Ya Tuhan..
Aku datang padaMu dengan penuh kepasrahan
Ketika dihadapkan kepada pilihan terberat
Tuhan..beri ketetapan hati untukku
Hati yang terbaik yang sama-sama kita lihat
Hati yang bukan sahaja menyejukkan dalam pandanganku
Tapi hati yang Kau lihat sampai menembus relung kalbunya.
Allah Yang Maha Kuasa
Yang Maha Melihat masa depan
Maha Mengetahui yang akan terjadi
Engkau jua mengetahui keinginan terdalam hatiku.
Ya Allah..
Jika mendambanya adalah kesalahan
Dan merinduinya adalah kekeliruan
Tolong jangan biarkan hati ini terbuai
Dalam keindahan fatamorgana semu
Jika kesempurnaannya bukan untukku..
Tolong bawa jauh dari relung hati
Hapuskan khayalan keindahan tentangnya
Dan jangan biarkan aku terlena dalam keindahannya
Gantikan aku dengan kesempurnaan yang sebenar untuk dia
Tapi Tuhan..
Jika kesempurnaanku adalah bersamanya
Beri aku kekuatan menentukan pilihan
Beri aku kesabaran dalam proses menggapainya
Jika dia memang untukku
Jangan biarkan aku menyerah dan terpuruk
Dalam belenggu masa lalu..
Semoga Kau redhai kami untuk bersatu
Mengharungi sisa umur
Menapaki jalan ke arahMu
Dan melukis keindahan untuk dunia dan akhirat kami..
Tolong beri kesabaran yang penuh
Dalam melalui detik-detik waktu yang berjalan..
Amiinn…
Nota: Titipan doa khas buat bakal zaujku yang tidak ku ketahui siapa. Pinanglah daku kerana DAKWAH.
0 comments:
Post a Comment