Wednesday, November 30, 2011 By: HIDAYATUL MUSTAQIMAH

Di Saat Syaitan Menghiaskan Futurnya..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Apa khabar iman di hati? Masih setiakah menagih cebisan demi cebisan redha Ilahi? Atau. Atau..Atau sudah kalah dengan al-hawa? Mohon dijauhkan. Berdoa dan teruslah berdoa kepadaNya agar ditsabatkan hati dalam menempuh hari-hari yang penuh tribulasi ini.


Saat saya menukilkan ini, jam menunjukkan angka 12:54 pagi. Badan sudah penat bercampur lelah, tetapi mata masih belum mahu mengalah. Tetap segar membugar. Sedang yang lainnya sudah lena diulit mimpi, sayup-sayup kedengaran bunyi gelak-tahan gelak-gelak lagi-tahan pula kedua-dua adik lelaki saya di bilik hadapan. Seorang berumur 10 tahun, seorang lagi berumur 14 tahun. Entah apa yang sedang dilakukan mereka. Argh, pedulikan. Sudah bosan melayan tingkah mereka siang hari tadi yang sering mahu dimanjakan. Ya. Ya. Saya memang penyayang dan penuh dengan kasih sayang.


Ketuk-ketuk kepala. Eh. Eh. Bukan itu yang mahu di highlightkan.


Dalam sehari dua ini, saya sering dihantui persoalan demi persoalan.


Berganti hari bukannya berganti pertanyaan, seolah-olah tiada hari tanpa pertanyaan. Bukan?


Tertanya-tanya di manakah saya yang dulu?


Dimanakah saya yang sewaktu mula-mula disentuh tarbiyah dahulu?


Sebentar tadi sempat singgah di blog seorang ukhti usrahmate saya di kampus lama.


Terkesan dengan ayatnya, “Saya masih lagi berperang dengan jahiliyah dalam diri sedangkan masih ramai saudara di luar sana yang perlukan saya”. Lebih kurang begitu lah bunyinya.


Angguk-angguk. “Ya, sama lah halnya dengan ana, ukht.”Tunduk.


Para da’ie mukmin sentiasa terdedah kepadadua tarikan: Tarikan iman, niat, himmah, kesedaran dan perasaannya terhadap tanggungjawab. Dari sini, dia akan sentiasa berada dalam beramal soleh atau azam kebaikan. Dari arah lain pula ialah tarikan syaitan yang menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta kepada dunia. Menyebabkan dia dalam lalai, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah untuk belajar apa yang dia jahil. Dush! Terasa ditumbuk padu.


Urgensi Tarbiyah


Proses tarbiyah secara umumnya bermaksud perubahan dari keburukan ke arah kebaikan. Dari terkapai-kapai dalam kegelapan kepada terang-benderang cahaya keimanan.


Pendek kata, gelap kepada ‘nur’.


Kalau diikutkan rasional akal, tiada siapa yang mahu gelap bukan? Hatta seseorang itu mencuba pelbagai jenis pencuci muka untuk mencerahkan wajah. Itu baru pencuci muka. Belum lagi dikira krim pencerah. Pelembab, sunblock bagai.


Hati? Bagaimana pula dengan hati?


Kalau lah hati itu sejenis organ yang letaknya di luar,pasti mudah untuk kita membersihkannya sehari-hari bukan?


Nampak sahaja tompok-tompk hitam, terus rendam dengan clorox. Nampak sahaja keras dan kasar, rendam pula dengan softlan. Bila hapak dan berbau kurang enak, sembur pula dengan Fabreze Country Fresh.


Tapi, ternyata bukan.


Ibnu Rawahah r.a. pernah berkata kepada Abu ad Dardaa’ r.a. sambil memegang tangannya:


“Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak.”


Tarik tali antara al-haq dari wahyu Allah dan batil dari syaitan laknatullah ini adalah suatu ketetapan Allah dan ia akan terus berlaku.


