Monday, December 5, 2011 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Saya-Awak-Robot?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Diri kita..


Umpama robot. Dikawal dan mengawal.


Hari-hari dilalui dengan melakukan rutin yang sama.


Jika seorang pelajar,kita diarah untuk belajar. Keluar menuntut ilmu, memerah otak menyerap ilmu yang dicurahkan.


Jika seorang pekerja, kita dikerah untuk memerah keringat melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan.


Hari-hari adalah sama.


Bangun tidur-mandi-solat-makan-pergi belajar/bekerja-rehat-solat-makan-belajar/bekerja lagi-balik kerja-asement-solat-riadah-mandi-solat-makan-solat-tengok tv-main game-facebooking/blogging-tidur-bangun tidur-bla..bla..blaaaa..


Perkara yang sama berulang lagi. Hari ini, esok, lusa, tulat, tubing, sampai tunggang terbalik.


Err..Apakah?


Jika diteliti, diri kita melalui kitaran yang sama. Diciptakan untuk memberi khidmat dan meminta khidmat.


Tidak ubah seperti robot bukan?


Pernah tak sedetik sepanjang hayat kita, kita bertanya dalam diri,


“Err..ni je ke tujuan aku dihidupkan?”


Pernah tak kita berasa bosan dengan perkara yang sama kita lakukan tiap-tiap hari?(Angguk-angguk)


Pernah tak kita berasa sangat penat pada hari itu dengan terkejar sana, terkejar sini. Siapkan tugasan itu, tugasan ini. Tapi. Tapi.Tapi..Kita tak dapat mengecapi nikmat hari tersebut. Tiada kualiti. Ya.Seolah-olah kita sudah melakukan sehabis daya; memerah keringat, memerah otak. Tapi ternyata semuanya seolah-olah tiada apa, yang dapat sekadar penat yang tak pernah henti. (Angguk-angguk)


Teringat kata-kata seorang akh sewaktu perkongsian ilmu bersama syuyukh, ikhwah dan akhawat suatu ketika dahulu,


“Study je takde makna. Kena ada tarbiyah. Mana nak dapat? Banyak wasilah. Contoh, usrah.”


Hidup ini adalah sia-sia jika kita fikir hanya untuk bersuka ria.


Hidup ini adalah sia-sia jika kita fikir kita adalah kanak-kanak riang, hidup bersenang-lenang tanpa kekangan.


Hidup ini adalah sia-sia jika fikir kita adalah robot, melaksanakan sesuatu tanpa perasaan. Tanpa tahu tujuan ia diciptakan. Hanya hidup untuk melaksanakan sesuatu tujuan ia diciptakan, bukan untuk mencapai tujuan yang utama setelah ia diciptakan.


Ok, senang cerita dalam konteks pelajar.


Apakah setiap dari anda. Ya anda.


Err..saya juga.


Fikir bahawa kita dihidupkan hanya untuk berjaya dalam pelajaran?


Benar, itu salah satu tujuannya. Tetapi, bukan tujuan utama.


Ramai di kalangan kita menolak , atau lebih hampir memboikot’ usrah dan yang seangkatan dengannya hanya kerana,


“Aku nak study la..nanti kalau pergi usrah, cmane aku nak cover sume silibus?”


“Wey, usrah-usrah bagai. Takde life la.Takde life!”


“Kalau saya gagal exam….sape mau tanggungjawab? Awak? Kakak naqibah awak? Tak kan..? Tak kan?” (sambil jelir-jelir lidah)


Phewww..


Alasan yang sama saya fikirkan untuk diberi kepada mereka-mereka yang saya anggap ‘pelik’ sewaktu mereka mula mengajak saya join usrah suatu ketika dulu. Alangkah jelik pemikiran saya pada waktu itu.


Mindset saya, “Aku kena cemerlang dalam pelajaran.”


Hidup hanya untuk study. Study dan study.


Betapa pemikiran kita telah didoktrin dengan fahaman-fahaman sekularisme.


Ok, saya tanyakan pada anda, anda semua.


Jika itu tujuan kita hidup.


