Thursday, June 3, 2010 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Warkah Bisu Murabbiah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..selawat dan salam ke atas Rasul junjungan kita Muhammad SAW..kepada para sahabat, sahabiah, tabi’ tabiin, para syuhada dan seterusnya seluruh umat Islam yang masih tegar di jalan perjuangan ini…

Salam kemaafan pembuka coretan, salam rindu di angin lalu dan salam sayang istimewa buat adikku yang amat dikasihi kerana Allah..dengan linangan airmata ku coretkan kalimah-kalimah bisu di dalam warkah sepi ini..dengan harapan yang sangat tinggi agar kau membaca dan memahaminya dengan hati yang ikhlas keran Allah semata..semoga luahan ini menyentuh dan menusuk ke dalam hatimu dengan izin Allah..

Salam ukhuwwah kepada jundi-jundi Islam yang senantiasa menyejukkan hatiku dengan semangat kalian, yang aku senang dengan gelak tawa kalian, yang menyebabkan aku lagi bertambah semangat berjalan di dalam dakwah ini. Tidak dapat kugambarkan betapa gembiranya hati ini melihat wajah-wajah semangat kalian yang menyebabkan rasa kasih dan sayangku pada kalian semakin menebal..Subhanallah, KAU Ya Allah yang telah mencampakkan perasaan ini ke dalam hatiku dan hanya KAU yang Maha Tahu dan faham perasaanku ini….

Sungguh, kalian dibina dengan kesungguhan dan kepayahan..Alhamdulillah, dengan izin Allah akhirnya semuanya sedikit demi sedikit memahami apa itu Islam dan bagaimana cara membela Islam. Kini nyawa Islam sudah berada di tangan kalian, kiranya antunna lah yang menentukan nasib untung rugi masa depan Islam. Jika tidak siapa lagi? Adakah mereka yang leka dengan pesona dunia? Adakah mereka yang leka dengan hiburan dan keseronokan alam remaja sekarang? Ataupun adakah mereka yang merasa puas dengan hidup mereka bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran?

Masa depan Islam terletak di genggammu. Jika kau menggadainya, maka tergadailah Islam. Jika kau menjual dunia,maka terbelilah akhirat yang bahagia..hanya ada dua pilihan saja yang antunna miliki, sama ada antunna berpegang teguh dengan tali Allah ini ataupun kalian akan terus tersasar dari mimpi indah melihat dunia baru Islam tertegak di muka bumi Allah ini.
Apapun, Alhamdulillah..malahan akulah yang sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana telah mentakdirkan aku menemui kalian..kerana apa? Kerana Islam itu perlukan kesinambungan. Itu yang ditekankan dalam buku Qadhaya Asasi ‘ala Thariq Ad-Dakwah oleh Mustafa As-Masyhur. Bahkan beliau mengatakan bahawa adalah menjadi kekalahan bagi haraqah yang tidak mampu menyediakan kesinambungan perjuangan mereka..dan ternyata, DIA sungguh kasih pada apa yang aku bawa..DIA yang menemukan aku dengan kalian, DIA juga telah bersihkan dari sebahagian yang lain dari kawan-kawan antunna yang sebahgiannya mencintai jahiliyyah, dan sebahgian yang lain pula hanya berada sekejap di dalam jalan yang mulia ini..wahh..sungguh hebat pemilihan Allah ini..segala puji bagi-Nya yang mengizinkan aku menatap wajah-wajah kalian dalam usrah2,halaqah2, daurah2, walau mungkin dihambat kesibukan, kepayahan, dan seribu macam halangan….

Dalam menjadikan antunna sampai sekarang ini, adakah ia proses yang mudah? Adakah dengan sekelip mata? Antunna lebih tahu betapa berkerutnya kening kami memikirkan kalian. Allah jadi saksi betapa resah hati kami dalam memastikan kalian akan sabar dalam tenggelam timbul perjalanan dakwah ini. Betapa kami tahu dakwah ini dibawa nabi pendahulu sebelum ini, telah berjaya mengungkapkan dan merakam orang yang berjaya mencapai redha-Nya, tapi bisakah kami menelan air liur ini untuk menerangkan bahawa jalan ini amat susah rintangannya pada kalian? Sungguh, pasti terhiris hati jika melihat satu demi satu pendukung jalan dakwah ini rebah tanda kalah. Kalah pada jahiliyyah, kalah pada hawwa’, kalah pada dunia….

