Tuesday, August 31, 2010 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

::Gencar Amal Akhir Ramadhan::


Semarakkan ibadah pada 10 malam akhir Ramadhan

  • Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah

  • Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut

  • Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada A’isyah r.a yang maksudnya: “Adalah Rasulullah S.A.W, apabila tiba sepuluh terakhir (Ramadhan) beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri). (Riwayat Bukhari dan Muslim).

  • Mandi antara Maghrib dan Isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.

  • Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.”
    Melakukan iktikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: “ Biasanya Nabi S.A.W beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan."

  • Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.

  • Memperbanyakkan sedekah.

Tanda-tanda Lailatul Qadar
Diterangkan dalam sebuah hadith, antara tanda-tandanya ialah:

  • Udara pada malam itu amat nyaman, tiada panas dan tidak terlalu sejuk.

  • Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.

  • Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang benderang.

Hikmah disembunyikan Lailatul Qadar


  • Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.

  • Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

  • Memperbanyakkan doa untuk memperolehinya.

>>Sesungguhnya, puasa adalah ibadah seorang hamba khusus untuk Tuhannya sehingga menjadi rahsia antara hamba dan penciptanya. Makhluk lain tidak mengetahuinya melainkan Allah Taala semata-mata. Niat yang tersembunyi hanya Allah sahaja mengetahuinya. Oleh itu, dapatkah seseorang itu mengetahui di kalangan mereka yang berjaya menempuh ujian Ramadhan dan bakal mendapat hadiah daripada Allah S.W.T? Tiada siapa yang dapat mengetahuinya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui siapa yang berjaya dan siapa yang gagal. Oleh itu, marilah kita sama-sama gencarkan 10 malam terakhir Ramadhan dengan beribadat sepenuh pengharapan kepadaNya agar kita terpilih untuk menjadi tetamu malam seribu bulan.<<

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...