Belajar-test-belajar-exam-dekan-4 flat-anugerah pengarah.


Untung-untung jadi doctor. Untung-untung jadi engineer. Untung-untung jadi arkitek. Untung-untung jadi cikgu, ke keluar-keluar terus jadi guru besar? Whoaa!


Jadi, maknanya..Setelah kita capai tujuan tersebut, kita mati lah?


Macam tu?


Yelah, kita dah capai tujuan kita, cita-cita kita. Buat apa lagi nak hidup kan? Bukan ke itu matlamat kita?


Err..begitukah?


“Kita mencari rezeki di bumi, sedangkan rezeki berada di langit.”


Tunduk dalam-dalam.



**************



Habis tu. Apa tujuan hidup kita?


Ok, mai sini cheq nak habaq hang.


Allah berfirman (maksudnya):


"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku” (Ad-Dzariyat : 56)


Itu satu. Tunggu. Ada lagi satu.


Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. “Sesungguhnya Aku ingin menjadikan khalifah di muka bumi….”(Al- Baqarah : 30)


Lihat, kat sini nak highlightkan Allah cipta kita tak lain tak bukan;


1. Sebagai ahli ibadah atau abid.

2. Sebagai khalifah.


Bila dah clear tujuan hidup kita, kita ada matlamat untuk ubah hidup ini. Bermaksud, kita pula yang merancang hidup kita. Faham?


Jika kita lihat dengan mata yang boleh tembus sampai akhirat. Nescaya tiada istilah main-main dalam hidup ini. Jangan terlena dengan dunia ini, jangan buang-buang waktu, manfaatkan setiap detik hidup kita yang masih tersisa di dunia ini.



Ketika Cinta BerUSRAH. Berikan erti hidupmu pada yang MEMBERI.



Rasulullah Saw bersabda: “Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah engkau akan hidup abadi dan beribadahlah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi”.(HR. Al-Baihaqi)


Ingat, kehidupan ini adalah ujian.


Firman Allah SWT yang bermaksud,


“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (Surah ali-Imran 3:14)


Kerap diperingatkan bahawa dunia ibarat air laut. Semakin diminum airnya yang masin, semakin terasa hausnya. Samalah keadaannya dengan kesenangan dunia yang jika semakin dikejar, tidak akan pernah merasa puas.


Oleh itu berpada-padalah dan sentiasa ingat bahawa kedatangan kita di muka bumi bukanlah untuk tujuan yang sia-sia. Jadi, hargailah kesempatan yang sekejap ini untuk mencari kebaikan yang menyumbang semula pada kesejahteraan hidup di akhirat. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud,

“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan-Nya. Dan hanya kepada Allah jualah kamu (tempat kembali setelah) dibangkitkan (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya).” (Surah al-Mulk 67:15)


“Ad-dunya mazra’atul akhirat”, dunia adalah ladang akhirat.


Maka, ayuh! Kita sama-sama melobi pahala di dunia untuk kesenangan di akhirat. Kita hidup bukan untuk pentingkan diri sendiri. Yuuukkk!ajak rakan-rakan yang lainnya mengerjakan kebaikan.

Rijalud Dakwah: Soleh Wa Musleh. Bukan sekadar soleh pada dirinya, tetapi turut menyolehkan yang lainnya.


^__^

Aman.





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7 comments:

Nur Zulaikha said...

saya suka usrah sebab mcm2 ilmu kite blh dpt n kongsikan..bukan sje keagamaan malahan isu2 dr luar neg juga turut jd perbincangan...

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

betul.betul..

usrah wasilah tarbiyah.. ^^,

::Wardatul Shauqah:: said...

Salam alayk..

1 analogi yang sesuai sangat ukhti ...kehidupan kita dikaitkan dengan robot...mengawal atau dikawalkah???emm
Kalau difikirkan..betol kata2 ukhti...hidup kter setiap hari..belajar..belajar..belajar...pas2 exam...abih exam semua yang kter belajar hilang cm2 jer...emm ( pgalaman ain sendiri) np ek jd cm2..kdg2 bosan sgt3 lw difikirkan...hidup semata2 untuk belajar... Hidup ble xde tujuan akan membuat hidup kter terasa kcewa... Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi rutin yang biase dan membosankan...phm kan...

