Tuesday, May 10, 2011 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

.::Kaulah Segalanya::.

Teet..teettttt..

One message received.

Open.

“Rinduuuu..uuuu..rindu serindu..rindunya..aaaaa…”

Tersenyum. Dalam hati berbisik “Hamboii..mak aku..tu diaaa aiihh..!” Hehek..

Reply.

“Along rindu mak jugak..! *emo berbentuk luv, bukan kecik.Tapi luv yang besar-besar dan gemok-gemok* ~limited edition, Henset saya je yang ada. Sila cemburu. Hehek ^^,

Rosmawati Binti Abu Bakar. Nama ibu saya a.k.a kawan baik saya a.k.a teman buli saya. Dialah ibu. Dialah ratu di hati. Dialah segala-galanya bagi saya.

Ibu berkahwin pada usia yang agak muda, 19 tahun dengan jejaka tampan pilihan *my beloved abi*, berusia 21 waktu itu, maka lahirlah saya yang comel ini dengan jarak hanya 20 tahun bezanya dengan usia ibu sekarang. ~pergi memana, orang akan anggap kitorang adik-kakak. Masalahnya siapa adik? Siapa kakak? *tetiba mende ni jadik masalah. Err..ada kaitan ke..?*

Pada post kali ini, saya tiada apa sangat untuk dikongsi. Sengaja mahu mencuri masa kalian dengan bahan yang mungkin tidak menambahkan iman. Andai kata bertambah, tiada kata yang mampu diungkap selain Alhamdulillah, syukuuurrrr..

Mak. Itulah panggilan untuk seorang wanita yang telah melahirkan saya. Kadang-kadang bila bosan dengan panggilan mak, saya panggil dengan panggilan ‘Mummy’. Kalau tetiba hari tu ‘mood islamik’, saya panggil mak dengan panggilan ‘Umi’. Panggil apa je, mak tak kesah. Tetap menyahut dan melayan kerenah saya yang suka bercanda bagai nih. Mak saya cool kan?

Petang ni tiba-tiba saya terasa sayu,haru dan pilu..Kenapa Syirah? Kenapa?

Ilex r lu..Orang nak feeling nih.

*jom kita naik mesin putaran masa*

p/s: [sila baca dengan menggunakan suara Doremon tercekik dorayaki.]

Pandang ke atas. Nampak awan berkepul-kepul. Lalu…

Hospital teettttt *nama dirahsiakan*.

Sedang nyenyak saya tidur. Dengan saya di atas katil, mak di atas kerusi menopang dagu, tersengguk-sengguk. *kesian mak.. T__T*

Tiba-tiba.

Aku tak nak hidup! Aku tak nak hidup! Sakit la bodoh!”

Saya terjaga. Mak tersentak. Tegak. ‘Jiran’ di sebelah kanan dan kiri sama keadaannya seperti kami. Damai suasana sepertiga malam tiba-tiba ‘dicemari’ dengan jeritan dan pekikan seorang nenek tua yang baru dimasukkan ke wad barangkali.

Terdengar suara misi meredakan ‘racau’ nenek itu. Sesekali diminta mengucap. Tapi kedengaran nenek itu menyumpah seranah. Tidak mahu mengucap. Na’uzubillah.

Doktor..Sakit doktor. Tolong saya doktor.” Rintih nenek itu.

“Sabar makcik..Sabar. Bawak mengucap.”

Kau nak bunuh aku ke doktor..??!!! Aku sakit ni..! Sakit..! Aku nak mati! Nak mati..Tok..Tolong cucu tok..!!”

Sekali lagi nenek itu ‘memekak’ sehingga mengganggu ketenteraman warga pesakit di dalam wad itu. Perasaan saya tika itu, takut. Nak menangis. Geram. Serabut. Nak marah. Semua bergaul menjadi satu perasaan yang sangat-sangat tidak enak. Badan yang sakit menjadi bertambah sakit. Kalau sekejap saya mungkin boleh bertahan. Tetapi bayangkan situasi penuh dramatik itu berlanjutan sehingga ke Subuh. Saya menangis. Mungkin tertekan dengan situasi itu. Lalu, mak memainkan peranannya. Belakang saya ditepuk perlahan. Diusap-usap. Cuba untuk menenangkan saya. Mak tahu, saya tidak boleh menerima sebarang tekanan tika itu. Bunyi bising akan menjadikan saya tak tentu arah.

