Tuesday, July 27, 2010 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

.::Rahsia Solat Seorang Abid::.


Suatu hari, Isam bin Yusuf menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya: “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?” Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk secara zahir dan dan batin.” Isam bertanya: “Bagaimana wudhuk secara zahir dan batin itu?” Hatim berkata: “Wudhuk secara zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh hati dari tujuh perkara:


  • Bertaubat

  • Menyesali dosa yang telah dilakukan

  • Tidak tergila-gilakan dunia

  • Tidak mengharapkan pujian orang

  • Tinggalkan sifat riak

  • Tinggalkan sifat khianat dan menipu

  • Meninggalkan sifat dengki

“Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan seolah-olah aku sedang berhadapan dengan Allah, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula seolah-olah berdiri di atas titian sirat dan menganggap bahawa solatku ini adalah solat terakhir bagiku. Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.” Hatim menyambung lagi: “Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Wallahu’alam..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...