hidu baunya, kita masih mampu mendengar bunyinya jatuh. Tapi, rahmat dan berkat?


Ya Allah, seolah-olah terlalu banyak persoalan dan masalah yang diberikan kepada kita. Kita selalu dan selalu mempersoalkan kenapa Allah tidak memakbulkan permintaan kita saat itu jua. Tanpa kita sedar, Allah mahu kita sentiasa menadah tangan, berdoa dan terus berdoa. Seolah-olah ampunan Allah yang tidak boleh diketahui, apakah kita sudah diampunkan ataupun tidak, agar kita sentiasa rajin mengadah ke langit.


Sedar ataupun tidak, semua berbalik pada kita. Jika mad’u tidak menerima ajakan kita, cuba kaji semula apa silapnya diri kita. Apakah pada ibadah kita yang tidak sempurna? Mutabaah amal yang kian terabai? Ataupun ikhtilat yang tidak terjaga?


Nasihat untuk kita dan saya khususnya, perbaiki lah diri dalam membaiki yang lainnya.


Blok ABAS, 11:53 p.m


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 comments:

anon said...

Jika kita mhu mlihat apa yg kita dakwahkn tkesan pd mad'u2 kita.... sebelum mlihat apa-apa yg lain, kita perlu mlihat dahulu kebersihan hati kita... adakah ia suci atau kotor dn penuh noda? krn keberkasan kata-kata, itu terletak pd sejauh mna bersihnya hati kita...

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Benar tu anon.

Semua bermula dari hati kita. Jika hati sendiri tidak bersih, bagaimana mahu dibersihkan hati yang lainnya kan? sesuatu perkara, jika dilontarkan dari mulut, sampainya hanya ke telinga, terbang dibawa angin lalu. tetapi, jika disampaikan melalui hati, insyaALLAH tempat tujunya juga pada hati-hati.kerana itu, pentingnya menjaga hati.

asiah wahid said...

assalamualaikum, syira~...

nice entry..i like~..

teringat kata-kata Sayyidina Umar~
"Islah dirimu dan berdakwahlah kepada yang lain..".. bersamalah menjadi orang yang soleh lagi menyolehkan~...musleh~..ameen~

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

wa'alaikumussalam ukhti asiah..

cmane ley jmpe blog kiter nih? =.=' ngee~

yuukkk! jom jd solehah wa muslehah.. ^__^

NorFarahin@aien said...

salam alaiki....
btul kter ukhti dat kter slalu n slalu mpersoalkn Allah tidak mndgr permintaan kter...
sdgkan hakikat yg terselindung ..ALLAH..saja maha mengerti..kn..
hidup kter ni bagaikn 1 medan perjuangan…setiap hari dan setiap detik pasti akan diuji sama ada dengan kesenangan atau dengan kesusahan dan ujian....
smew2 muhasabah dri ...

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Salamun 'alayki..

Benar ukhti. Hidup merupakan medan perjuangan. Perjuangan untuk membuat pilihan. Terus bersangka baik pada Allah atau berputus asa dari rahmatNya. Kita pilih.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...