Kerana itulah, kita diseru untuk menghadiri jilsah-jilsah tafakur, merenung diri dan tanasuh saling nasihat-menasihati antara satu dengan yang lainnya.


“Jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama Islam.”


Itu adalah teriakan amaran yang dilaungkan oleh Maimun bin Mahran rahimahullah, seorang ahli hadith yang thiqah ketika dia merasa takut kita semua akan diperdaya oleh kilauan jahiliyah pelbagai nama. Beliau mengingatkan kita bahawa setiap perkara yang ‘bukan Islam’ adalah sememangnya salah satu dari al-hawa, biar apa jua bentuknya dan di zaman mana ia muncul.


Al-haq dan batil tidak akan pernah bersatu.


Contoh:

Islam vs Jahilyah

Nasi vs Najis = Eeeiii yak. Gelinyerrrr!


Sedar atau tidak, hidup kita sebenarnya dirancang Tuhan bagi memenuhi agenda orang lain. Anda faham? Tidak? Ok, sila tanya murabbi atau murabbiah anda. Tak faham juga? Sila buat-buat faham sebelum saya tarik telinga anda. Ketap-ketap gigi.


Kenapa saya berkata sedemikian?


Kerana setiap dari kita yang bergelar islam mempunyai satu tanggungjawab bersama iaitu menyeru. Ya. Menyeru. Bukan untuk memberitahu, tapi untuk mencetus mahu. Mencetus daripada yang tidak tahu bahawa mereka sedang diprovokasi dengan jahiliyah-jahiliyah yang sedang mengelabui mata kepada mahu kembali kepada fitrah. Kembali kepada islam yang sebenar.


Tak Mampu lawan Tak Mahu


Sedar atau tidak, hari-hari kita lalui dengan sibuk memikirkan alasan demi alasan untuk mengecualikan diri daripada tugas-tugas menyeru kepada kebaikan.


“Tak boleh lah..ana tak mampu nak tegur dia”


“Tak mau lah saya. Orang macam tu memang dah tak dapat diselamatkan dah. Biaq pi lah dia. Tak mau. Tak mau.”


Sama ke antara tak mampu dengan taaakkk mahu?


Err.. tak tahu?


Garu-garu kepala. Saya pula yang hampir keliru.


Baiklah kita perjelas satu-satu. Kasi pencerahan sikit.


Tak mampu berbeza dengan tak mahu.


Tak mampu adalah sewaktu kita memang sudah tiada kudrat. Hilang segala. Pendek kata, memang bukan pilihan kita untuk tidak memilih tak mampu. Contoh, bawa kereta. Kita sudah mencuba sedaya upaaya menjadi pemandu berhemah. Tetapi, dalam masa yang sama ada sebuah kereta memecut dengan laju dan hampir-hampir menyondol kereta kita dari belakang. Kita cuba mengelak, namun bertembung pula dengan kereta dari arah hadapan lalu terbabas. Itu namanya tak mampu. Tak mampu untuk melawan takdir tuhan bahawa hendak tak hendak, kita akan tetap mengalami kecelakaan pada hari itu.


Berbeza halnya dengan tak mahu. Senang cerita, ianya adalah sejenis kuih hijau yang berintikan kelapa. Atau mempunyai kaitan dengan bubur pulut hitam yang dicampur santan dan dimakan sejuk-sejuk. Berhenti menaip seketika,sapu air liur yang hampir jatuh laju-laju. Ada bunyi pelik. Tengok sekeliling. Arghh..rupa-rupanya datang dari perut sendiri. Lewat sebegini masih memikirkan kudap-kudapan. Betul-betul penternak yang berjaya. Pedulikan.


