Tuesday, August 9, 2011 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

.::ISBIR::.

“Assalamu’alaikum, Syira ada kat bilik tak sekarang?”

“Wa’alaikumussalam..Iyyer, kiter kat bilik sekarang. Kenapa ye Husna?” (bukan nama sebenar).

Tengahari itu, saya mendapat pesanan ringkas daripada seorang sahabat setelah sempat qailulah sebentar selama kira-kira 15 minit.


Oh ya, sebelum itu saya sempat menghantar pesanan ringkas padanya.


“Salamun ‘alayk Husna. Kenapa kat kelas tadi suara Husna macam sebak. Ada masalah lagi ke? Aseef, Syira tak berada di samping Husna hari ni.”


Tak lama kemudian.


“Takde apa la Syira. Suara kita memang macam tu”


Haihh, bulan-bulan puasa ni pun nak tipu kita ke? ( sekadar di hati)


“Tokkk..tokk..tokkk”


“Assalamu’alaikum…”


“Syira, tidur ke?”


Husna menyapa. Saya sengaja bangun lambat-lambat. Senyum.


“Ha’a, baru bangun. Pagi!”


Terkekek ketawa sambil memeluk bantal kecil.


“Jemputlah duduk Husna”.

Husna duduk di tepi saya di atas katil sambil memegang Quran kecilnya itu.Senyum.


Saya sempat menangkap mata dan hidungnya yang memerah. Menangis lagi sahabatku ini.


“Kenapa ni Husna? Menangis lagi..? Masalah semalam lagi ke? Cuba cerita kat Syira.”


Ternyata Husna yang sedari tadi tidak lekang dengan senyuman, akhirnya tewas, menjatuhkan beberapa titisan jernih dari pipinya.


“Husna nangis lagi hari ni Syira.Husna tak tahu kenapa Husna gagal kawal emosi sehari dua ni.Padahal ni bulan puasa.”


Saya mengangguk. Meminta dia meneruskan.


“Kadang-kadang Husna dah letih dengan semua ni. Husna rasa nak lepaskan semua jawatan ni. Husna rasa Husna tak mampu nak manage masa dengan betul. Manage perasaan lagi.Husna rasa Husna sedang menzalimi diri sendiri dan orang bawahan Husna. Lagi satu, Syira tahu kan, Husna ada masalah sikit dengan roommate? Entah lah, Husna rasa down sangat sehari dua ni,” luah Husna, teresak.


Saya cuma tersenyum, cuba mengawal suasana menjadi setenang yang mungkin.


Kepala ligat berfikir bagaimana mahu diolah ayat supaya dapat meredakan gundah di hati sahabat yang satu itu.


(Bismillah)


“Husna..Husna patut bersyukur tau sebab Allah sedang uji Husna sekarang ni.”


Husna mengerutkan dahi.


Saya tersenyum.


“Husna, kalaulah perkara yang sedang mengganggu gugat ketenangan Husna, masih lagi masalah yang Husna ceritakan semalam,Husna patut mengenang kembali bagaimana Rasulullah ‘manage perasaan’ ketika dihadapkan dengan ujian.”


Esakan Husna semakin mereda lalu meminta saya meneruskan.


“Ok, kalau lah pasal jawatan tu buat Husna rasa tak cukup masa, terkejar-kejar itu ini, cuba lihat Rasulullah. Baginda pun manusia macam kita, diberi masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tapi lihat bagaimana baginda ‘manage’ masa. Baginda bukan sekadar ketua keluarga, tapi bagindalah pemimpin negara, pemimpin ummah. Baginda manusia ‘tersibuk’ di alam ini. Tapi, tengoklah, baginda jua lah hamba yang paling taat dan tekun beribadat. Paling lama berteleku di sejadah, paling panjang wirid dan doanya.”


Husna mengangguk tanda mengiyakan, kembali teresak.


“Husna tahu..tapi kan Syira, Husna dah tak larat nak hadapi semua ini. Husna manusia biasa, tak boleh buat kerja sorang-sorang. Tangan ni tak cukup nak uruskan semua perkara. Husna perlukan bantuan kawan-kawan. Tapi, apa yang Syira rasa kalau kita minta tolong dekat seseorang, dia buat tidak peduli?Hentak-hentak kaki. Mengumpat kita? Sakit tahu tak. Saki sangat bila kita terdengar dia sedang mengumpatkan kita.”


Tangisan Husna semakin galak.


