Tuesday, October 5, 2010 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Kisah Karpet dan Penyapu Lidi~Momentum Dakwah~

“Korang tahu tak sepatutnya kita kena tukar ke kampus kat Bangi semester depan?”, pertanyaan berupa pernyataan itu menarik perhatian semua guru pelatih Pengajian Agama.

“Biar betul Khai??”, Jue bertanya kurang yakin.

“Betul..tadi aku ada jumpa Ketua Jabatan,dia yang cakap camtu..aku sampaikan je..”, Khairul mengesahkan.

Berbagai-bagai reaksi terzahir dari riak wajah bakal-bakal ustaz dan ustazah kelas itu. Ada yang gembira teruja, tidak kurang juga yang mengeluh,menarik muka tak mahu.

“Ala..x bez la..”

“Beznye…! Kawan saya ada belajar kat situ!”

“Duk jela kat sini..asal nak kena pindah-pindah lak?”

“Kampus kat sana kan kebanyakannya opsyen agama. Baru dapat ‘feel’ suasana Islam tu..”

“Main pindah-pindah pulak..leceh la..”

Suara-suara itu menarik perhatian Iman untuk turut sama mendengar. Dia tidak mahu masuk campur. Mendengar dan terus mendengar. Mengangguk bila dirasakan betul.

“Hey korang..ileks2..jangan gelabah,jangan melatah..cool je kay? Ehem2..”, Khairul ‘mengejas’ kotak suara.

“Korang ni..aku x abis cakap lg dah nak menyampuk..da macam kena sampuk pun ada ni ha..nanti dulu..dengar aku cerita.”

Semua senyap. Memberi tumpuan kepada yang bercakap di hadapan.

“Bagus cikgu2 semua..heheeh..ok, memang betul opsyen kita sepatutnya dipindahkan ke
IPIS,Bangi naik sem depan. Tapi…..”, Khairul sengaja menguji kesabaran setiap yang mendengar.

“Tapi apa..??”, Syakir bertanya agak kurang sabar.

Khairul mengekek menahan tawa. Lucu benar melihat riak-riak wajah classmatesnya yang beria-ria hendak tahu.

“Ok2..i’m sorryyyyy..”, Khairul meminta ampun gaya Amir Raja Lawak.

“Korang xyah nak risau2 arr..Ketua Jabatan da settlekan isu negara pawana maya panglima enam tujuh ini. Hehehehe..kita semua x jadi pindah..amacam??bez x..??” ,Khairul bertanya nakal sambil mengangkat kening.

“Horraayyyy…!”

Serta merta suasana bertukar hingar bingar. Ada yang bertepuk tangan. Tak kurang juga yang menjerit keriangan. Lupa sebentar pada batas-batas yang perlu dipelihara.

