Sunday, November 27, 2011 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Berukhuwah hingga ke Syurga!


Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Di jalan Allah, persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu. Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. Kerana Dia lah aku mengenalimu dan kerana Dia juga telah menetapkan kita mengukir 1001 kenangan bersama. Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang hanya keranaNya semata. Moga kekal selamanya hingga ke Syurga.


Bisikku pada Tuhan yang SATU. Lindungilah ukhtiku. Di setiap langkah. Setiap hela nafas. Setiap kelip mata dan di setiap degup jantungnya. Banyak yang ingin ku pohon dan ku harapkan untuk dia “Lindungilah IMAN di hatinya kerana dengan IMAN yang ada, ukhtiku pasti SELAMAT di dunia dan akhirat. Amiin..”

Berukhuwah hingga ke Syurga!




Nota: Cubaan pertama saya men'DOODLE' ..ok, agak buruk. Ya.Ya.. Saya memang tak pandai melukis. :(

Tapi saya buat jugak, harapnya setiap ukht yang kenal saya tersenyum melihat ini. Saya sayang anda. Ya..Anda! ^^,








Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

NorFarahin@aien said...

Salam alayk..

Sikap kwn2 kita mcm2 kn ukhti..kdg2 annoying sgt, mbahagiakan, kdg2 ase cm nak sekeh je pale dia, kdg2 ase cm ala sweet nya dia..dan kita pun xske dgn yg annoying2, merimaskan , bz2 bdy..kn


tapi, kita xrealize sbnrnya yg annoying tu buat hidop kita diwarnai..yg mrimaskan buat kita ketawa..yg kasar tu buat kita senyum sorang2..xceria hidup if sume org baek, perfect and good..xindah dunia if sume org jadi malaikat..xberseri perjalanan andai sumer org sama.


Dulu, ain pun fikir, np sume org xjd baek?? aman dnia ni kn..tapi, skunk ain realize yg adat dunia mmg cm ni..lw xde yg jahat, yg annoying, yg bad, xkan kita dpt amek pgjaran..xkan kita tahu erti idup sbnr..xkan wujud word muhasabah diri..sume tu la ain bnyk blaja dr persahabatan… shbt bnyk mngajar ain erti pengalaman hidup dan mematangkan diri..


dan hari ni gak ain sedar..kita hnya perlu menerima seadanya shbt kita utk bhgia.. jgn harapkn yg sempurna dlm ukhuwwah..kita kena ingat everyone ada kelemahan..sbb sikap dia tu yg buat kita lg kenal dia..sbb annoying yg buat kita blaja cmne nak handle our feeling..sbb rimas dia buat kita beware for the future..and sbb dia mcm tu wujud rasa kasih cinta sayang antre kita..

Psahabatan 2 sangat indah..tapi nk mjaga keindahan pshbtnn bkn ssuatu yg mudah..mmerlukan hati yg lapang utk saling menerima tanpa meletakkan syarat... Jgn rosakkan pershbtn dgn prasangka..tp susah ny nk bsangke bek nge org kn..pe pun, brtemanlh krn Allah, kita pasti xkan kecewa..dan bersyukurlah dgn kasih syg yg diterima pd hari ini..em..bnyk lak ain mengomel kt cni..sekadar luahan hati ..hati tiba2 jd rindu shbt2 sek men ain dulu.. Mudah2an ukhti bbahagia dgn ukhuwwah yg dibina d samping shbt2 tcinte.. Ukhuwwah fillah >^^< (cantik doodle 2..nk blaja gak 1 ari nanti...doodle dakwah.. hee )

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Benar ukht, persahabatan itu sangat indah. Lagi-lagi jika kita bersahabat kerna Allah.

Tingkatan ukhuwah yang paling rendah adalah husnudzon (berbaik sangka) atau bersih hati (salamatul qalb)atau berlapang dada dan tidak melukai hati saudaranya.

Firman Allah Ta’ala, ”….dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (Al-Hasyr:10)

Tingkatan ukhuwah pertengahan adalah merasakan apa yang dirasakan saudaranya, mencintai kebaikan untuk saudaranya sebagaimana mencintai kebaikan untuk dirinya sendiri. Rasulullah saw. Bersabda, “Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga mencintai untuk saudaranya sebagaimana mencintai untuk dirinya sendiri.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Tingkatan ukhuwah tertinggi adalah itsaar, atau mengutamakan saudaranya atas diri sendiri dalam masalah keduniaan. “….mereka (Anshar) ‘mencintai’ orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan….” (Al-Hasyr:9)

Salam ukhuwah ukhti.. :)

Seronok dapat berkenalan dengan ukhti walaupun hanya di alam maya. ^^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...