Thursday, November 24, 2011 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Resepi Kek Perkahwinan..Jom Cuba!

Resepi Kek Perkahwinan


Bahan:

1 lelaki sihat

1 wanita sihat

100% komitmen

2 pasang restu orang tua

1 botol kasih sayang murni


Perisa:

Sebuku besar humor

25 gram rekreasi

1 bungkus doa

2 sudu teh telefon

5 kali ibadah/hari


Semuanya diadun hingga rata dan mengembang.


Tips:

- Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.

- Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan. (Sebaiknya dibeli di pusat beli belah bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak mahal namun kualiti terjamin.)

- Jangan dibeli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya namun kadangkala menipu pelanggan atau mengguna zat pewarna yang dapat merosakkan kesihatan.

- Gunakan kasih sayang cap ‘DAKWAH’ yang telah mendapat penghargaan ISO dari Kementerian Kesihatan dan Kerohanian.


Cara-cara memasak:

- Lelaki dan wanita dicuci bersih, buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.

- Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua dengan rata.

- Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panaskan dengan api sekitar 30 minit di depan kadi.

- Biarkan di dalam loyang tadi dan siram dengan perisanya.

- Kek perkahwinan sedia dinikmati.


Catatan:


Kek ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan hangat. Namun, jika sudah agak dingin, tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi dalam ketuhar berjenama ‘Tempat Ibadat’.


Setelah mulai hangat, jangan lupa bertelefon bila berjauhan.

Selamat mencuba, dijamin semuanya HALAL. ^__^



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 comments:

NorFarahin@aien said...

suke entry ni...merasai indahnya cinta ble mjadi kekasih halal nanti... ^^

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Saya doakan ukhti dan yang lainnya dimudahkan oleh Allah dalam segala urusan. Dan semoga Allah segera pertemukan kalian dengan jodoh yang soleh/solehah yang hanya menikah untuk kebaikan dunia dan agamanya..

NorFarahin@aien said...

ukhti..cmne nk wt box cm kt ats ni..comey lar...p np plih wane pink..cm xmatch nge kaler ijau 2..da cntik da the green one,, ^^,

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

maksud enti, kotak kat ruangan komen ni eyh? hehe.. hari tu, jalan-jalan terjumpa blog nih,

http://www.liyanaa.com/2010/05/tutorial-unik-comment-box-blogspot.html

saja-saja cuba..setakat ni tak jumpa lagi box komen kaler hijau. kalau enti terserempak kat maan-mana, inform sini eyh? ^^,

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Da bertukar! HijauDuniaSaya~ Ngee..

Err..tiba-tiba keliru. Enti maksudkan box yang mana ek? Box untuk komen ni ke box untuk blockquote?

NorFarahin@aien said...

haah..box kt ruangan komen ni lar...da btukar hijau pun..bru cantek..sy suke hijau...t ain nk try lar...hee ^^,

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

cuba lah.. ;)

sebenarnya, link yang saya bagi tu untuk box kaler pink. tapi, boleh tukar.

dekat link tu dia bagi ini #ff6699 (kod untuk kaler pink)..

tapi ukht bley la tukar dengan kod lain, bersesuaian dengan kaler blog ukht.

amek kod kat sini,

http://www.webmonkey.com/2010/02/color_charts/

means dat, tukar semua kod #ff6699 kepada kod kaler yang ukht gemari.. selamat mencuba! nanti saya singgah blog ukht.. :)

NorFarahin@aien said...

singgah ler slalu ya ukhti...kter sharing2 ..kongsi2 ilmu...hee
em..belog ain da btukar wajah skrang...ok x???...ce komen sket..hee..jeles lar ngok belog len cantek...p ain ni xreti sgt bab2 gni..hee.. ^^,

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...