Tuesday, November 29, 2011 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Sujud Pembebasan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Sujud pembebasan: Seorang muslim itu dapat menghancurkan belenggu nafsunya lalu menjadi manusia merdeka. Merdeka daripada segala kebergantungan duniawi.




Sujud itu menundukkan dahi, tetapi

Memuliakan dan meninggikan muslim yang bertasbih padaNya

Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba

tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu-belenggu itu

Padanya, semua makhluk akan tunduk kepada muslim yang sujud

Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya

Wajah dan seluruh anggotanya melekat di bumi

Tetapi ia menggoncangkan gunung-ganang

Meruntuhkan syirik dan was-was dalam diri,

Tetapi ia juga membangunkan generasi-generasi dalam diam

kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi

Lantaran kehebatan dan kebesaranNya

Sujudnya hanya kepada Allah,

ia mengesakanNya, lalu mantap dan kuat

Menghapuskan setiap penzalim yang sombong

Barangsiapa menghayati sujud ini,

dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi, dengan keagunganNya,

rahmat dan keindahanNya..


*Abdul Wahab Azam, Majalah al-Muslimun, Tahun 1, m.s 961


“Kalau sekiranya al-haq mengikut al-hawa mereka, nescaya binasalah langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalam keduanya.” (Al-Mukminun 23:71)

“Adakah orang-orang yang berada di atas keterangan (dalil) dari Tuhannya sama dengan orang yang diperhiaskan kepadanya amalan jahatnya dan mereka mengikut al-hawa mereka?” (Muhammad 47:14)



~Sujud kepada Allah adalah sujud yang meninggikan hati. Sujud kepada kebendaan hanya mematikan hati~




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Rintihan HambaMu said...

Assalamualaikum..

suka tajuk nie..

sujud juga dpt dekatkn diri kpd-Nya..

syukran atas perkongsian ini..^_^

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Wa'alaikumussalam..

Benar ukhti. Sesungguhnya sujud muslim yang sejati kepada Allah itulah lambang ketinggian dan kemuliaan, syiar kemerdekaan dan enggan menuruti segala taghut.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...