Ada pula org yg merasa memiliki tujuan hidup namun tujuan yang dipilihnya adalah salah. Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan merasa xtenang. Mengapa xtenang n jd cm2 ? sbb org yg xmengetahui hakikat tujuan hidup yg sebenarnya, dia cenderung utk menggantungkan tujuan hidup ini dgn sesuatu yang bersifat duniawi...betol kan ukhti??Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah xkekal... Sehingga suatu masa bile harta atau perkara yg dia nak gagal tercapai atau hilang musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sapa dia sendiri yg hancur...cam robot lar...ble da expired , da sapa tempoh dia....dia akan rosak...pas2 recycle balek..emm..

Ain pasti setiap org ble kter tanye ..sume nak syurga..ain pun cam2..konon2nya matlamat hidup lar...p adakah kter mengamalkan segala yg diperintah Allah? Adakah kter betul2 patuh dan taat pada-Nya? Adakah Syurga akan menerima kter? Layakkah kter untuk menghuni Syurga yg mulia? Tepuk dada tnye dri sendiri..(tuk ain sendiri...susah sgt nk ikut ble org ajak wt perkara baek...)

MUJAHADAH..ain kena bljr 2...mujahadah ke arah keaiakn.. Berkorbanlah semata-mata kerana-Nya. Berlumba-lumbalah dalam mengerjakan kebaikan. Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran. Kejarl cinta dan kasih sayang-Nya. Semoga kter berjaya menggapai reda-Nya sbb hidup takkan pernah bererti dan bermakna tanpa reda Allah..

masyeh yaa ukhti...sentiasa sharing mende yg bmanfaat d belog ni... Semoga kita bertemu dengan erti hidup yang sebenarnya.. ^^

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Salamun 'alayki ya ukhti mahbubah..

Pertama2..jzkk ukhti kerana tiada pernah bosan singgah di teratak hamba yang hina dina ini.

Setuju dgn kata-kata ukhti, "sbb org yg xmengetahui hakikat tujuan hidup yg sebenarnya, dia cenderung utk menggantungkan tujuan hidup ini dgn sesuatu yang bersifat duniawi"..

Kerana orang yang tahu tujuan hidupnya, dia adalah seorang yang merdeka. Merdeka dari segala kebergantungan duniawi. Terbang mencari redha Ilahi.

Suka untuk berkongsi kata-kata ini,

"Umat Islam pd hari ini hanya tinggal islam pada nama shj. Penyelewengan tlh brlaku jauh. Seseorang islam itu sudah ckup utk dikatakan menyeleweng apabila dia meninggalkan jihad di jln Allah, melekat pada dunia, mencintai dunia melebihi akhirat, tunduk pd syahwat dan tenggelam dlm maksiat, hingga mereka dihina oleh Allah dgn kgagalan paling besar kpd mereka dan menjadikan pimpinan mereka pd tgn golongan yg mnyeleweng dn rosak." Dush! Terkena tepat pd hidung sendiri.. T__T

Kita bukan robot, kita ada matlamat. Kita yang tentukan matlamat kita. Azab neraka atau nikmat syurga. Kita pilih.

Ayuh, islah nafsak wad'u ghairak..perbaiki diri kita dan serulah yang lainnya.


Bersama mentajdid (memperbaharui) kembali kehangatan nadi umat islam.


::moga Allah pertemukan kita dalam realiti yang sebenar:: ^__^

::Wardatul Shauqah:: said...

ukhti..juz nk mtak pendapat ukhti..np ek...lw kter tw mend y kter wt slh...p kter stil ase mend y ker buat 2 betol 2...ssh r nk trime nsht org len sbb kter tw org 2 pn smew cm kter...mkne ny at kter ni da kras kn...emm...xnk hati yg mati...xnk jd robot kpd nafsu...:(

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Pertama-tama, saya bukanlah orang yang layak untuk memberi pendapat apatah lagi nasihat. Boleh jadi yang benar bagi saya, salah pd umum. Boleh jd yg salah pd saya, benar pd umum. Tapi, sy cuba ya?