Ok, tak mahu pendek kata ia adalah pilihan untuk menyatakan bantahan. Bantahan yang terjadi atas banyak sebab. Sebab apa? Masing-masing sendiri tahu. Mudahnya, tak mahu adalah berakar umbi daripada tak suka. Contoh, mak suruh beli tepung, nanti petang nak buat cekodok. Kita sedang menonton tv. Kita suruh abang, abang tak mahu. Nak tak nak, kita juga kena beli. Kita tengok kat luar panas, takkan nak naik basikal? Lalu, kita pancitkan tayar basikal. Mak cakap tak apa, pergi jalan kaki. Lalu kita ambil duri, cucuk-cucuk kat kaki. Kita cakap, tak boleh sebab kaki kita berdarah, sakit. Mak cakap, kalau macam tu tak payah beli dan tak payah makan cekodok petang ni! Tengok, mak dah merajuk. Kita pula mengaduh kesakitan sebab sendiri cari pasal. Pendek kata (pendek lagi), kita mencipta berbagai alasan untuk mengelakkan diri walaupun terpaksa memilih untuk sakit.


Itu alasan untuk manusia.


Cuba kalau kita bagi alasan tu pada Allah, agak-agak Allah terima tak? Tunduk dalam-dalam.





Teringat kisah Asy-Syahid Abdullah Azam (seorang mujahid Afghanistan) yang disuruh berlari keliling tempat latihan dengan sepenuh tenaga. Rakan-rakan yang lainnya sudah berhenti kepenatan, namun beliau masih meneruskan larian. Asy-Syahid berlari dan terus berlari sehingga pengsan. Apabila tersedar, rakan-rakanya bertanya kenapa tidak berhenti sahaja apabila penat? Namun, jawab beliau, selagi mampu, selagi itu dia akan berlari. Lihat, beliau telah memenuhi kriteria arahan.


Kita?


Kita boleh sahaja mengelakkan diri daripada tanggungjawab dakwah dan tarbiyah ini. Kita boleh je goyang-goyang kaki, kunyah-kunyah keropok ikan sambil nonton sinetron Indon. Tapi cuba ambil masa untuk fikir, apa yang aku buat ni ada guna ke untuk islam? Apa yang aku nak jawab di hari pengadilan nanti? For sure, Allah takkan tanya siapa pelakon febret aku. Allah takkan tanya macam mana ending cerita tersebut. Allah takkan tanya, keropok ikan yang aku makan tadi berapa ringgit sebungkus. Sebaliknya Allah akan tanya apa yang aku dah lakukan pabila melihat maksiat bermaharajalela di luar. Apa yang aku dah buat untuk menyelamatkan akidah-akidah yang hampir terpesong landasannya. Allah akan tanya, pertolongan apakah yang telah aku salurkan untuk saudara-saudara aku yang ditindas di luar sana.


Terkesan dengan kata-kata seorang akh, rakan blogger.


“Sekalipun Allah mahu membimbing kita, jika kita memilih untuk tidak mengerakkan kaki, maka sedikitpun kita tidak akan berganjak”


Nak ubah orang mahupun suasana, terlebih dahulu kita kena jadi qudwah. Kenapa? Kerana efek perbuatan lebih kuat daripada lisan. Jauhkan diri daripada NATO (no action, talk only). Kerana nanti Allah akan mempersoalkan mengapa kita tidak lakukan apa yang kita ucapkan? AllahuRabbi..jauhkanlah kami. Ampuni kami.


Ayuh semua.Kita adalah sama.Kita adalah pewaris umat terdahulu.Pada bahu kitalah akan diletakkan pundak membina ustaziatul ‘alam.Jangan biarkan al-hawa bermaharajalela.Jangan biarkan jarum-jarum halus musuh Islam disuntik ke dalam diri kita sewenang-wenangnya.Jangan biarkan iman kita yang senipis kulit bawang dikoyak rabak sesuka hati.Jangan sesekali menjual maruah dan aqidah kita sebagai umat Islam serapuh buih-buih di lautan yang menunggu masanya untuk pecah.Ayuh! Kembalikan spirit yang hilang!


Ingat,menyeru bukan pilihan. Tetapi kewajipan kita.