Tiba-tiba.

“Woihhh..! kau ingat kau sorang yang sakit dalam wad ni?? Jangan ganggu orang tidur boleh tak..?! Orang yang sakitnya sikit, boleh jadi parah dengar kau memekak..!”

Diam.

Saya berpaling ke sebelah kiri. “Jiran aku rupanya”.

Mak Ani namanya. Senyum lalu mengenyit mata kearah saya dan mak.

“Mak Ani tak tahan. Geram.”

Suasana kembali normal. Cayalah Mak Ani..! ^__^

Keesokan harinya.

Tahulah saya bahawa nenek yang semalam ditinggalkan anak-anaknya. Dia juga turut ada ‘membela’. Anak perempuannya tidak dapat menerima permintaannya untuk ‘menjaga’ benda itu. Lalu mengambil keputusan untuk tidak mengendahkannya.

Mengucap panjang.

Itu cerita satu.

Cerita dua.

Petang itu, terjaga dari tidur. Mengiring menghadap ke katil sebelah kanan. Mak, seperti biasa. Rutinnya melawat dan bertanya khabar pesakit-pesakit lain. Peramah. Satu kelebihan yang ada pada mak. Bosan menunggu saya terjaga dari tidur barangkali, lalu mak menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk beramah-mesra dengan pesakit lain.

Secara tak sengaja saya terdengar keluhan daripada katil sebelah. (ditutup tirai).

“Duduk la diam-diam. Nanti pampers ni tercabut”

“Kau boleh sabar tak mak? Aku kata duduk diam-diam.”

Sekali lagi saya nyatakan. Bukan saya sengaja mencuri dengar. Tetapi dengan jarak yang hanya seberapa itu memungkinkan saya mendengar seluruh isi perbualan ‘jiran’ sebelah.

“Kau ni kenapa mak? Kenapa banyak sangat kerenah petang nih? Aku letih. Letih tau tak?”

Astaghfirullahal ‘azim..

Saya mengucap panjang. Terkejut dengan ‘bahasa’ yang digunakan oleh si anak terhadap si ibu. Bagi saya, panggilan ‘Aku-Kau’ untuk ibu sangat-sangatlah biadap dan tidak boleh diterima pakai. Hatta, Tuhan sendiri ada menegur,

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Isra’,ayat 23-24)

Saya tidak menyangka seorang anak yang usianya tua 2 tahun dari mak saya, berperwatakan lembut dan sopan, boleh berubah menjadi seorang yang kasar dan ‘biadap’ terhadap si ibu tua yang terlantar sakit itu. Perasaan saya ketika itu. Tekejut. Dan syaitan mula membisikkan umpatan demi umpatan. Saya menepis. Dan cuba berhusnu zhon. Mungkin inilah yang dinamakan manusia. Kesabaran kita mungkin ada batas dan hadnya. Pabila kewarasan akal mula pincang, nafsu amarah menguasai diri. Mula lah kesabaran semakin menipis, mengalah lalu tersungkur menyembah bumi. Rungutan demi rungutan terpaksa saya ‘tadahkan’. Tidak tertahan. Saya berpaling pula ke arah Mak Ani (menjaga ibu angkatnya yang bukan islam..!) di sebelah kiri. Mak Ani tersenyum menyapa. Kaya dengan lawak jenaka. Saya hanya mampu tersenyum tika itu. Masih tidak mampu untuk bersuara. Benar-benar terhibur. ^___^

Cerita 3

Berbeza dengan cerita 1 dan 2, kali ini saya ingin menceritakan perihal Mak Ani, seorang wanita islam berasal dari Siam. Apa yang menariknya tentang dia. Keikhlasan dan pengorbanan beliau terhadap seorang ibu (ibu angkat yang berbangsa cina, beragama Buddha..) sepanjang tempoh di wad, saya selalu perhatikan beliau. Orangnya biasa-biasa sahaja. Anak-anak sudah besar panjang. Mempunyai cucu lagi. Mak Ani seorang yang tulus. Tidak kesah untuk menyuap makan, memandikan, hatta membersihkan najis ‘mama’ nya..yang bukan beragama islam.. Dia tidak pernah merungut. Sebaliknya setia dengan senyuman yang sentiasa menghiasi bibir. Dengan lawak-lawak spontannya, dia lah yang menjadi ‘penawar’ buat kami warga 8EF. Mak Ani sering ‘bertekak’ dengan mak, hinggakan saya dan granny Cina tersebut menggeleng kelucuan. Hehe..