Dalam gelak ketawa sewaktu halaqah kita, aku tidak menafikan yang aku tercari-cari sinar keikhlasan dari riak wajah kalian..adakah mampu mengharunginya.. apakah akan kutemui kembali wajah ini setelah masa dan jarak memisahkan kita kelak? Kepada Allah lah kuserah jawapannya..Walaupun sungguh, jauh di sudut hatiku ingin melihat kalian dan terus bersama kalian di jalan yang penuh onak dan duri yang juga pernah dilalui oleh Rasulullah sendiri.. tapi, andai aku yang menjadi orang yang ditapis oleh Allah, nauzubillah..tidak dapat aku gambarkan bagaimanakah keadaanku andai aku tidak berada di jalan ini nanti..Ya Allah jangan pernah KAU bolak balikkan hatiku setelah KAU sinarkan cahaya hidayah ini.. peliharalah juga anak-anak halaqah kesayanganku ini..Jangan pernah KAU lepaskan atau tinggalkan kami Ya Allah..

Tahukah seusai solat malam, aku selalu mendoakan kalian, mendoakan kesejahteraan kalian, mendoakan dakwah kita yang kita jaga tidak rosak, dan mendoakan akan ramai lagi orang-orang yang dibukakan hati untuk menerima hidayah melalui tangan-tangan kalian..tidak jemu-jemu sampai suatu hari nanti Allah akan mengabulkan doa kita..

Ya Allah, yang menjaga hati mutarabbi-mutarabbi ku..
Janganlah KAU bolak balikkan hati mereka sampai aku tidak mampu untuk membetulkannya kembali,
Jangan Engkau bagi cubaan yang mereka tidak mampu menanggungnya,
Berilah mereka kemudahan sehinggakan mereka sabar dalam meniti jalan dakwah ini,
Berikanlah mereka kesungguhan dan nikmat dalam mengharungi perjalanan ini..
Berikan mereka kekuatan untuk benar-benar menyimpul rapi Islam di dalam hati..
Tuhan, tolonglah kami…
Aku serahkan nasib mereka kepadamu, kerana Engkau lebih mengetahui mana yang lebih baik bagi merek,
Dan matikanlah kami sebagai syuhada’ di jalan-Mu…Amiinn..


(dedikasi kepada anak halaqahku, yang aku akan jaga sepenuh hati, yang aku rindu saat tidak berjumpa, yang aku gembira saat mereka bersama, dan mengharapkan ada sesuatu yang boleh mereka persembahkan yang bisa menambah saham kebaikanku di saat padang mahsyar kelak)
Ikhlas dari,
Murabbiahmu….
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

~Al-Fath~ said...

ukhtiku syg,
menangis keesakan tikaku membaca warkahmu...
sungguh ukhti,
diriku amat menyayangi dan merindui dirimu...
rindu dengan halaqah cinta kita,
rindu dengan bait-bait azimat darimu,
ana rindu semua itu..
Adakah kita dapat bersama kembali dalam halaqah cinta kita..??
Jawapannya ada di tangan ALLAH...
ukhtiku syg,
doakan kami terus thabat dlm perjuangan ini..
moga kehilangan ukhti dan ukhti maryam di sisi kami...
menguatkan lagi keakraban ukhwah antara kami..
Memuncak kerinduan bersama ukhti..
kami syg ukhti fillah!!!
Doakan kami di sini ukhti, meneruskan perjuangan para anbia'...

With love,
mutarabbi ukhti...

~Al-Fath~ said...

ukhtiku syg,
menangis keesakan tatkala menatap warkah ini darimu...
jujur ku katakan,
ku amat menyayangi dan merindui dirimu...
Rindu dengan halaqah cinta kita,
Rindu dengan kata-kata azimat darimu..
Adakah kita berpeluang untuk ketemu lagi ukhti..?
Jawapannya hanya ada dalam genggaman ALLAH..
ukhtiku syg,
kini, kita semakin jauh dr pandangan mata,
kehilangan ukhti dan ukhti maryam dari halaqah cinta setiap minggu..
Memang amat meruntun jiwa..
namun, ku pasti akan ada hikmah yg tersembunyi...
ukhti,
doakan kami trus thabat dlm perjuangan ini..
moga kte dpt ketemu semula dalam halaqah cinta di syurga kelak.. insyaALLAH..

with love,
murabbiahmu..

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Sayangku..berlapang dada lah dalam menerima kehendakNya. kita mungkin terpisah jasad, namun tautan hati yang dibina keranaNya ini akan sentiasa mekar berkembang subur, seizinNya. benar, berat hati ini tatkala terpaksa 'melepaskan' antunna. namun, kita kena ingat..bahawa seorang da'ie, dia akan sentiasa bersedia walau 'dicampak' kemana. cubalah untuk berlapang dada dan terus berlapang dada. terimalah dengan redha. ana sendiri sedang cuba untuk adapt dgn situasi ini. ingat, kita berada di jalan ini bukan kerana murabbiah, sebaliknya kerana Allah. so my dearie..feel free. free of any and everything. bebaskan segala kebergantungan duniawi! moga terus tsabat sayangku..

~Al-Fath~ said...

insyaALLAH ukhti..
luv u fillah...
ALLAH always be with u...
^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...