“Husna..Syira faham apa yang Husna rasa. Syira pun pernah pegang jawatan, Syira pun pernah berhadapan dengan situasi ini. Syira faham sangat. Tapi, Allah dah ajar kita kan? Allah ajar kita supaya bersabar. Husna, kita mungkin jemaah yang berbeza, tapi Syira cukup yakin Husna dah masyi bab-bab ni kan?”


“Murabbiah Syira dulu selalu mengulang bahawa seorang dai’e tu, Allah akan uji luarbiasa berbanding manusia biasa. Dan seorang dai’e tidak akan dianggap melakukan kerja selagimana dia tidak dicemuh, dipulau oleh masyarakat meskipun apa yang dia buat itu benar. Jadi, ini bermakna Husna sedang melakukan kerja dan melaksanakan tanggungjawab Husna. Pedulikan apa orang kata selagi apa yang kita buat itu benar. Contoh terdekat, lihatlah peribadi Rasulullah ketika berhadapan situasi sebegini. Baginda sentiasa bersikap tenang dan berlapang dada. Bahkan masih boleh tersenyum dan menghulurkan bantuan meskipun musuh sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan baginda. Kita baru diuji sedikit. Mereka baru menyisih, bercakap-cakap di belakang. Belum lagi sampai tahap disiksa, dilempar najis. Biar apa orang nak kata. Nak marah, nak bentak, nak perli. Itu masalah mereka. Kita yang waras ni jangan terpengaruh dan jadi seperti mereka.

“Husna, apa yang sering Husna minta kepada Tuhan?”

“Erm..Husna cuma minta diberi kesabaran Syira. Husna lemah”


“Husna dah letih, bila roommate sendiri mempamerkan kelemahan kita, membuka aib kita pada orang lain. Bercakap kasar, sampai boleh bergurau tarik-tarik telinga, ketuk-ketuk kepala kita depan kawan-kawan yang lain. Dia ingat kita ni apa? Doll? Kita pun ada perasaan. Kesabaran kita pun ada hadnya. Kadang-kadang rasa nak balas je perbuatan dia tu. Tapi, Husna tahu itu bukan selayaknya dilakukan oleh seorang muslim.”

Saya meraih jemarinya.


“Husna pernah dengar tak, jika kita minta diberi kesabaran, Allah akan kirimkan kita seseorang yang akan selalu buat kita marah, sakit hati.”


“Hah?”


“Iyyer..dan sekarang, Allah sedang mengabulkan doa Husna. Allah kirimkan roommate yang sebegitu, untuk Allah uji Husna. Sama ada Husna melatah dengan ujian ini, ataupun bersabar dan terus bersabar. Jika Husna masih mampu bersabar, tahniah. Kerana Husna sudah pun dapat apa yang diminta, iaitu kesabaran.”


“Husna, Allah sebaik-baik pelindung. Dia tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Dan Dia tidak akan menciptakan keburukan bagi hambaNya. Setiap sesuatu itu pasti ada hikmah yang tersembunyi.”


“Siapa tahu, Allah tempatkan Husna dan dia dalam bilik yang sama, supaya Husna mejadi ejen perubahan dia? Siapa tahu, sifat lembut dan penyabar Husna ni mampu meleburkan keras hatinya itu?”


“Husna, apa kata, setiap kali diuji, Husna bayangkan mereka yang lagi hebat ujiannya. InsyaALLAH,Husna akan sentiasa bersikap tenang.”


Husna mengangguk, cuba menerima apa yang disampaikan.


“Erm,Husna..sebenarnya, sepanjang petang semalam pun Syira menangis.”


“Hah? Sebab apa Syira?”


Saya tersenyum.


“Em, rasanya tidak wajar diceritakan buat masa ini.”


“Tapi, Husna nak tahu tak bagaimana Allah menjentik hati Syira?”


“Macam mana?”, Husna bagaikan tidak sabar.


Saya tersenyum lagi.


“Semalam Syira rasa sangat-sangat down. Entah, rasa macam sebahagian ketenangan direnggut. Tapi, Allah pujuk Syira. Allah khabarkan berita mereka yang lagi dahsyat diuji.”


Husna mengerutkan dahi.


Saya menyambung.


“Erm, dalam duduk memahami ayat-ayat cinta Allah tu, Syira dapat panggilan daripada emak. Emak kata abang sepupu Syira baru sahaja dimasukkan ke wad.”


“AllahuRabbi..sebab apa Syira?”


“Abang sepupu Syira tu, tolong kawan dia kat bazar. Kebetulan sehari dua ni dia free, dia tolong kawan jual air tebu. Takdir Allah, semalam abang sepupu Syira tu, cuba mesin sendiri tebu-tebu tu. Dan….”