Ukhti, org bijak pndai ada mengatakan, yang mudah itu adalah mmberi nasihat dan yang payah itu adalah menerima nasihat. Krn nafsu itu senang pd yang indah2 pd pndgannya, dan menolak pd yang kurg enak meskipun kita tahu nasihat itu benar. Krn apa? Krn nasihat itu bertentangan dgn kemahuan kita.

Bercakap soal hati, ukhti prnh mndgr analogi air kosong, air teh dan air kopi? Saya baru shj mendgrnya, kbetulan kena pd masanya, boleh lah share dgn ukht. :)

“Untuk air kosong, diumpamakan hati yang bersih. Masukkan gula yang diibaratkan sebagai dosa kecil. Adakah nampak gula itu jatuh? Ok, masukkan pula sudu ke dalamnya yang diibaratkan sebagai dosa besar. Nampak jelas? Ya, kedua-duanya nampak jelas bukan? Begitulah diibaratkan hati kita yang bersih sekiranya pernah melakukan perbuatan salah, hati kita akan merasa gelisah dan terasa yang dia sudah melakukan dosa. Jelas terasa di hatinya yang dia merasa bersalah. Itulah gambaran hati yang bersih. Mudah sensitif dengan gerak geri laku perbuatannya.

Untuk jenis hati yang kedua, air teh itu diibaratkan sebagai hati yang sakit. Jika dimasukkan gula atau sudu, masih lagi nampak kelibat kedua objek itu namun ianya samar dan kelabu. Begitulah hati kita jika ianya sakit, tidak akan merasakan sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan. Kita masih sedar kita berbuat kesalahan tetapi menangguhkan taubat atau istighfar.

Dan untuk yang ketiga ialah hati yang mati, wal'iyazu billahi min zalik. Hati yang mati diumpamakan sebagai air kopi yang hitam pekat dan segala objek yang masuk, kita sudah tidak nampak. Apa yang kelihatan ialah hitam sahaja. Itulah hati mati yang sudah berasa halal haram adalah sama dan tiada beza baginya.”

Ukhti nampak?

Hormati dulu yg memberi nasihat.Klu dia lebih tua pasti dia lebih banyak pengalaman hidup.Klu dia lebih muda pasti dia lebih sedikit dosanya daripada kita.

Nasihat kan juga dakwah.Hormati dahulu dan jgn dibantah. Cuba berlapang dada.

"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi Allah membencinya,sebaliknya boleh jadi kamu membenci sesuatu tpi Allah menyukai nya"

Untuk proses penyucian hati, sama-samalah kita mulakan dengan istighfar dan mengakui segala kesalahan kita kepada Allah. Bertaubatlah, kerana sedetik kita mahu kembali ke pangkuan Allah, Allah akan sambut kita dengan kasih sayangNya, yakinlah dengan cinta Allah.

Ingat, Allah tidak pernah kalah dengan dosa hambaNya..

Tegur saya andai saya tersilap.

::Wardatul Shauqah:: said...

Salam alayk...

mekaseh banyk2 sbb jwb soalan ain nge pnjg lebar....mf ye lw myusahkan ukhti..benar blake pe yg ukhti gtw sume kt ats 2...ain ske ble org xplain bg analogi...mudah utk dfahami...n perkaiatn yg dibuat mmg sgt dekat nge khidupan seharian kita..

100% stuju..sng ny nk bg nsht kt org...n ssh ny nk trime nsht org lain..nk2 ble mata kter da dibutakan dgn mend 2...dan 1 lg ble kter ase org 2 hebat dr kter...smakin kter ase xnk trime kater2 dy...btol kan...

pe pn..syukran sgt2 sharing nge ain...istighfar..istighfar...istighfar bnyk2...mudah2an hati ain tenang...dam hidayah allah xpernah putus...

ukhuwah fillah..di bwh pyung akidah yg 1.. ^^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...