Cerita 4 ~spesel punyerrr~

Mak saya..

*cerita mak along letak last COZ besenye hero akan keluar last. Macam citer tamil. Okey2..Mak bukan tamil. Hehehe..

Masih segar dalam ingatan pengorbanan mak melayan kerenah anaknya yang ‘manja’ dan mengada-ngada ini. Mak melayan saya bagaikan si kecil yang baru belajar mengenal dunia. Hampir sebulan lebih, mak bertahan dengan saya. Bertahan dengan mood saya yang selalu berubah. Mak seorang yang tabah. Mak sanggup mengambil cuti tanpa gaji sepanjang saya terlantar sakit. Bagi mak, biarlah saya sentiasa berada dalam pemerhatian dan jagaan beliau. Bukan mak tidak percayakan sesiapa. Tapi, mak lebih mengetahui isi hati anaknya. Mak sanggup korbankan kerjayanya. Mak sanggup tinggalkan kerjanya yang berlambak di pejabat (yang saya pasti sudah membukit menunggu mak menyelesaikannya sekembalinya ke pejabat nanti).

Mak lah yang menjadi baby-sitter saya. Makan,minum mak suapkan. Penuh berhati-hati. Sesekali saya mengaduh, sakit. Mak menggelabah lalu meminta maaf kepada saya. Tidak perlu begitu mak! Along tak marah. Dan tak akan marah.. TT__TT

Mandi, mak juga yang uruskan. Mak yang rapikan rambut. Mak yang pakaikan bedak. Mak juga yang sapukan ubat. Benar-benar terasa diBAYIkan.. ^__^

Malam-malam, mak yang dodoikan saya tidur. Mengada-ngada saya ni kan..? Ditepuk perlahan, diiringi zikrullah yang mendayu-dayu. Suara mak lunak, benar-benar mendamaikan sehingga saya tiada sedar bila terlena. Tersenyum. Lama kemudian, mak mengejutkan perlahan.

Along..boleh mak tidur atas jugak? Belakang mak sakit . Tak tahan. Boleh along tepi sikit? Kalau along rimas tak pe..Mak tidur kat kerusi.”

Maaakkkkkk….!!! Hati saya menjerit. Kenapa harus begini mak?? Mak tak perlu minta kebenaran daripada along. Sakit. Sakit sangat perasaan ini pabila terasa diri ini kejam dan menjadi beban kepada ibu sendiri. TT__TT

Saya menepuk-nepuk katil tanda mengalu-alukan. Bahkan senang. Tidurlah saya dalam pelukan mak bersama linangan airmata. Membelakanginya. Tidak sanggup untuk ditunjukkan. Terasa damai dalam hiba.

Tidur mak tiada lena. Selalu saya mengejutkan mak untuk ke tandas. Bukan sekali dua. Banyak kali. Hingga suatu ketika, saya nekad untuk pergi sendiri. Mencuba untuk bangun. Payah sekali. Akhirnya, berjaya bangkit. Perlahan, tidak mahu mengejutkan mak. Tapi…tidak sampai sesaat pun, saya mula hilang kawalan. Kaki seolah-olah tiada. Kebas. Mujur sempat berpaut pada birai katil. Adus! Mak terjaga..Macam mana ni..?? Sempat ‘dimarahi’ mak. Tunduk. Mak memapah dalam keadaan separa sedar. Lalu menangis lah saya di dalam hati. Menangis semahunya! Selalu susahkan mak.Jahatnya saya…..!!

Perkaitan cerita.