Saya pula bertukar sebak.


“Kelima-lima jari dia ‘ditelan’ mesin tu”


“Li….ma. Li…ma jari..??”, Husna menunjukkan jarinya. Airmata mengalir lagi.


“Iyer, kelima-lima jari. Sebelah kanan.Hebat kan ujian yang dia terima.”


“Dan Syira ada cerita tak, minggu lepas dua orang sepupu perempuan Syira diragut. Seorang parah, seorang lagi masih koma tak sedarkan diri.”


Waktu ini, saya sudah gagal menahan airmata daripada gugur. Husna pula, tidak henti-henti menangis. Lembut sungguh hati sahabat saya yang seorang itu.


“Husna, Husna fikir tak apa yang Syira fikir?”


Husna mengangguk. Seolah-olah ada telepati antara kami.


“Masa dapat berita tu, Syira terfikir, mereka lagi hebat diuji. Sedangkan kita baru secubit Allah uji tanda ‘bermesra’. Itu pun, kita sudah mengaduh. Allah baru uji kita dengan kegelisahan, yang kita sedia maklum untuk dapat ketenangan itu, kena sentiasa bertaqarrub denganNya, insyaALLAH ketenangan itu akan datang. Tapi, mereka diuji dengan kehilangan anggota badan,yang telah kembali pada yang haq buat selama-lamanya! Agaknya, bagaimana mereka meneruskan kehidupan selepas ini. Lebih-lebih lagi yang lelaki itu. Sedangkan dia bakal mempunyai keluarga tidak lama lagi. Macam mana lah dia ingin menguruskan diri, membawa kenderaan ke sana ke mari dengan berbekalkan tangan yang sebelah sahaja.”

“Dan pasal roommate Husna tu, Syira tak tahu nak cakap apa lagi. Tapi kan, ayah Syira selalu pesan, bila kita berkawan dengan seseorang kita kena selalu mengalah. Tak kisah lah sama ada, dah terbukti mereka yang bersalah. Kita tidak rugi apa-apa dengan mengalah. Mengalah tak bererti kalah kan? Untuk itu, Husna jangan pernah lelah untuk mengalah.”


“Ha, Syira nak share sesuatu. Jap eyh.”


Sempat saya membelek Quran comel berwarna hijau itu.


“Lihat ni, apa Allah cakap.”

“Dan sungguh, Kami mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau di antara orang yang bersujud (solat). Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu.”

(Surah Al-Hijr, ayat 97-99)


Husna tidak berkalih dari memandang saya. Kali ini dia sudah mampu tersenyum.


Alhamdulillah.


(Bantulah aku untuk membantu orang-orang yang memerlukan bantuanku Ya Allah)




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 comments:

Unknown said...

bruntung seseorang itu bila diuji

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Titisan Hujan

Benar..
Dan berbahagialah mereka yang masih mampu tersenyum tika diuji. Allah tidak akan menguji di luar kemampuan kita kan? Aman. :)

NorFarahin@aien said...

salam aliki...
ehem..cmburu sguh aien ukhuwwah korg...saling mguatkan antre 1 smew len...lg indhny ukhuwwah korg ble bpesan2 pd kbenaran...
p hakikatny susah kn nk cri sahabat y benar2 memahami n mnerima dri kter...n susah nk cri sahabat y ad dcc kter sush n sng....mybe aien pn kne jd shbt y bek dl bru dpt shbt spt syira n husna...
Semoga ukhwah yang dibina dengan lafaz bismillah antare korg hanya akan diakhiri dengan lafaz innalillah..inshaAllah...

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

salamun 'alayk ukht aien.

terima kasih dear.
tp kan, husna selalu kte "syira, ukhuwah kte pasti akan diuji suatu hari nanti". begitulah sebaliknya.
faham kan.. :)

NorFarahin@aien said...

salam alaiki....
benar...stuju sgt3...
ukhuwah kte pasti akan diuji suatu hari nanti.. begitulah sebalikny..
sbb setiap hari dan setiap detik pasti kter akn diuji sama ada dengan kesenangan atau dengan kesusahan....walhal kdg2 seorg shbt 2 gk jd ujian 2 tuk dri kter...fhm kn..emm..
hidup ni kter xleh tw expect pe y akn jd..

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

benar, seorang sahabat itu juga menjadi ujian buat kita. berkawan dengan yang soleh, insyaALLAH berbahagialah kita. berkawan dengan yang 'toleh' sengsaralah kita..tapi, yang 'toleh' itu usah ditinggalkan, sebaliknya atas kita untuk mengajaknya ke arah kebaikan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...