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

NorFarahin@aien said...

salam alayk..

tahniah ya ukhti...
1 penulisan yang sangat baik..dan terkesan di dalam jiwa ain...
betol..keliru juga dengan perkataan " tak mampu " dan " tak mahu "..dan ain sering kali juga guna perkataan xmampu ..terutamanya lam mengajak orang2 lain ke arah kebaiakn ( contoh ny usrah ).. rasa cam dri ini xlayak dan xcukup baik..tapi sebenarny ain sendiri yang mencari alasan kn... sedangkan nabi kita pun suruh ' samapaikan kepada orang lain wlpn sepotong ayat ' kn... ble difikirkan blek...hinan ny diri ini... p salah kew lw ain nak betulkan diri ain dulu...sblm ain betulkan orang lain??emm..

Kwn ain pernah cakap yang semua boleh untuk menasihati dan m'nyampaikn dakwah kpd org lain...walaupun diri dalam keadaan melakukan dosa besar sekalipun...Kerana mmg lumrah manusia x lari dari mlakukanny.setidakny ini dapat membantu utk mengurangkan kerosakan di muka bumi Allah ini.. etol kn stetement ni...??.

mudah2an hidayah allah xpernah putus untuk kita..dan semangat 2 datang kembali..semangat untuk menaikkan semula Islam.. ^^

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

Salamun 'alayk ukhti.

Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke teratak perantau ini.

Bercakap soal tak mampu dan tak mahu,
terlebih dahulu kita cek balik, dakwah/ menyeru ke arah kebaikan ini fardhu ain atau fardhu kifayah?

Kita sering berasa rendah diri dan tak mampu kan? terutamanya pabila murabbiah memberi kepercayaan kepada kita untuk memegang usrah misalnya.

Namun, dalam kes dakwah, memang ada orang yang buat kerja dakwah. Tapi, jika kita perhatikan sekeliling, masalah masih jua belum selesai. Kebobrokan akhlak, kepincangan akidah dsb makin menjadi-jadi pula. Kerja-kerja dakwah masih belum sempurna. So, menyeru yang lainnya adalah wajib atas kita, atas semua mukallaf. Err..bukan untuk ustaz/ ustazah sahaja.

Kita sering beralasan tidak mampu, ini mungkin kerana kita tidak ahli dalam sesuatu ilmu. Di sini pula peri pentingnya penguasaan ilmu. Krn apa? krn dakwah tanpa ilmu x boleh diterima. Oleh itu, kuasailah perbagai jenis ilmu pengetahuan untuk manfaat sejagat.Hadiri majlis-majlis ilmu, daurah, katibah misalnya..berkawan dengan mereka yang soleh dan ahli dalam sesuatu ilmu.

Saya tujukan khusus pada diri saya sebenarnya. Terkadang culas bergerak, masih tak malu untuk beralasan. T___T

Mungkin juga kita terlalu memanjakan diri. Kita tak mendidik diri untuk suka apa yang Allah suka, benci apa yang Allah benci. Akhirnya wujudlah alasan tak mampu. Aduhai diri..


"Bertebaranlah menjadi anak panah, sasarkan pada mana-mana kondisi dakwah"


Moga Allah sentiasa thabatkan hati kita pada jalan yang kita pilih ini, JALAN DAKWAH.

:)

NorFarahin@aien said...

ain setuju 2...mungkin disebabkan cetekny ilmu2 terutama berkaitan agama membuatkan ain berasa rendah diri sgt2 nk mbimbing org terutama dlm usrah..disbbkan 2 slalu aje mcari alasan...

thnx yaa ... kata2 enti bnyk myedarkan ain...moge trus thebat dlm dkwah... ^^

(waiting 4 ur next entry...suke sgt2 bacer penulisan enti... arapny enti xkesah naa... ^^ )

HIDAYATUL MUSTAQIMAH said...

InsyaALLAH, kita sama-sama mengingatkan dan menguatkan yaa. Moga enti sentiasa dikuatkan hati, dicekalkan iman.

Terima kasih sudi meluangkan masa membaca luahan hamba hina lagi dina ini. Salam ukhuwah, mekar mewangi mahabbah fillah. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...