Saya mula membayangkan bagaimana keadaannya untuk hari-hari mendatang. Dan siapakah saya dalam 20-30 tahun akan datang *jika dipanjangkan umur*. Adakah saya bisa membalas segala jasa mak dan ayah. Berbakti kepada mereka dan mencuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik untuk mereka. Ataupun saya akan menjadi seperti anak dalam cerita 1 dan 2, yang ‘menderhaka’ kepada orang tua..?? na’uzubillahi min dzalik.

Hati diruntun hiba pabila terkenangkan hari-hari terakhir di wad. Teringat pada arwah seorang nenek di sebelah. Bagaikan baru semalam ‘dia’ menegur. Masih sihat waktu itu. Kuasa Allah, daripada cuma demam biasa dan sakit tua, keadaan nenek itu berubah parah. Lembik, tidak berdaya. Sesekali berperangai kebudak-budakan. Sekejap cuma di wad. Tidak sampai tiga hari barangkali. Akhirnya ‘dia’ pergi menghadap Ilahi. Rohnya terbang ke arasy tertinggi. Bergetar hati, bergegar seluruh badan, membayangkan jasad ini di tempat beliau. Bukan takut untuk mati, tetapi amalan dan bekalan yang ingin dibawa ke sana belum mencukupi. Di saat itu, cuma mampu berdoa sepenuh hati agar diberi masa untuk mempersiapkan diri sebelum pergi meninggalkan bumi dan seisi. Lalu, tiba-tiba hati ini bertanya. Bagaimana halnya dengan si anak tadi? Adakah dia sempat memohon maaf atas keterlanjuran bicara kasarnya terhadap si ibu tua itu semalam? Tidak sanggup bertanya dan tidak akan sesekali bertanya. Biarlah menjadi rahsia mereka dan Rabbi. Sekali lagi saya menangis. Mohon dijauhkan daripada sifat terkeji. Pinta dihiasi dengan akhlak terpuji. Menjadi anak yang solehah dan berbakti. Ya. Itu cita-cita saya.

Sedang Rasulullah sendiri bersabda:

“Berbaktilah kepada ibumu, ayahmu, saudara perempuanmu, saudara lelakimu, kemudian yang terhampir denganmu, dan yang terhampir.”

Nasihat saya:

Timang-timang anakku sayang…

Doa ayah kau akan gemilang…

Timang-timang anakku sayang…

Harap ibu kau akan akan terbilang…

Timang-timang anakku sayang…

Pinta agama kau akan berjuang…

Doaku jangan kau,

Timang-timang anakku sayang…

Sampai masa ayah kau tinggalkan…

Timang-timang anakku sayang…

Sampai waktu ibu kau biarkan…

Timang-timang anakku sayang…

Sampai ketika agama kau gadaikan

::Diari Sufi::

Ingatlah…

“…….Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa, manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”

{Hadith Riwayat At-Tarmizi}

Ruhti wa taraktini

Ya nura ‘aynayya

Ya unsa layli

Ruhti wa taraktini

Man siwaki yahdhununi

Man siwaki yasturuni

Man siwaki yahrusuni

‘Afwaki ummi

Samihini...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Anonymous said...

Assalam...ya ukhti..
ana rndu dgn ukhti...entry kali ni sgt sedih, smpai mngalir air mata ku,,semoga anti akn lebih tabah dgn ujian sprti ini,, ana faham, krn ana juga prnh mngalmi sprti ini..
sangat pilu ble kenangkn pngorbanan ibu..truskn prjuangan anti dlm bntuk pnulisn sprti ini, :)

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Salam 'alaik cik anonymous..ni ukhti ana yg mne ye?ramai sgt akhawat.. yg ni agk misteri.hehe..alhamdulillah, bingkisan pndek ini dpt mnyentuh hati2 di luar sana. Sama-samalah kita berusaha utk menjadi anak yg solehah dn berbakti kepada kedua mereka. Dan terima kasih diucapkan atas sokongan. Ana sedang cuba utk bergiat dlm bidang ini. Byk lg yg perlu dipelajari. ~kekurangan fizikal bkn penghalang utk kita trus bergerak di jalan ini kan..? ^__^ moga Allah redha..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...