Tuesday, May 11, 2010 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH
Rilex Jaaappppp…!!!

Kalau perempuan lawa dan pendiam
Lalaki akan cakap: Woow,ciri2 isteri idaman..
Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: Ehh,tak reti berkomunikasi betul..

Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: Mesti ada krisis dalaman nih..kesssiiiaaannn
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: Dah la x lawa.prangai pulak huduh..

Kalau perempuan lawa menolong lelaki yang diganggu
Lelaki akan cakap: Heroin sejati..!!!
Kalau perempuan tak lawa menolong lelaki yang diganggu
Lelaki akan cakap: Taktik ngorat laaa tuuu..

Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: Perasaannya halus..
Kalau perempuan x lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: Sesama keluarga memang harus saling menyayangi…

Kalau perempuan lawa tak mahu bergambar
Lelaki akan cakap: Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau perempuan x lawa tak mahu bergambar
Lelaki akan cakap: Sedar pun diri..

Kalau perempuan lawa pakai BMW
Lelaki akan cakap: Ntah dato’ mana yang bela nieee..
Kalau perempuan tak lawa pakai BMW
Lelaki akan cakap: Mesti anak orang kaya niihhh..

Dengarlah olehmu sedikit dariku…

Akhawat yang kucintai liLLAH..jgn kau gundah andai hidup tak dihadiri lelaki..itu bkn bermaksud kau tak diingini..usah khuatir kerana cinta ALLAH itu pasti..bersyukurlah kerana ALLAH memelihara hati dan jiwamu daripada dikecewakan dan didatangi penyakit (riak).. wanita yang sentiasa menjadi dambaan lelaki adalah wanita yang longgar jagaannya oleh ALLAH atau ALLAH sedang mengujinya dengan penyakit hati..Dekatkan diri pada Ilahi,pasti cinta sejati kau temui..Usah berharap insan yang kau sendiri tak pasti..Diamkan lelaki yang kau sukai..Berdoa pada Ilahi, insyaALLAH kau pasti dicari..Jagalah hatimu..pasti ALLAH akan menjagamu..


Kepada ikhwah yang kusanjungi keperibadianmu,pimpinlah tangan kami kerana kami sering lupa dan lalai. Seringkali kami tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah kami dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah kami kalimah syahdu dari TuhanMu agar dunia sentiasa dijalan rahmah. Jangan salahkan kami jika kami terpesong..Ingatlah,kau adalah amir manakala kami adalah makmummu..jika kau benar,maka benarlah kami..jadi x salah jika aku katakana,jika kami binasa,kalian lah puncanya..!

Pasti ikhwah dan akhawat pernah mendengar kalimah ini,


Perempuan2 yang keji adalah untuk laki2 yang keji,dan laki2 yang keji untuk perempuan yang keji(pula), sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik,dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik(pula).mereka itu bersih dari dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(Syurga)
(Surah An-Nur,ayat 26)



Jadi..teman2ku yangbergelar ar-rijal dan an-nisa’..apa lagi yang dicari..??apa lagi yang kau buru..??CINTA..?? sudah2lah..janji ALLAH itu pasti..setiap dari kita sudah mempunyai pasangan masing2..Cuma masa dan cara untuk kita bertemu denganya yang berbeza..jangan risau..jika tak kau temuinya di dunia..ykinlah bahawa psanganmu itu sedang menantimu di akhirat kelak..lengkapkan dirimu dgn iman yang kukuh di dada..jika kau sudah yakin dirimu sudah mampu untuk membimbing yang lain ke jalan yang diredhai ALLAH,maka binalah baitulmuslim..(rumahtangga Islam)..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...