Monday, December 26, 2011 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Wanita Solehah, Hadiah Terindah Buat Bakal Suami.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Baru-baru ini, saya mendapat pesanan ringkas daripada seorang akak senior, bertanya perihal jodoh dan bagaimana persiapan untuk menjadi isteri orang. Adus. Soalan yang sangat berat saya kira. ‘Topik’ ini memang tak pernah lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman. Lagi-lagi banyak betul kenduri kahwin cuti-cuti begini. Sedari awal cuti hingga sekarang, kami sekeluarga tidak putus-putus menerima jemputan kenduri kahwin.


Tak kurang juga ramai kenalan-kenalan yang bakal menamatkan zaman bujang mereka tak lama lagi. Ada yang bakal bertunang. Ada yang bakal mendaki tangga kedua maratib amal, membina baitul muslim. Bagi menjawab soalan akak tersayang itu, sengaja saya ‘conteng-conteng’ di blog perantau yang tak berapa nak merantau ni. Senyum.


Baiklah.


Sering kita mendengar sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu. “ (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Secara umumnya, hadith ini menyenaraikan kriteria-kriteria yang biasanya menarik hati sang lelaki dalam memilih wanita untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, datang dari keluarga yang berdarjat, keturunan yang baik-baik dan mempunyai paras rupa yang cantik jelita yang mampu meruntun hati laki-laki untuk menyuntingnya.


Namun, yang lebih utama, hadith di atas menyarankan kaum lelaki agar memilih wanita yang kuat penghayatan agamanya.


Persoalannya di sini, kenapa mesti yang ‘beragama’?


Senyum sendiri.


Teringat ‘pengakuan’ adik lelaki saya yang pada masa itu baru memasuki tingkatan satu.


Waktu itu, kami sekeluarga di rumah nenek. Kebetulan saya balik bercuti (semasa masih di kampus lama).


Usai solat, saya berdiri di hadapan cermin ruang tamu rumah nenek sambil membetulkan tudung. Kebetulan mak, ayah, nenek dan adik-adik yang lain turut berada di situ. Tiba-tiba,


“Alif suka laa tengok along. Kalau Alif besar nanti, Alif nak cari isteri macam along.”


Mak, ayah dan nenek yang tadi sedang asyik bersembang, tiba-tiba menjadi senyap.


Saya apa lagi,


“Aaa..paaa..? Alif cakap apa tadi? Ce ulang. Ce ulang.”


Sambil angkat-angkat kening.


“Perasan comel lah tu along ni. Along tak comel pun okey?”


Saya mencebik.


Nenek sudah terpinga-pinga.


Mak dan ayah tersenyum.


“Dah tu..tadi along dengar Alif kata nak cari calon isteri macam along. Orang baru nak bangga.”


“Ye.Ye. Alif nak isteri macam along, pakai tudung labuh. Sejuk je mata mandang. Alif suka.”


Masa tu, entah kenapa rasa sebak sangat-sangat. Hampir je menangis terharu.


Kata-kata yang ringkas, lahir dari hati seorang adik lelaki yang tersangat-sangat nakal yang baru menginjak ke alam remaja.


Hingga kini, kata-kata itulah yang memotivasi diri saya untuk terus istiqamah dalam bermujahadah untuk menjadi mar’atul solehah. Err..masih berusaha ke arah itu sebenarnya.




*****************



Persoalannya, kenapa perlu yang beragama?


Tak boleh ke kalau seorang lelaki itu, memilih selain daripada itu?


Ya.Ya..Harus diingat, tiadalah haram jika kita memilih salah satu daripada keempat-empat kriteria tersebut. Kerana apa? Ya’ iyya lah, bila dah selesai akad nikah, semua dah jadi halal. Betul tak?Senyum.


Umumnya, tiada menikah seseorang itu, tanpa tahu kenapa dia berkahwin. Pendek kata, tak tahu pun kenapa dia kahwin. Entah. Tak ada sebab.


Sedar-sedar dah kahwin.


