Di atas sejadah cinta..
Bertelekulah membilang butir-butir tasbih
Dalam alunan zikrullah yang bergetar di bibir kering nan merekah
Alirkan aura mahabbah
Yang pernah bersemadi pada sekeping hati
Yang telah lama terkunci
Sebarkan pada ruh-ruh jasad
Yang semakin parah sakitnya..
Seringnya diri asyik berfikir
Bagaimana mahu dipenuhi kehendak yang dipinta oleh jasadiyyah
Sehingga terlupa untuk menjaga kebajikan ruhiyyah
Yang semakin hari semakin tak berdaya
Kesufian jiwa mungkin hadir
Saat Tuhan menghujani diri dengan bebanan ujian
Yang dirasakan tidak tertanggung oleh jiwanya yang maha lemah
Mujur masih wujud rasa ingin kembali
Meski terpaksa bertatih dalam mencari fitrah diri yang sebenar
Andai di saat cubaan untuk melangkah itu teruji
Dengan kepayahan
Yang menggoyahkan IMAN yang sedia lemah
Kan terus thabatkah diri dlm perjuangan?
Lalu,teruskanlah..
Membilang butir-butir tasbih dengan basahan zikrullah
Moga di atas sejadah cinta itulah,
Kan ditemui penawarnya..

0 comments:
Post a Comment