*********
“Enti..apa yang enti rasa sekarang? Enti kecewakah?”, tanya Iman kepada teman sefikrahnya, Yusra.

Yusra hanya mampu tersenyum lemah.
“Entah la enti..secara jujur,ana agak terkilan.”
“Kenapa pula ukhti?”, Iman bertanya, walaupun dia sememangnya dapat mengagak apa yang bermain di hati gadis itu.
“Yelah..IPIS kan kampus induk untuk Pengajian Agama.Kat sana guru pelatih Pengajian Agama ramai. Mesti kita dapat merasai bagaimana suasana ‘Islam’ kat sana. Enti x pernah ke bercita-cita untuk ditukar ke sana. Mesti bez kan. Tapi..hmmm…”, Yusra seakan-akan mengeluh.
“Em..jujur ana cakap eh..ana pernah rasa sepertimana yang enti rasakan sekarang ini. Tapi..”, Ligat minda Iman ‘bekerja’ memproses data untuk dicantum-cantumkan agar tidak mengguris perasaan teman katibahnya itu.
“Tapi kenapa enti..? teruskan..ana sedia mendengar..”, Yusra meminta penuh pengharapan.
Iman masih teragak-agak.
“Em..jujur eh..sekarang ni, ana dah tak kisah kita ‘dicampak’ ke mana pun”, Terasa perit anak tekaknya. Sesekali mencuri pandang reaksi dari gadis cantik di hadapannya itu. Bimbang dicalari hati lembut milik gadis itu hanya disebabkan kali ini mereka berbeza pandangan.
Ternyata Yusra, tidak melatah..masih mampu bertenang
“Ana faham apa yang enti cuba sampaikan. Tapi, alangkah indahnya kalau kita dapat bersama-sama merasai suasana ‘Islam’ di sana. Dapat berkongsi-kongsi ilmu dengan bakal ustazah kat sana. Indahnya…”, Yusra cuba membayangkan.
Iman beristighfar di dalam hati.
“Enti kecewa?”, dia bertanya.
“Sejujur-jujurnya, ana agak kecewa. Tapi..ana dah boleh terima. Mungkin ini yang terbaik untuk kita kan ukht?”
Iman mengangguk-angguk. Ditepuk perlahan bahu temannya itu. Masing-masing tersenyum.
“Tapi..kenapa enti macam x kisah langsung ek?” Yusra bertanya.
“Em..cmne ana nak jelaskan ek?”, Minda Iman mencerna kalimah yang sesuai untuk dilontarkan.
“Ok..memang pada awalnya ana agak x selesa berada di persekitaran ini. Enti sendiri dapat lihat kan berapa kerat je bilangan ‘ustazah’ kat sini. Batch kita pun, hanya satu kelas je Pengajian Agama. First-first ana masuk sini dlu,ana ingatkan dapat la rasa suasana tu. Tapi meleset. Kat sini memang la tak berapa sosial. Tapi..macam yang enti katakan, ana nak rasa macam mana dikelilingi mereka yang sefikrah dengan kita. Hampir juga ana putus asa melihat usaha kita bagaikan tiada hasil bilamana masih ramai yang terjebak dengan ‘couplelisme’, leka dengan hiburan, tak jaga batas-batas berlainan jantina..macam-macam lagi lah..tapi ingat tak naqibah kita selalu pesan, Allah tak lihat hasil..tapi Allah lihat sejauh mana usaha kita kerana hasilnya Dia yang bagi kan?memang la suasana dakwah kita ni jauh berbeza dengan suasana yang dialami oleh Rasul dan para sahabat suatu ketika dahulu..tapi, sekurang-kurangnya kita ada juga ‘bukti usaha’ untuk dibentangkan di hadapanNya kelak daripada x buat apa-apa,baik sendiri-sendiri je..tak ajak orang lain untuk sama melakukan kebaikan, sama-sama sedar akan taklifan sebagai individu muslim itu sendiri..”
Yusra setia mendengar.
“Tapi kan..setelah agak lama berteduh di bawah pohon tarbiyah ni membuatkan ana tersedar. Cuba kita lihat dari konteks dakwah.Sebagai da’ie, kita xley menghukum keadaan..kita juga xley judge jasad-jasad yang berada di sekeliling kita hanya kerana mata hati mereka masih disaluti karat-karat jahiliyah..mengamalkan cara hidup yang ‘kelabu’ sehingga dah tak nampak mana satu putih, mana satu hitam..tak dapat bezakan mana halal,mana haram. ‘Kejam’ lah kita kalau hanya memikirkan kepentingan diri, lalu mereka yang ‘x berapa faham’ agama ini disisih dan ditolak tepikan..kita seolah-olah nak lari dari masalah..nak lepaskan tanggungjawab..sedangkan, karat-karat jahiliyah ni amek masa untuk dikikiskan. Memang digalakkan kita untuk berhijrah dalam menuntut ilmu. Tapi enti tak rasa ke yang Allah ‘letak’ kita kat sini, ada sebabnya. Mungkin Allah pilih kita untuk tolong mereka. Kalau bukan kita,siapa lagi kan..? Alhamdulillah, kita diberi peluang lebih awal daripada mereka untuk gapai hidayah Allah ini. Cuba bayangkan kita masih dibelenggu jahiliyah, masih disajikan ghuzwah fikr ni, dan takde sape pun yang ‘menarik’ kita keluar dari kepompong jahiliyah ini, enti rasa kita akan jadi macam sekarang ke..?”
Iman menarik nafas.
“Enti..da’ie ni bukan muslim biasa. Mereka ialah orang yang meletakkan agama Allah di hadapan
dan sentiasa bersiap-siaga untuk berada di mana tuhan mahu dia berada mengikut kepentingan dakwah. Diri dan harta, tak lain x bukan hanya diwaqafkan untuk agama. Mereka tidak memiliki diri mereka lagi, kerana mereka telah berbaiah dan menjual diri mereka hanya kerana Allah. Nak tegakkan kembali hak syahadatain ini bukan sekadar di bibir sahaja. Kerana, Islam bukan hanya sekadar nama. Tapi, pada pelaksanaan. Dan dakwah itu sendiri, bukan pilihan..tetapi adalah TANGGUNGJAWAB setiap muslim. Lebih-lebih lagi kita yang diberi kesedaran agama ini. Siapa lagi yang nak sedarkan mereka kalau bukan kita?”
Iman berhenti sejenak.
“Enti, cuba lihat karpet yang kita tengah duduk ni. Berdebu kan?”
Yusra mengangguk. Baru sedar karpet itu berdebu.
Iman menepuk-nepuk karpet. Berterbangan habuk dan debu-debu.
Yusra tebatuk kecil. Begitu juga Iman. Masing-masing tertawa.
“Em..karpet ni..boleh kita analogikan sebagai sekeping hati.”Iman bijak memudahkan lagi ‘perbincangan’ mereka.
“Ok,kita andaikan karpet ni hati..agak2 macam mana nak bersihkannya ek?”, sengaja Iman mengumpan Yusra.
“Guna penyapu lidi la..nenek ana selalu buat..hehehe...”, Yusra menjawab.
Iman tergelak kecil. Cara ‘klasik’ yang digunakan orang dahulu banyak ‘nasihat’ yang boleh diambil rupanya.
“Ha..guna penyapu lidi..begitu hati manusia..tiada siapa yang benar-benar bersih hatinya. Kalau tak banyak, pasti akan terpalit sedikit kekotoran di hatinya bukan? Sama macam karpet ni.Nak bersihkannya, kita gunakan lidi kan? Cuba kita ambil sebatang je lidi. Sapu punye sapu, susah betul debu-debu tu nak hilang kan? Lambat pulak tuh. Silap haribulan, ley patah lidi yang sebatang tuh. Tapi, cuba kita sapu guna segenggam penyapu lidi. Senang je kan? Sekejap je debu-debu tu hilang.”
“Sama macam manusia. Semua manusia, fitrahnya sukakan kebaikan dan nak menuju kearah kebaikan. Cuma ada yang tak tahu caranya sahaja. Enti boleh bayangkan tak.. ada seorang ni nak berubah. Tapi, dia tak tahu nak cari siapa untuk bimbing dia. Dia lalui hari-harinya sendirian. Besar kemungkinan, jika dia silap membuat percaturan, dia akan ‘tersungkur’ sebelum sempat hatinya itu ‘dibersihkan’. Sebab itu, kita ni lah yang kena tolong dia untuk membersihkan hatinya tu.Maksud ana, kembalikan dia pada fitrah insani..fitrah seorang hamba.. Orang macam kita ni lah yang kena bagi semangat untuk mereka meraih cinta Ilahi. Macam mana agaknya kalau xde orang yang nak bantu mereka..”