“Entah? Saya pun tak tahu macam mana boleh kahwin dengan dia. Jap.Jap. Saya dah kahwin ke..?”


Ada ke macam tu? Err..saya tak pernah jumpa lagi jenis-jenis luar biasa macam tu. Anda pernah?


Paling tidak, sesetengah orang akan cakap macam ni,


“Erm, aku kawen dengan dia sebab dia lawa lah.


Apa orang cakap, jatuh cinta pandang pertama ek bro? Haha.”


“Orang tua yang aturkan. Lagipun dia dari keluarga yang baik-baik.”


“Aku? Takde la memilih orangnya. Tapi dia kaya!”




*************




Perkahwinan dalam islam adalah sebuah ibadah. Perkahwinan adalah fitrah manusia, maka jalan yang sah untuk memenuhi keperluan ini iaitu dengan akad nikah (melalui gerbang perkahwinan), bukan dengan cara kotor lagi menjijikkan seperti cara-cara orang sekarang ini dengan bercinta, bersekedudukan, melacur, berzina, lesbian, homoseksual dan sebagainya yang telah menyimpang serta diharamkan oleh islam.


“Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kalian berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah, kerana perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat membentengi dirinya.” (Hadith Sahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’I, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi)


Namun, di antara keempat-empat jenis perkahwinan, yang mana paling elok?


Tak dapat disangkal lagi, mestilah yang berkahwin kerana agama bukan. ?


Seperti kata Ustaz Mohd Kazim Elias dalam salah satu ceramahnya,


“Tak kira lah dia tu tok siak ke, ustaz ke, dia arkitek ke, dia cikgu ke, dia doktor ke. Yang diambil kira ialah agamanya. Dan itulah yang boleh menyelamatkannya.




Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:


“Barangsiapa menikahi wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barangsiapa menikah kerana hartanya, maka Allah akan menambah kecuali kefakiran; barangsiapa menikahi wanita kerana hasab (kemuliaannya), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barangsiapa yang menikahi wanita kerana ingin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturahim, maka Allah akan memberi barakahNya kepada suami isteri tersebut.”


Imam Abu Daud dan At-Tirmidzi meriwayatkan, bahawa Rasulullah bersabda:


“Tetapi nikahilah wanita itu kerana agamanya. Sesungguhnya hamba wanita yang hitam lagi cacat, tetapi taat beragama adalah lebih baik (daripada wanita kaya dan cantik tapi tidak taat beragama).”


Perlu diingat ya kawan-kawan, bukanlah bererti Rasulullah S.A.W mengabaikan penampilan fizikal dari pasangan kita, sebagaimana sabdanya,


“Kahwinilah wanita yang subur rahimnya dan pencinta.” (HR Abu Daud, an-Nasai dan al-Hakim)


Pernah dengar tak, pilih yang cantik , seseorang suami itu tidak dapat merasai nikmat kecantikan isterinya?


Err..


Ya lah, nak sentuh pipi pun tak boleh.


“Abang, jangan sentuh pipi saya malam ni tau.


Saya pakai putih telur ni. Kalau abang sentuh, nanti berkedut.”


“Baiklah.”


Malam esok, tak boleh sentuh juga. Tempek-tempek dengan timun batang. Malam lusa, tomato. Nasib tak letak sos, mayonis bagai.. Mau jadinya sandwich si muka isteri tu.


“Dah tuuuu..bila abang boleh sentuh nyerrr..?”


Huhu. Tak ke haru?


Pilihlah yang beragama kerana si suami/ isteri yang kuat pegangan agamanya akan menolong kita dalam membuat ibadat dan mendirikan agama.



****************



Alasan ‘simple’ kenapa perlu pilih yang kuat pegangan agama.


Boleh diaplikasikan dalam banyak situasi.


Yuukk! Santai sebentar. ^^,


Contoh 1 : Katakanlah pada hari tu tak ada makanan di rumah.

Isteri solehah,

“Takpe lah abang, kita puasa je lah hari ni. ” (senyum)

Isteri yang belum solehah,

“Kita nak makan apa ni bang? Kalau hari-hari macam ni, boleh mati kebuluran saya.”



