Wednesday, November 3, 2010 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Kekasih Allah Pengsan Lantaran Dahsyatnya Seksaan Neraka

Salam satu aqidah, disemai subur mewangi harumnya mahabbah. Apa khabar iman di dada? moga kekal segar disirami zikrullah. Salam imtihan kepada seluruh warga IPG..Alhamdulillah,selesai sudah 2 paper yang agak killer..whoaa! Namun,diri masih terikat dengan 2 lagi paper Pengajian Agama minggu hadapan sebelum diri berangkat pulang ke kampung halaman.Tidak sabar rasanya..^_^

Hmm..agak lama empunya blog tak meng'upadate teratak maya ini. Cemburu bila melihat sahabat-sahabat masih rancak 'menambah-hiaskan' laman sesawang ini dengan pelbagai pengisian terbaru. Bersalah pula rasanya meninggalkan teratak kesayangan ini lama-lama. Minggu ini diri ni asyik touching je..huhuh..hampir setiap masa bertemankan 'Satu Amanah' dan 'Binnabil Huda'..banyak kali tangkap leleh ngan roommate..waaaa! Orang kata, luahkan..jika tidak ia akan meracun.Lontarkan..walau hanya pada awan-awan..Tapi,along selesa begini.Bukan enggan berkongsi.Tapi..biarlah perkara ini antara along dan Dia. Along lebih selesa meluahkan padaNya..rasa diri lebih tenang. Letih..Sedih..Serasa ingin pulang ke pangkuan bonda saja. Tapi banyak lagi hati-hati di sini yang perlu dituntun agar tak tersungkur rebah ke bumi dalam keadaan yang tak diingini. Ok lah..sedikit perkongsian untuk kali ini. Moga setiap dari kita mendapat manfaat dan ibrah darinya..




**************


Pada suatu ketika malaikat Jibril a.s datang menemui Rasulullah S.A.W. Kedatangan Jibril a.s yang bukan pada waktu kebiasaannya ditambah pula dengan wajahnya yang berubah, menyebabkan Rasulullah S.A.W berasa hairan dan bertanya, “Mengapa wajahmu berubah pada kali ini?”
“Ya Rasulullah. Aku datang kepadamu ketika Allah menyuruh supaya ditiupkan nyalaan api neraka. Aku ingin memberitahu bahawa seksaan api neraka itu adalah benar dan seksaan kubur itu juga benar,” kata Jibril a.s.

“Kalau begitu wahai Jibril, beritahu kepadaku apakah sifat Jahanam?” Rasulullah bertanya.

“Ya Rasulullah, ketika Allah menjadikan neraka Jahanam, dinyalakan api seribu tahun sehingga api itu merah kemudian dilanjutkan lagi sehingga api itu menjadi putih. Kemudian dilanjutkan lagi seribu tahun sehingga hitam dan gelap di mana nyalaan api dan baranya tidak pernah padam. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, jika terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan membakar seluruh penduduk dunia kerana panasnya,” balas Jibril a.s.

Sambung Jibril a.s lagi, “Seandainya satu baju ahli neraka digantung di antara langit dan bumi. Nescaya akan mati penduduk dunia akibat panasnya. Seandainya satu pergelangan daripada rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, sudah pasti akan cair dan meleleh ke bawah sehingga ke bumi yang ketujuh.”

“Di dalam neraka Jahanam itu perhiasannya terdiri daripada besi dan minumannya air panas bercampur nanah dan pakaiannya daripada potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, setiap pintu ada bahagiannya daripada lelaki dan perempuan,” jelas Jibril.

“Adakah pintu-pintu sama seperti yang terdapat di dalam rumah-rumah kami?” Rasulullah S.A.W bertanya lagi.

“Tidak. Tetapi pintu itu selalu terbuka. Dari satu pintu ke satu pintu jarak perjalanannya selama 70,000 tahun dan setiap pintu lebih panas kira-kira 70 kali ganda.”

“Siapakah penduduk yang berada pada setiap pintu itu?”

“Pintu yang terbawah untuk orang munafik dan orang yang kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa serta keluarga Firaun manakala pintu kedua pula tempat golongan musyrikin, pintu ketiga tempat orang sobi’in bernama Saqar, pintu keempat tempat iblis dan kaumnya daripada kaum Majusi bernama Ladh, pintu kelima tempat orang Yahudi bernama Hutomah, tempat keenam tempat orang Nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibril terdiam seketika seolah-olah segan hendak memberitahu sehingga Rasulullah S.A.W bertanya, “Siapa pula yang berada di pintu ketujuh?”

“Di dalamnya adalah tempat orang yang berdosa besar dan umatmu yang sampai mati tidak mahu bertaubat.”

Mendengar jawapan itu Rasulullah S.A.W pengsan kerana terlalu takut dan ngeri, kemudian Jibril meletakkan kepala baginda di pangkuannya sehingga baginda tersedar.

Sebaik sahaja tersedar dan membuka mata, Rasulullah S.A.W berkata, “Ya Jibril, sesungguhnya aku sangat risau dan sedih apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk ke dalam neraka?”

“Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu,” jawab Jibril.

Oleh kerana terlalu sedih Rasulullah S.A.W menangis, Jibril juga turut menangis. Baginda kemudian masuk ke dalam rumah dan tidak keluar kecuali untuk bersembahyang dan kemudian tidak berbicara dengan sesiapa. Apabila Rasulullah S.A.W menunaikan solat, baginda akan menangis dan meminta keampunan daripada Allah S.W.T.



*************

Na'uzubillahi min dzalik..tiba masa untuk kita meletakkan neraca langit bagi menimbang segala macam benda. Bukan lagi neraca bumi di kepala.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...