Mata Yusra berkaca-kaca. Bagaikan terpukul dengan bicara sahabatnya itu. Terasa berdosa kerana sekelip mata dia bagaikan terlupa akan tanggungjawab untuk ‘menyubur’ dan ‘memBUMIkan’ kembali Islam di kampus ini.
“Ya Allah..betapa tanpa sedar ana sedang mengutamakan kepentingan diri..”, mutiara yang bertakung itu akhirnya berlari deras di pipinya.
Iman mengusap-usap bahu gadis itu. Terasa bersalah. Adakah dia agak ‘straight’ kali ni tanpa menghiraukan perasaan sahabatnya itu?
“Maafkan ana sayang..ana tak bermaksud..err..err..”, tersekat-sekat Iman cuba memohon pengertian.Dipeluk erat teman halaqahnya itu.
“Tak..enti tak salah..sebaliknya ana patut berterima kasih kerana enti telah menyedarkan ana”, Yusra mengesat mutiara jernih itu dengan belakang tapak tangannya sambil tersenyum seikhlas mungkin.
**********

Teeetttt..
Henset Yusra bergetar menandakan ada mesej menyapa inboxnya.
“Iman..”, hatinya berdesis. Tersenyum.
Open.
“Aku mampu membayangkan al-mujahid itu sebagai seorang yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila diseru dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah diletak atau dituntut ke atasnya. Dia berjihad di jalannya. Kamu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya.Segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya.”
-IMAM HASSAN AL BANNA-
Tanpa sedar, air mata kembali membasahi wajahnya. “Ya Allah..ampuni aku..”


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...