Contoh 2: Suami lupa beli gula.

Isteri solehah,

“Tak pe lah bang, tak ada gula pun tak pe. Minum manis tak elok untuk kesihatan. Nantikan, abang dapat kencing manis, saya pun dapat kencing manis.”

Isteri yang belum solehah,

“Apa ni bang? Gula pun lupa nak beli? Pergi mintak ngan jiran sebelah. Saya tak kira!”



Contoh 3: Waktu Subuh, hari hujan.

Isteri yang belum solehah,

“Tidur dulu lah bang…Tunggu hujan reda dulu. Sejuk ni..”

Isteri solehah,

“Abang, jom solat Subuh.” (sambil menggigil-gigil kesejukan)



Boleh terima tak contoh-contoh di atas? Sengih.



Oh, kepada kaum Muslimin (juga peringatan dan amaran buat diri saya dan sahabiah mukminah yang lain) yang hendak mencari bakal zaujah, ikutilah nasihat yang dititipkan oleh Imam Ghazali ini :


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah"


-Wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

- Wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu'.

- Wanita Hananah menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

- Wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

- Wanita Baraqah ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

- Wanita Syadaqah banyak cakap, tidak menentu lagi bising.



Nak tahu satu rahsia?


Tiga kunci kebahagiaan suami adalah: Isteri yang solehah, iaitu jika dipandang membuat semakin sayang. Jika pergi, membuat si suami tenang kerana dapat menjaga kehormatannya dan taat kepada suami.


Kukuhkan INDIVIDU MUSLIM dalam diri sebelum membina BAITUL MUSLIM.


Senyum. ^^,

Nak hafaz Quran. Satu juzuk pun jadi lah. Sebagai hadiah buat bakal zauj selepas akad esok-esok.





p/s: Hidup ini bukanlah pertandingan siapakah pasangan paling best BERCINTA SEBELUM NIKAH dan mendekatkan diri mereka dengan AZAB NERAKA.TETAPI pertandingan siapakah pasangan yang paling best BERCINTA SELEPAS NIKAH dan mendekatkan diri mereka dengan NIKMAT SYURGA. (kopipasta)







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

NorFarahin@aien said...

salam alayk ukhti sygg..heee..

wahh...ain pun nak jadi cm ukhti lar...penyejuk mata orang lain...:)

Hurm..sebenarnya ramai di antara kita mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti kan...nak jadi penyejuk hati si suami...termasuk Ain..Tetapi usaha ke arah itu masih lemah.

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Diikutkan kalau kita fikir, kita ingat ia akan berhasil dengan kita berhias diri, memakai wangi2an dan berbaju cantik2 di hadapan mereka setiap hari kita mampu dah jadi penyejuk hati dan mata mereka??….tapi kita harus sedar, ramai sekali golongan cantik menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.

semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa kita dan membenihkan kesedaran dalam diri kita untuk sentiasa berubah ke jalanNya :)inshaAllah.

*ukhti bile nak bina baitul muslim ny...xsalah kawen awal..peace :P

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Salamun 'alayk ukhti sayang.. ^^,

Ada satu kunci untuk mengikat hati suami. (ewah, bercakap macam kita dah kawen)

----> Jaga hubungan dengan Allah.

Tak perlu mekap tebal-tebal. Tak perlu baju mahal-mahal.

Selalu kita lupa bahawa bila kasih sayang Allah ada dalam diri, pasti orang lain akan turut sayangkan kita. ^^,

Tak mau ulas panjang, rasanya ukhti dah faham kan? hehe..

Semoga kita tidak pernah lelah dalam berusaha menjadi mar'atul solehah wa nisa' mukminah.

Moga kita mendapat cinta Allah dan seterusnya Allah kirimkan cinta itu kepada si dia yang menjadi jodoh kita dan berharap untuk dapatkan kita hanya kerana Allah. InsyaALLAH..


p/s: soalan akhir tu, buat muka kiter bertukar hijau. Errr..

Anonymous said...

Yung suka tgk muka along jadi ijau.:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...