Tuesday, October 19, 2010 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Ibu Jangan Buang Kami...!!!



Bermula dari mata
Berpegangan tangan
Tewas dengan nafsu
Adegan mual tanpa segan
Tanpa silu
Tanpa malu
Ditayang depan khalayak

Berpeluk,bercumbu..
Terkhayal dengan pujukan
Terbuai dalam bicara
Terlena oleh bisikan
Sehingga lahirnya zuriat yang bukan pilihan
Benih yang kau panggil anak haram itu
Siapa puncanya?


Buntu tiada jalan penyelesaian
Kemudian dicampak bersepah-sepah
Tangan pertama yang menyambut
Kau humban ia ibarat sampah
Masih berdarah,masih bertali pusat
Kau buang tanpa belas
Apa kau kira nyawanya tiada nilai?








Dihurung semut
Apa kau peduli?
Dipatuk gagak
Di mana ihsan insani?





Bayi itu merengek..
Minta dikasihani
Ibu..ibu..adik takut..
Adik sakit,semut ni gigit adik
Gagak hitam ni..gagak ni patuk adik..!
Adik sakit..pedih sangat bu…
Ibu..
Ibu nak kemana tu?
Jangan tinggal adik..adik nak ikut..
Ibu…!!!


Dengar?
Kau dengar tangisannya?
Namun..seketika cuma.
Saat kau berpaling
Bayimu sudah tiada

Kemana?
Terkulai..digonggong anjing.
Menjadi santapan mewah bersama kerabatnya yang lain.
Tempat bergantung harap
Kini menjadi pembunuh yang mengerikan!
Siapa yang salah??

Jika bukan kau dan si durjana itu!
Melampias nafsu syahwat
Tanpa mengambil kira ada yang jijik memerhati.
Maruah,harga diri dilelong
Kemana hilangnya malumu?


Kupejam rapat mata ini
Kesakitan mencengkam jiwa
Bagaikan menyiat-nyiat
Tumpah airmata tak terbendung
Parah..remaja kita semakin parah
Kembalilah dikau pada fitrah
Hakikat sebenar seorang insan.
Pengabdian sebenar seorang hamba.







“Katakanlah (Muhammad), “Marilah aku bacakan apa yang diharamkan Tuhan kepadamu. Jangan mempersekutukanNya dengan apa pun, berbuat baik kepada ibu bapa, janganlah membunuh anak-anakmu kerana miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji, baik yang terlihat ataupun yang tersembunyi, janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu mengerti.


( Surah Al-An’am,ayat 151)



Nota: Cinta semuanya indah saat berbunga, semuanya baik saat sayang, semuanya manis saat bersama,semuanya lupa saat itu adalah ujian!



Parit Amal, 19/10/10
9.16 pm
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...